Buletin Toya : 18 September 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sari berita penting:

  • Saga BLM naik lori hari ini
  • Forum DDZ dilancarkan oleh Mantero
  • Alang bercadang untuk tukar kerja
  • Nono bercadang untuk tukar kerja juga

——-Berikutan keputusan Toya untuk membeli kereta baru iaitu Saga BLM, pihak kami telah mendapatkan maklumat terkini berkenaan proses pembelian kereta tersebut.
——- “Kereta tu tengah on the way sekarang, insyaallah esok akan naik lori la dari kilang proton kat Shah Alam. So, labi, mehla book kereta kat Senawang…hehhee…” – Mas Elyna Mohd Azol.
——-Semalam, Toya telah menerima panggilan telefon dari wakil Proton Edar yang menguruskan pembelian kereta barunya. Beliau telah bergegas ke Pusat Proton Senawang sebaik sahaja menerima panggilan tersebut untuk menjelaskan baki wang pendahuluan keretanya. Kereta tersebut dijangka dapat dibawa pulang pada minggu hadapan.

——-Setelah genap tiga hari Achik mengumpul alamat DDZ melalui Yahoo Groups, akhirnya Muslim yang lebih dikenali sebagai Mu-Slim telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan forum DDZ Familia. Forum tersebut boleh diakses melalui http://www.ddzfamilia.com. Menurut Muslim, bayaran hosting yang jumlahnya dirahsiakan adalah ditaja sepenuhnya oleh beliau. Pada saat ini, forum tersebut telah berjaya menarik seramai kira-kira 10 orang ahli dan mempunyai 13 thread. Achik telah dilantik sebagai admin forum tersebut walaupun dia tidak mempunyai sebarang pengalaman berkaitan pengurusan forum sebelum ini.

——-Alang yang baru sahaja berjaya dihubungi oleh Achik melalu YM hari ini telah mengumumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan. Keputusan itu adalah agak mengejutkan kerana telah diketahui umum sebelum ini bahawa gaji beliau adalah agak lumayan. Kami masih lagi menanti sebarang pengumuman baru dari beliau.

——-Pada hari ini juga Nur Liyana Jufika Ahmad atau Nono turut mengumumkan tindakan yang bakal dilakukan oleh beliau iaitu berkhidmat di stesen cari gali Petronas.
——-“Hari Selasa ni ada interview kat Petronas, third stage. Kalau lepas ni boleh kerja kat offshore arrr…hehhee…” – Nur Liyana Jufika Ahmad
——-Keputusannya itu juga agak mengejutkan memandangkan usia beliau yang sudah mencapai akil baligh dan telah cukup syarat untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya hasrat beliau itu diteruskan, beliau berhadapan dengan risiko lambat kahwin yang seboleh-bolehnya cuba dielakkan oleh kebanyakan gadis yang sudah mempunyai teman lelaki.

Sekian berita, selamat menunaikan ibadah puasa.
Assalamualaikum.

Advertisements