Aku, Saya, Org, Kami? Atau?

Aku..err…saya…aa..org.. Macam mana nak mula ni eh? Sure korang dah kompius “apehal la minah ni?”. Ok..ok.. Lebih baik dimulakan dengan soalan. Korang bahasakan diri korang sebagai apa? Mesti lebih kurang 50% jawab “aku”. Selebihnya jawab “saya”, “i” atau nama sendiri. Dalam hidup penulis setakat ni kalau bercakap dengan orang xpernah penulis bahasakan diri sebagai “aku”. Memang susah. Dah byk kali try tapi xberjaya jugak. Setiap kali nak cakap dgn org yg baru kenal je mula la persoalan yg sama bermain2 dlm kepala otak penulis. “Nak bahasakan diri ape ni ek?”. Sejarahnya, masa kecik2 dulu penulis selalu bahasakan diri sebagai Nina. Bila dah besar sikit, penulis bahasakan diri sebagai “kami”. Dengan adik-beradik kami memang bahasakan diri sebagai “orang”. Bila masuk sekolah, jadi “saya” pulak. Kat UTM pon sama, “saya”. Bila masuk UPM dah jadi “orang” pulak. Hmm… Sure korang tertanya2, ape yg susah sgt, cakap jela “saya” kalau dah xboleh sgt cakap “aku”. Masalahnya, kalau cakap “saya”, dgn pompuan mmg no hal. Tapi kalau dgn lelaki rasa cam janggal…yela mcm kapel pulak bunyinye nak bersaya-awak. Complicated sgt ke idup ni? Penulis cuma bahasakan diri sebagai “aku” bila bercakap dgn diri sendiri. Korang pernah bercakap dgn diri sendiri? Cuba try. Heheh.. Jadi sekarang harus gimana dong??? Kalau cakap “beta” kang kena tulah pulak. Haha… Omputeh gak senang kan, kompem2 “i”. Okla mcm manapon keputusan harus diambil supaya diri ini tidak lagi kekompiusan setiap kali nak menulis blog. Jadi setelah bertafakur sejenak dan mengikut keputusan penyimpan mohor besar raja-raja… Dengan ini, diisytiharkan – panggilan penulis terhadap diri sendiri dalam blog ini ialah . . . “SAYA”.
Sekian terima kasih. Keputusan muktamat. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan melainkan untuk mengumpul setem semata-mata.

Advertisements