Jejak Kasih DDZ versi Ramadhan

Kuala Lumpur, 8 September – Setelah 6 tahun terpisah akhirnya sekumpulan kecil manusia yang pernah menghuni kursus Diploma Sains Komputer (Multimedia) atau lebih dikenali sebagai DDZ telah dipertemukan semula malam tadi, betempat di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menurut pengarah program, Siti Suriani Misri atau lebih dikenali sebagai Chesu, perjumpaan kali ini diadakan secara tergempar iaitu dirancang kurang daripada 4jam. Ini kerana beliau tidak akan dapat hadir pada hari berikutnya kerana mempunyai agenda lain yang lebih penting dalam hidupnya. Dalam kejadian jejak kasih malam tadi, KLCC telah menjadi saksi pertemuan 14 mata, melibatkan individu-individu berikut: Chesu, Fazrul, Jimmy, Achik, Hafiz, Tina dan Hamim. Busana yang ditampilkan pada majlis tersebut adalah pakaian formal akibat kedatangan terus dari pejabat melainkan Jimmy yang sempat pulang ke rumah untuk menukar busana beliau kepada t-shirt putih suci murni yang diambil terus dari beg pakaiannya akibat tidak memiliki almari di rumah. Di bawah adalah laporan aturcara majlis tersebut…

5.30-6.00 ptg:
Chesu telah sampai di KLCC kerana tempat kerjanya yang paling dekat. Didorong oleh perasaan bosan, beliau telah mengambil keputusan untuk melepak di Kinokuniya tanpa sebarang niat untuk membeli buku. Tina yang bersama Hamim yang merupakat rakat sepejabat, datang terus dari tempat kerja mereka dah menghubingi Chesu setelah tiba di tempat kejadian. Jimmy dan Fazrul telah tiba sejurus kemudian. Majlis menyaksikan acara peluk cium dan ratapan hiba daripada individu-individu terbabit akibat didorong rasa rindu yang teramat sangat. Mereka seterusnya telah menghubungi Achik dan Hafiz untuk memaklumkan lokasi mereka pada ketika itu…

makan timechesu promote unit trust

6.00-6.30 ptg:
Achik yang telah keluar dari pejabatnya di Cyberjaya dengan pakaian selekehnya telah menghubungi Hafiz yang berada di UPM iaitu tempat kerja beliau. Perjalanan Achik ke tempat Hafiz telah diganggu oleh masalah visual yang menyebabkan Achik tersesat seketika di Putrajaya. Akhirnya beliau telah berjaya menjejaki Hafiz di UPM pada kira-kira pukul 6.05 petang. Mereka meneruskan perjalan ke KLCC menerusi jalan biasa kerana terlepas terowong Smart akibat terleka bersembang. Mereka menerima SMS dari Fazrul yang memaklumkan lokasi pertemuan mereka iaitu di Food Court KLCC…

pasta tina tawarunit trust lagi

6.30-8.00 malam:
Setelah menempuh segala halangan akhirnya pertemuan Jejak Kasih DDZ telah berlaku. Majlis diteruskan dengan acara sembang-menyembang, bertanya khabar dan menyakat Hafiz beramai-ramai sedangkan Hafiz hanya berjaya menyakat Tina. Acara juga turut diselang-selikan dengan pengarah program iaitu Chesu mempromosikan Program Unit Trust kepada Hafiz yang sedang berusaha mengumpul dana bagi majlis perkahwinannya. Bersempena Ramadhan yang mulia, para hadiri tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab untuk berbuka puasa atau lebih tepat, melantak. Menu pada hari tersebut ialah “Pasta Bernama Pelik” bagi Hamim, Achik, Chesu dan Tina, “Kebab Mewah” bagi Fazrul serta “Nasik Mamak” bagi Jimmy dan Hafiz yang lebih selesa menggunakan tangan tanpa membasuh terlebih dahulu. Majlis diteruskan dengan makan bersungguh-sungguh dan bersembang sambil gelak.

8.00-8.20 malam:
Menyedari malam telah menjelma dan mereka masih belum solat maka para jemputan telah mengambil keputusan untuk menunaikan solat Maghrib di surau KLCC. Mereka menunaikan kewajipan di surau mengikut jantina masing-masing kerana tidak mahu dipandang aneh oleh masyarakat sekeliling.

nak gi aquaria kononnye (minah nak blakang tu sempat wat freeshow)

8.20-9.30 malam:
Setelah solat, masing-masing mula merasa tidak keruan kerana tidak mempunyai tentatif yang jelas pada acara tersebut. Ada antara hadirin yang mencadangkan lawatan ke Aquaria yang dianggap mustahil pada ketika itu. Maka sebagai seorang yang berwibawa, Fazrul telah mengetuai rombongan Jejak Kasih tersebut melalui parking lot menuju ke Aquaria. Pasrah dengan nasib masing-masing terutama Hafiz, rombongan telah mengikut Fazrul tanpa banyak soal. Rombongan tersebut telah melalui pintu masuk Aquaria dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Taman KLCC. Mereka telah berehat sebentar di taman tersebut untuk menyaksikan keindahan pancutan air di kolam KLCC.

para lelakilelaki lagipompuan lakalumni DDZ/38

9.30-10.00 malam:
Tina yang kempunan aiskrim pada ketika itu telah mencadangkan para jemaah beramai-ramai makan aiskrim di MCD. Oleh kerana aiskrim ditaja oleh Tina maka persetujuan telah dicapai sebulat suara. Acara makan aiskrim tersebut telah diserikan lagi dengan tangisan Hafiz yang meminta Achik membawanya pulang secepat mungkin.

perasan tak aiskrim hafiz nak nak habis? nak balik awal la tu

10.10 malam:
Menyedari malam telah semakin larut dan tangisan Hafiz semakin tidak dapat dikawal, akhirnya para sahabat telah memutuskan bahawa perpisahan harus dilakukan jua walaupun perit. Sebelum berpisah, mereka berikrar bahawa mereka akan berjumpa lagi di masa yang akan datang. Seterusnya mereka telah pulang dengan membawa haluan masing-masing untuk meneruskan kehidupan. Achik telah meninggalkan Hafiz di Stesen Komuter Labu untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang tidak pasti…

Untuk lebih gambar, klik di sini

Advertisements