Alat MakeUp vs Muka Promoter

promoter menyibuk

Kawan2 pompuan sekalian…korang sure penah pegi supermarket, kat bahagian mekap atau yg seangkatan dgnnya ada je promoter yg mengganggu ketenteraman hidup korang demi mencari sesuap nasik, kan? Selalunya kalau kita pergi kat produk A, dia mesti tunjuk produk B kat kita, dan selalunya produk B adalah produk yg tak laku atau yg kurang laku berbanding produk A. Ok, fine. Ni memangla situasi yg dah selalu sangat saya alami. Promoter tu bukan mainla promote benda2 yg boleh ditempek atau disapu atau ditonyoh kat muka tapi bila tengok muka dia pulak…alamak…”Patut ke aku beli produk ni?”. Tapi bila situasi seperti ini berlaku, saya sudah tidak dapat kembali lagi kepada produk A. Maka saya pun terpaksalah membeli produk B dengan iringan doa “Oh Tuhanku, janganlah muka aku macam promoter tu lepas pakai benda alah ni!”

Advertisements