KISAH BUHUNG 2008 – Part 1

SAS, 6’o’, UTMKL dan sedikit UPM: Mampukah Bersatu?


——-Buku putih itu diambil dan dibuka semula. Setiap baris tulisan di dalamnya kubaca satu persatu. “Aneh,” bisik hatiku. Usai membaca, buku putih itu kuletakkan kembali ke tempatnya dan kuambil pula buku kecil berwarna merah jambu. Terdapat gambar sepasang gadis kembar di muka hadapannya. Isinya kutatap, mengimbau kembali segala keindahan, kegilaan dan kebiolan sewaktu aku menulisnya dahulu. Ahh… aku rindukan saat-saat itu. Saat yang membawa aku lari dari alam nyata, membawa aku lebih dekat dengan insan-insan yang kusayang. “Aku memang aneh”.

. : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

——- “Kringggg!!!!! Bangun toek! Bangun toek!” jam loceng di sebelah mengejutkan lamunanku. Potong stim betullah… Pap! Jam loceng ditutup dan buku kecil itu kuletak kembali ke tempat asalnya, bersama buku putih tadi, bersama susunan diari zaman remajaku. “Menarik,” fikirku. Aku terleka sejenak melihat susunan warnanya.

——-“Hijau, merah, biru, kelabu, coklat, kuning, hita…”

——-“Oi makcik! Dok tenung apa tu?!” seorang gadis bertempik sambil menepuk belakangku.

——-“Opocot! Awak ni Nono… tak reti bagi salam dulu ka?” balasku sambil mengusap belakang yang sakit. Boleh tahan jugak minah ni…

——-“Ghalit sangat nampak? Dok baca sifir ke hapa terkumat-kamit sorang-sorang tu? Bangunla!” bebelnya mula membuatkan telingaku melaraskan semula fungsi asalnya.

——-“Yela yela… hingaq!” kataku sedikit mendengus. Aku melihat kembali jam loceng tadi. Pukul 6 pagi. Aku melangkah malas ke kamar mandi. Setapak demi setapak… sempat aku menjengah ke bilik-bilik lain dalam rumah banglo 4 tingkat itu. Kelihatan Dodo dan Lolo masih lagi nyenyak tidur sambil memeluk bantal busuk masing-masing.

——-Selesai mandi dan solat, aku melangkah ke ruang tengah tingkat 3 rumah itu. “Miaowww…” Kongo menggeselkan badannya ke kakiku.

——-“Kongo…dah mandi belum? Lapar ye…” kucing putih kebiruan itu kuusap dengan penuh kasih sayang. Manjanya…

——-“Alah mengada kucing tu, saya baru bagi makan tadi,” Bobo tiba-tiba muncul di sebalik tirai dapur. Tangannya memegang sebiji mug yang bertulis ‘Memori 6’o’ ~ Osaka’. Dia menghirup minuman dalam mugnya itu, entahkan teh entahkan Holicks.

——-“Ooo… Kongo nak manja-manja ye… Nasib baik Angah takde kat sini kalau tidak…” sejenak mindaku menjengah kembali saat-saat cemas ketika aku melihat Wan Nurhidayati menendang Kongo hingga jatuh ke tingkat bawah dahulu. Ngeri. Kongo kelihatan gementar tatkala mendengar nama itu kusebut. Parut luka di badannya masih lagi berbekas. Luka di hati siapalah yang tahu.

——-“Awak tak pi jogging ke pagi ni Momo?” tanya Bobo sambil menghirup titisan terakhir minumannya. Sah, Nestum.

——-“Sejukla pagi ni… Saya ingat nak pegi gym je kot,” kataku. Bobo kulihat cuba menyukat suhu menggunakan lidahnya.

——-“A’ahla, memang sejuk,” katanya sambil membancuh Nestum untuk kali kedua, itupun kalau betul kali kedua. Ketagih ke budak ni?

——-“Takpela awak pegila, saya tak nak ikut,” katanya dengan yakin seolah-olah aku pernah mengajaknya selama ini.

. : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

——- Gym Encik Haikal Bata agak meriah pagi itu. Ramai juga yang datang, mungkin disebabkan suhu pagi itu yang telah jatuh hingga ke paras 5°C. Sejak pulang dari Jepun aku dapati rakyat Malaysia sudah semakin rajin bersenam. Mungkin ini atas saranan Prof. Dr. Mior Azrizal, pakar kesihatan yang makin popular kebelakangan ini.

——-“Morning Mas…” pemilik gym itu menyapaku. Otot-otot di badannya disembunyikan dari pandangan umum, mungkin memikirkan faktor aurat yang juga diwar-warkan oleh Prof. Dr. Mior dalam sebuah rancangan televisyen malam tadi.

——-“Morning Encik Bata,” balasku sambil tersenyum. Encik Bata meninggalkanku untuk melayan pelanggan-pelanggannya yang lain. Ah, Nazli rupanya. Kulihat dengan penuh kesungguhan Encik Bata mengajar Nazli cara-cara menari poco-poco dengan betul, satu lagi aktiviti baru yang diadakan di gym Encik Bata. Dalam kelompok poco-poco tersebut juga aku ternampak kelibat Hilmi, Fenin, Ude, Chesu dan Alang. Aik? Kenapa Hilmi saja lelaki di celah-celah perempuan tu? Dasar Lemi.

——-Aku melihat sekeliling gym, mencari-cari jika ada umat yang kukenal untuk dijadikan kawan bersembang sambil bersenam, satu lagi sukan baru yang dicanang oleh Prof. Dr. Mior semalam. Ah! Aku sudah nampak mangsaku yang pertama.

——-“Assalamualaikum….sorang je?” tanyaku kepada gadis yang sedang leka bersenam di atas alat senaman yang aku tidak tahu namanya. Salamku tidak berjawab. Kurang ajar…

——-“Assalamualaikum!!!!! Amboi sombong nampak!” kataku sedikit kuat dari biasa.

——-“Dia pakai MP3 tu, memangla tak dengar,” kata seorang lelaki di sebelahnya.

——-“Eh P.M Jimmy! Ingatkan sape tadi. Ooo pakai MP3 rupanya. Mak…ooo Mak!” pekikku sambil menggoncangkan bahu gadis di hadapanku. Aku perasan ada dua-tiga pasang mata menjeling ke arahku, mungkin memikirkan faktor perbezaan usia antara aku dan gadis di hadapanku.

——-“Eh Achik! Laa apsal tak bagi salam dulu,” kata Anis sambil mengeluarkan earphone dari sebalik tudungnya.

——-“Dah bagi salam Mak oii…kamu yang tak dengar,” aku mengambil tempat di atas alat senaman di sebelahnya, yang juga aku tidak tahu namanya. Kata Prof. Dr. Mior, nama alat tidak penting. Yang penting kita mesti bersenam di sebelah orang yang kita kenali.

——-“Amacam keje Mak? Best ke?” tanyaku, cukup untuk memulakan perbualan.

——-“Bolehla… seronok jugak,” katanya sambil membetulkan tudung di kepalanya.

——-“Dengar kata dah naik gaji Anis?”

——-“Menyampuk jela kamu ni Jimmy,” aku menjeling ke arah Jimmy yang nampak sangat sibuk pasang telinga dari tadi.

——-“Bolehla Jimmy…Alhamdulillah… Bos aku nak bagi semangat untuk aku setelkan banyak lagi kes kat mahkamah syariah tu. Kadang-kadang tak menang tangan dibuatnya, maklumlah artis banyak yang nak rujuk balik 2-3 menjak ni,” Anis menerangkan dengan panjang lebar.

——-“Kamu pulak macam mana Achik? Aku tengok bukan main banyak lagi keje kamu buat skarang? Mana satu title yang kamu nak pegang ni?” soal Anis pula. Jimmy kulihat masih lagi memasang telinga.

——-“Multitasking Mak…Multitasking….” kataku.

 

Bersambung…

Advertisements