Perkara2 Duniawi Yg Ingin Dilakukan Sebelum Meninggalkan Dunia

Korang agak2 berapa lama korang boleh hidup? Kalaulah ditakdirkan hidup korang cuma tinggal tak berapa lama lagi apa yang korang nak buat selain buat amal ibadat banyak2? Sy terfikir pasal tu, jadi sy dah buat list benda2 yang sy nak buat sebelum nafas yang penghabisan.

1. Menari dalam hujan.
2. Pergi oversea, cari padang yang luas sangat sampai boleh nampak horizon, lari sambil cakap “Kami mai dah!!!”
3. Belajar bahasa isyarat.
4. Tengok orkestra.
5. Belajar bahasa Jepun, pegi Jepun dan tengok sakura mankai.
6. Tengok muka sendiri masuk TV at least sekali sumur hidup.
7. Bagi panda makan sambil cakap “Kau lagi panda dari aku! Hahaha…”
8. Pegi Disneyland, lekat banyak2 sticker yang ditulis “Toya sampai dah”.
9. Belajar berenang.
10. Letak tempurung atas katak.
11.Naik gondola kat Itali sambil nyanyi “I’m on a gondol..gondol gondola..lalalala…”
12.Belajar mainkan sekurang-kurangnya satu lagu instrumental dengan piano.
13. Tiup buih sabun kat tepi pantai.
14. Pancitkan kereta orang yang dibenci.
15. Pergi sekolah SMKSA, makan nasik ayam masak kicap kat kantin sekolah.
16. Pergi pulau kapas dengan kawan2 sekolah/utmkl.
17. Tanam pokok bunga ros, jaga sampai besar.
18. Ajar burung tiong cakap “Ogenki desuka?”
19. Telefon radio ERA/HOT FM.
20. Belajar main ski.
21. Tulis “TOYA” besar2 kat atas salji.
22. Buat buggee jumping.
23. Lukis sebuah komik sampai siap.
24. Belajar menjahit, jahit baju raya sendiri.
25. Hadiahkan bunga ros kat mak.
26. Have a perfect date.
27. Beli teleskop.
28. Lukis potret muka sendiri.
29. Rakam dokumentari pasal diri sendiri.
30. Tulis blog yang dapat sambutan ramai.

Sebenarnya hidup ni taklah boring sangat kalau ada impian, sebab impian yang memberi kita semangat untuk hidup. Tak kisahlah sekecil mana atau segila mana pon impian itu… Yosh! Ganbatte!!!

Advertisements