Updates from October, 2008 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 1:37 pm on 30 October, 2008 Permalink | Reply  

    Bicara Tentang Bahagia 

    (10/30/2008 1:05:11 PM)
    BUZZ!!!
    BUZZ!!!

    momo: ngah wat gapo
    muslim: baru je blk
    momo: dari…?
    muslim: minum ngn cah n sepu td
    momo: bahagia nampak
    muslim: huh?
    muslim: kami mmg la bahagia
    muslim: kamu x bahagia ke?

    momo: bahagia itu ibarat pelangi
    muslim: kadang2 menjelma kdg2 ilang?
    momo: selamanya di atas kepala org lain, xpenah atas kepala sendiri
    muslim: ic..
    momo: btol x
    muslim: kebahgiaan itu terlalu subjektif..
    muslim: dgn melihat orang lain bhgia pon kita boleh merasa bahgia

    momo: berfalsapah abe mus
    momo: bestnya kalo rasa bahagia
    muslim: tipu la klo kamu x penah merasa bahgia..
    momo: penah…
    momo: cuma tak selalu…
    muslim: kdg2 kita sbnarnyer bhgia..cuma kita slalunya tak MENGHARGAI saat kebahgiaan itu..btol x?
    muslim: bila smpai waktunya kebahgiaan itu hilang, lantas kita akan tercari2 kemana perginya kebhgiaan td..
    muslim: berfalsampah lak tghhari ni

    momo: hehe
    momo: btol tu
    momo: mmg fitrah manusia
    momo: cuma menghargai apa yg dah hilang dari genggaman kita
    muslim: betul tu
    muslim: disaat bende tu dah takde baru kita terhegeh2 nk cari balik

    momo: dan lepas tu terpulang pada kita
    momo: terus mengenang masa lalu
    momo: atau
    momo: terus melangkah ke depan
    muslim: erm btol tu
    muslim: makanya..berusahalah utk menghargai setiap apa yg ada disekeliling kita..pada saat ini.. walaupun kita merasakan kebhgiaan itu sekadar terletak pada tangan org lain..

    momo: fitrah manusia
    momo: hari ini kita rasa kita org paling bertuah di dunia
    momo: hari esok kita rasa kita paling malang
    momo: hidup ni macam roda
    muslim: erm
    muslim: namun begitu.. kita tdk boleh terus berputus asa dgn takdir yg menimpa diri kita.. kita perlu berusaha menjadikan setiap hari, setiap saat dlm hidup kita sbgai orang yg plg bertuah di dunia.. kerana hidup kita ini terlalu singkat.. tidak spatutnya kita terus bermuram durja dan merasakan diri kita insan yg malang..
    muslim: kita perlu bersyukur sbnarnyer masih ramai lg insan yg malang di dunia ini..

    momo: kesimpulannya
    momo: bahagia itu ibarat pelangi
    momo: yang sebenarnya sentiasa di atas kepala kita

     
    • Fazz 2:03 pm on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      erkk….

    • mantero 2:11 pm on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      hahaha..siot la kamu mas.. nak bercanda di tghhari pong xleh

    • DrHilmi 2:12 pm on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      wahahahaha….
      aku cuba bayangkan mus tgh melafazkan dialog tersebut….
      camana la agaknya gaya dan ekspresi muka beliau ketika berfalsafah tu ye…

      aku teringat satu babak dlm filem Cinta ” Isteri adalah anugerah”(lebih kurang la tu)agak2nya cam tu kot gaya abe mus, ye dok acik ๐Ÿ™‚

    • toya 2:12 pm on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe…bukan senang nak nengok abe mus berfalsampah ๐Ÿ˜†

    • shah 4:03 pm on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      lerr…korg xtau ke yg mus bleh berfalsafah ni asal drp genetik DNA yg dia warisi drp bapak die..agak2 kalo tgh problem tu leh cite kat die…nnt die tlg solve.

    • toya 4:15 pm on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      yeke…hebatnye abe mus~~

    • yanie 5:16 pm on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      adeh laa.. mcm xcaye lak ayatยฒ ni sume dari isi ht abe mus. heheh…

    • jimmy 2:36 pm on 31 October, 2008 Permalink | Reply

      hebat ^-^

    • adik 12:58 am on 1 November, 2008 Permalink | Reply

      WTH??

    • greensnow 5:43 pm on 2 November, 2008 Permalink | Reply

      mus….u dah buat i terharu…sob2
      ohh akhirnye kamu sudah berubah~
      out.

      p/s/z: camne nak taip sambil gelak guling2 bwh kerusi?
      p/s/z: itulah pencapaianku hari ini bwahahaa~

    • toya 5:51 pm on 2 November, 2008 Permalink | Reply

      camne la rupa nazli gelak guling2 bawah kerusi yek?

    • ijal 4:06 am on 3 November, 2008 Permalink | Reply

      err… agak kurang pemahaman..
      hehe.. bahasa high level..
      xpe.. leh cuba baca lagi =P

    • toya 12:37 pm on 3 November, 2008 Permalink | Reply

      haha…high level apenye…
      bahasa org kampung je…omputih xreti ๐Ÿ˜

    • makcik mak 1:28 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      abg mus mmg sentimental orgnyer…syok luah perasaan kat dia huhuhu.btw aku petik sikit ayat dari filem bollywood psl kebahagiaan ni…kebahagiaan itu adalah apabila kita tidak merasa sedih.jadi…jgn bersedih dan kita akan bahagia.

    • DrHilmi 3:29 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      fuiyoo, siap petikan citer bollywood tu anis bagi…:p

    • makcik mak 4:40 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      stendet…hegu2

    • chesu 4:50 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      peminat abe mus semakin bertambah la lps bace abe mus bermadah… hehe…

    • greensnow 11:59 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      haa…korg xdonga lai abe moslem kito ni nyanyi lagu ziana zain,
      tajuk “madah berkelah” klau tak silap den…sodap jugak la bunyinyo.
      out.

  • toya 12:49 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply  

    Sebelum Bunga Itu Layu 

    Hari ini aku melihat kelopak bunga itu. Warnanya masih merah, namun tangkainya tidak sekuat dulu. Ia menunduk, seolah malu melihat alam. Ia menunduk, seolah bersedia mahu pergi. Ia menunduk, barangkali ia tahu hayatnya sudah tidak panjang. Mungkin semangatnya telah duhulu mati, sedangkan harafiahnya ia masih hidup lagi. Barangkali ia menunduk mengenangkan saat itu. Saat ia dipuja, dicium dan diulit kemegahan… Saat itu tidak lama, namun cukup nostalgia.

    Sebelum bunga itu layu, aku mencium harum kelopaknya. Mungkin untuk terakhir kali…

     
    • Fazz 1:18 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      huhu,
      bunga layu pun jd bahan,
      seronok la tu dah ader tenet kt rumah..

      anyway,
      ini adalah komen paksaan dr elyna,
      hahahaha

    • jimy 6:37 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      ooo..ni munge dpt mase konvo ek ๐Ÿ˜‰

    • adik 7:16 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      xseronok langsung!
      cara utk simpan bunga tu;
      1)amik kelopak die yg dh kering simpan dlm tisu;
      2)laminate jd penanda buku(cm dlm cte doraemon)
      selamat mencuba!!
      huaahahaa

    • cloud 7:33 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      ha ah…laminate pastu nnt tunjuk anak, ni la bunge mase mak konvo…akakaka

    • toya 8:26 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      kedai mana plak yg nak tolong laminate bunga ni…
      “aiyaa…talak boleh loo…nanti itu bunga kasi losak itu mesin maa…”

    • angah_Darling 10:46 am on 28 October, 2008 Permalink | Reply

      dasat ayat tuh…bebunga2 walaupun bunga dh tak baper nk mekar.takpe2,bg semangat kat bunga.chaiyok bunga!

    • toya 3:46 pm on 28 October, 2008 Permalink | Reply

      chaiyok! chaiyok!!!!
      yg paling xbest bila beli bunga…kita tau dia akan mati masa kita masih sayangkannya :((

    • adik 9:18 pm on 28 October, 2008 Permalink | Reply

      cakap kat cina tu..”wang atau mesin???pilih salah satu!!”
      XD

    • Nono 11:13 am on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      “sedangkan harafiahnya ia masih hidup lagi”…puiti sungguh kawanku ini..hehe

    • ijal 4:01 am on 3 November, 2008 Permalink | Reply

      cedeynya bunga tu dah layu =(
      tapi btol gak cakap adik..
      wat jadi penanda buku.. xla kena buang kan ๐Ÿ˜‰

    • toya 12:39 pm on 3 November, 2008 Permalink | Reply

      adei…buatkan la ๐Ÿ˜›

  • toya 10:50 pm on 26 October, 2008 Permalink | Reply  

    Konvo 

    Dalam hidup seorang mahasiswa ada satu hari yang paling ditunggu-tunggu. Hari itu kita tak perlu belajar lagi. Kita tak perlu siapkan tugasan, tiada ujian, tiada kuiz, tiada makmal. Tidak perlu terkejar-kejar membaca di saat-saat akhir.

    Hari itu kita pakai baju cantik-cantik, macam hari raya. Hari itu kita siapkan memori yang dan bateri yang banyak untuk kamera.


    Hari itu kita tak perlu mengeluh lagi melihat orang lain bertopi empat segi, sebab kita juga begitu. Hari itu kita gembira tapi sedih. Hari itu kita melihat wajah-wajah itu untuk kali terakhir mungkin, tiada kata selamat yang tertinggal. Hari itu kita mengenang setiap detik di menara gading. Kita tahu, hari itu kita telah berjaya mengharungi segalanya.

    Tiga tahun meneman orang lain menyambut hari itu, saya menyambutnya sunyi tanpa hadirnya sahabat. Mungkin, hari itu bagi saya tidak seindah yang dijangka. Cukuplah hadirnya dua insan itu kerana mereka istimewa.

    21 Oktober 2008 – adalah hari itu bagi saya.

     
    • Fik 12:58 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      tahniah dh konvo..
      stay cute hehehee..(^_^)

    • Nyah Rempit 1:01 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      Dah lama meq tak singgah blog uols.. tau2 uols dah graduate…
      Meq sebagai wakil pengerusi BAKAT ATM ingin mengucapkan ribuan tahniah buat uols yg telah berjaya menamatkan pengajian untuk sarjana muda… meq begitu bangga kerana kawan2 meq dapat menakluk menara gading kerana meq tidak mampu untuk sampai ke tahap itteww…
      well uols, selamat melalui alam pekerjaan yg penuh pancharoba inniew.. semoga uols tabah menghadapinya..
      sekali lagi, Tahniah atas hari graduasi uols yg telah berjalan begitu lancar dan juga krew2 yg terlibat…

      p/s: jantan uols jambu gittew.. taknak ke kenalkan ngan meq?

    • DrHilmi 8:49 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      tahniah acik….
      gambar kat atas stage xde ke?

    • toya 8:56 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      ada…yg dlm studio pon ada.
      nak letak gak ke? xyah la…nanti org letak kat frenster

    • Fazz 1:21 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      huhuhu,
      sob sob sob…~

      dah grad dah budak ni…
      iskh… T_T

    • jimy 6:29 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      tahniah2..tepok2..
      dpt adiah ape?
      munge?bear?:p

    • adik 7:20 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      long dapat BEAR!!!! XD
      weit,mana dia blog btajuk: “I CURSED UPM!!”
      ttunggu2 nih =p

    • toya 8:31 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      a’ah dpt bear dlm plastik xbukak lagi ๐Ÿ˜†
      tajuk tu dah kena banned arr…
      aritu org komplen kat radio putra fm. dj dia wat xlayan plak. toek tol :angry:

    • adik 9:21 pm on 28 October, 2008 Permalink | Reply

      sape nk layan..kalo kutuk diri sendiri dia layan la kot..XD

    • Atiq 12:47 pm on 29 October, 2008 Permalink | Reply

      mas congrats on ur convo.. pelik kiter awak kate awk 21hb, rupenye lain sesi patotla xjumpe. besnyer gmbr2 awk ni… cantik…xramai org pulak tuh. Congrats again!

    • toya 12:50 pm on 29 October, 2008 Permalink | Reply

      heh nampak je mcm xramai…padahal serabut giler masa tuh nak amik gambar kat fountain pon xdapat ๐Ÿ˜

    • yanie 10:17 am on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      congratulation achik……

    • ijal 4:04 am on 3 November, 2008 Permalink | Reply

      besnya dapat join sekali konvo dia ๐Ÿ˜‰
      at last.. huhu

    • toya 12:33 pm on 3 November, 2008 Permalink | Reply

      huhu..tq bebeh :”>

    • da psychic 2:30 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      waaa..bestnye..omedeto! huhuhu sy bile gi.. nnt konvo sy pon korg xdpt dtg gak suma dok jauh…wuwuwuw next year i grad

    • chesu 1:51 pm on 25 November, 2008 Permalink | Reply

      omedeto achik….^^

      p/s: terlewatkah aku??

  • toya 12:07 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply
    Tags: ujang   

    Semut Yang Berjasa 

    Mesti ramai antara kawan2 pompuan yang dah tau pasal cerita ni kan? Hehe…cerita ni sy reka masa form 1 lagi, tapi masa form 4 baru sy hantar kat majalah Ujang. Alhamdulillah…karya sy tersiar dlm majalah Ujang edisi Disember 2000 (zaman kegemilangan Ujang time tu). Jadi beginilah kisahnya…

    Pada zaman dahulu, tinggal seekor semut bernama Sudin. Dia tinggal bersama sanak saudaranya di dalam sebuah busut di sebuah negeri yang tidak bernama. Dia juga ada seekor girlfriend yang sangat manis.

    Pada suatu hari ketika Sudin sedang membaca akhbar The Tabloids, dia terbaca satu artikel tulisan Mail Kering tentang seekor singa yang mengamuk di pekan. Khabarnya singa itu mengamuk sebab gaji pokoknya gagal dinaikkan ke tahap yang sepatutnya. Menurut raya negeri tersebut, sesiapa yang dapat menghalang singa mengamuk itu daripada makan orang yang ke 51 (dia dah makan 50 orang dah), dia akan dikahwinkan dengan puteri negeri tersebut . Puteri itu pulak 67.24% lebih cantik daripada girlfried si Sudin. Sudin pun dengan penuh semangat Malaysia Boleh berjalan kaki ke pekan. Alah, bukan jauh sangat, 59.381 km je.

    Apabila sampai di sana, terlihatlah olehnya singa yang sedang mengejar seorang posmen sambil merungut-rungut tentang ketidakbestan gaji yang diperolehinya. Maka sudin pun mengikut plan yang telah dibuat olehnya. Apabila sampai dekat dengan singa tersebut, Sudin terus memanjat badan singa itu dan masuk ke dalam lubang hidung beliau. Sudin sungguh tidak berpuas hati dengan tahap pencapaian lubang hidung singa itu. Sudahlah gelap, ditambah pulak dengan bulu hidung yang panjang. Untuk mengelak daripada terlanggar tahi hidung singa itu, Sudin pun menyalakan lighter yang sentiasa dibawa olehnya untuk merokok. Apabila singa itu terasa panas dalam hidungnya, dia pun apa lagi, baj kata orang Kedah, teghuih kelupoq (menggelupur) kat situ jugak. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau masih sempat menyebut tentang gajinya yang tak best itu.

    Apabila raja terlihat keadaan baju sudin yang terbakar stelah kena api, tahulah baginda akan rupa paras bakal menantunya. Puteri baginda pun dengan linangan air mata terpaksalah kahwin dengan semut akibat terlalu exited menyain kontrak dengan ayahandanya. Mereka pun bersemayamlah dalam istana. Pagi esoknya, puteri tersebut telah diceraikan oleh Sudin setelah diketahui kurang mahir mambuat gula-gula kapas kesukaannya. Maka Sudin pun pulang ke rumah lamanya dan berkahwin dengan girlfriend yang dicintainya.

    HABIH.

    Nak tau apa yang sy dapat? Honororium berharga RM30, autograf Gayour (dia yang sign resit honororium tu), dan tiga pucuk surat misteri dari peminat…nak berkenalan…muahahahaa….

    Keratan Majalah Ujang Disember 2000

    Keratan Majalah Ujang Disember 2000

     
    • shah 2:30 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      pergh, ni mmg kes minat menulis ni~

    • yanie 2:36 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      ni dh blhยฒ jadi penulis….. heheh..

    • toya 2:39 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe…panjang kisahnye…
      ade sejarahnye camne org leh jadik camnih :p

    • jimy 2:42 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      wahh hebat2..
      dlu ada gak bli ujang,tp x trigt lak ada baca x citer ni :p
      btw,my advice–change ur career~

    • toya 2:53 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      uuu….i want to!!!!
      “I often have brilliant ideas but unable to make it happens. I have a strong will, talent and power, but no courage. What a wasteโ€ฆ”
      quote from http://www.friendster.com/maselyna/

    • makcik mak 3:13 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      ni kamu ngah berusaha ke arah menjadi writer ler ni.cam kisah buhung kamu tu.so teruskan usaha k

    • toya 4:37 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      huuu tatau nak jadi pe sebenarnye…
      programmer?grapik designer?animator?
      cartoonist?novelist?journalist?lecturer?
      atau…pembaca berita? ๐Ÿ˜ฏ

      kalo la kisah buhung jadi kenyataan…

    • greensnow 4:58 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      ada soklan!!!
      hononororium tu haperr???
      serius…diluar batasan imaginasiku huhu
      adakah berbentuk aquarium yg horor?
      adakah….adakah….adakahhhhhhh???!!
      out.

    • toya 5:05 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      haha..cuba teka… ๐Ÿ˜›
      honororium tu wang saguhati la…
      dulu masa join tu pon puasla pk honororium tu ape sampai tgk kamus dewan lagik. diorang bagi wang pos masa tuh.

    • jimy 5:30 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      i think u juz need to have someone by ur side to support and boost ur talent–

    • uder 5:21 pm on 25 October, 2008 Permalink | Reply

      i remember that piece of article.. wahh time tu macam glamer jer toya masuk magazine~!! terus naik pangkat jadik towmowk.. hhahahhah..
      those old days..

    • toya 4:13 pm on 26 October, 2008 Permalink | Reply

      someone like…?

    • toya 4:21 pm on 26 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe ude lagi glemer, masuk majalah siap jadik covergirl lagi.
      malangnya time org dpt tau kedai mag dah start jual next issue ๐Ÿ˜ฆ

    • Nyah Rempit 1:15 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      terbaca kisah uols pasal semut, meq terkenang citer pasal kutu yg tersesat..
      tp sbbkan citer tu diklasifikasikan sbb xxx…. maka tak dapatla meq nak share2 ngan uols..
      btw, meq baca jugak ujang masa meq merempit ngan beskal bmx ms skola menengah dulu…. tp fav meq majalah maskulin sbb byk abg2 yg bodi ketulans gittew…
      uols mmg byk pencapaian yg menarik.. keep up the gud work..

    • adik 7:13 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      ahahahahaha~cte len dh ilang
      idea org soh long sumbat bnda alah ni mnjadi kenyataan.hohoho
      =p

    • toya 8:34 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      kalo buku merapu corner ada lagi boleyla sumbat suma dlm ni ๐Ÿ˜ฆ

    • adik 9:24 pm on 28 October, 2008 Permalink | Reply

      satu ja cte zaman kekanak yg org ingat..~
      “gong tu apa?”
      guuuaaaakkkk
      LOL

    • Nono 11:05 am on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe..hebat2..sy de ujang tue..hik hik

  • toya 9:51 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply  

    KISAH BUHUNG 2008 – Part 4 

    Kalau Aku Begini, Kau Pula Begitu

    ——- Suasana agak tenang ketika itu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan pepohon nyior melambai-lambai seolah-olah menyambut kedatangan kami ke Kafe Bistro. Jam di tanganku menunjukkan pukul 8.12 malam. Kafe Bistro kelihatan amat indah dilimpahi cahaya lampu hiasan di sana sini. Pengunjung juga semakin bertambah ketika itu dengan deretan kereta memasuki kawasan kafe bertaraf lima bintang itu.

    ——-“Mana yang lain ni Achik? Nampaknya kita sampai dulu,” kata Chesu sebaik sahaja menutup pintu kereta Viosku. Aku meninjau-ninjau Kafe Bistro dari luar, mencari kebenaran kata-kata Chesu itu.

    ——-“Eh tu kan Lemi! Dia sampai dulu lah nampaknya,” ujarku lantas menekan punat kunci kereta. Aku dan Chesu berjalan beriringan memasuki kafe tersebut. Malang, perjalananku terhalang sebentar oleh beberapa orang peminat yang minta bergambar di pintu masuk kafe itu.

    ——-“Ada saja peminat kamu ye Achik,” sapa Lemi sebaik aku tiba di mejanya. Kelihatan di situ Lemi sudah siap merapatkan tiga buah meja untuk kemudahan semua yang bakal hadir sebentar lagi.

    ——-“Biasalah Lemi… inilah nasibku,” kataku lantas mengambil tempat di sebelah Chesu. Beg berbentuk empat segi sebesar blok lukisan bersaiz A3 yang kubawa bersama kuletakkan ke tepi.

    ——-“Hai Mas…lama tak datang sini, sibuk ke?” tiba-tiba seseorang menyapaku dari belakang. Ya, aku kenal suara itu, pemilik Kafe Bistro yang juga sahabatku.

    ——-“Macam ni la hidup saya Shidah, multitasking,” kataku sambil tersenyum padanya lalu menyambung, “Macam mana bisnes sekarang? Makin maju nampaknya. Wah boleh tambah cawangan lagi lah lepas ni ya.”

    ——-“Alhamdulillah rezeki Tuhan bagi… Shidah hepi sangat hari ni sebab baru dapat tender catering untuk kenduri kahwin cucu Sultan Selangor bulan depan,” patutlah dari tadi asyik tersenyum lebar saja.

    ——-“Ok, korang nak makan apa hari ni? Shidah belanja, berapa orang semua?” kata-kata Shidah itu menyebabkan mata Lemi dipenuhi sinar harapan yang luar biasa.

    ——-“Macam biasa Shidah. Wah! dapat makan free kita hari ni,” tidak semena-mena Lemi menyampuk perbualan kami. Aku, Shidah dan Chesu tertawa melihat telatahnya.

    ——-“Okey, roger and out,” kata Shidah sebelum meninggalkan kami.

    ——-“Macam mana dengan pasukan UTMKL tahun ni Lemi? Ada harapan tak?” aku hanya mendengar pertanyaan Chesu itu sambil mengeluarkan isi kandungan beg empat segiku. Pensil mekanikal, kertas dan pembaris. Eh, mana pula pemadam ni? Ah pasti sudah tertinggal. Nasib baik aku jarang menggunakannya.

    ——-“Peluang cerah. Budak-budak tahun ni bagus-bagus belaka. Seronok aku ajar diorang,” Lemi menerangkan tentang kerjayanya. Siapa tidak kenal Lemi, tenaga pengajar utama subjek ko-kurikulum QCL1021 Pasukan Sorak UTMKL. Pasukan pimpinannya telah banyak menjuarai pertandingan Cheerleading peringkat kebangsaan, malah pernah sekali menyertai pertandingan peringkat antarabangsa di Los Angeles.

    ——-“Kalau tak bagus pun kamu seronok jugak ajar diorang kan…” aku menerangkan dengan jelas, apa yang kumaksudkan dengan โ€˜dasar Lemi’. Sementara itu tanganku pula tangkas menggerakkan mata pensil di atas permukaan kertas. Lukisan ini mesti kusiapkan segera.

    ——-“Tau takpe. Ni bila dateline Achik?” tanya seseorang yang sedang asyik memerhatikan lukisan manga empat mukasurat yang sedang kusiapkan untuk Majalah GempakStarz edisi November.

    ——-“Eh Jimmy! Bila korang sampai? Bukan nak bagi salam,” kataku pada si penanya soalan.

    ——-Jimmy hanya tersengih memandangku. Di sebelahnya adalah Anis yang juga tersengih. Di sebelah Anis adalah Tina yang turut sama tersengih. Eh, macam iklan ubat gigi pula. Di sebelah Tina adalah Farhan yang tidak pula tersengih tapi berwajah sugul. Namun begitu Farhan kelihatan kacak seperti biasa. Rambutnya diluruskan dan disapu gel serta digayakan dengan fesyen terkini ibarat Dafi, tidak ketinggalan cermin mata gelap disangkut atas kepala walaupun hari telah memasuki fasa malam. Matanya dihiasi kanta lekap berwarna coklat, memakai t-shirt putih, jaket serta seluar kulit berwarna hitam. Penampilannya segak seperti biasa. Kadangkala aku juga agak terpikat padanya malah aku tahu Anis dan Chesu juga begitu.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——-Dua orang gadis sedang berselindung di sebalik pondok telefon yang hampir rebah ke bumi angkara vandalisme. Sudah hampir sejam mereka begitu. Orang awam yang lalu-lalang di dalam pusat membeli-belah itu tidak mengendahkan mereka kerana itulah lumrah warga kota, tidak peduli dan tidak perlu ambil peduli.

    ——-“Berapa lama lagi ni Nelli? Cemuihla… aku rasa dia tak datang kot hari ni?” gadis berkulit kuning langsat itu meluahkan rasa hati kepada rakan setugasnya. Dia tidak sanggup lagi berdiri seperti patung di sebalik pondok telefon yang berbau hancing itu.

    ——-“Sabarlah sikit Yanie… kejap je lagi. Kalau tak sia-sia je usaha kita hari ni,” balas Nelli sambil mengelap hidungnya dengan kertas tisu. Hidungnya yang tersumbat akibat selsema membuatkan dia tidak dapat menghidu bau pondok telefon yang harum itu.

    ——-“Yanie melemparkan pandangannya ke arah butik di hadapannya, sepertimana yang dilakukannya sejak sejam yang lalu. Butik Pengantin Puteri Mardiana tersergam indah, dengan patung-patung mannequin memperagakan pakaian pengantin di hadapan pelamin berwarna emas. Sepanjang 57 minit di situ Yanie sudah berjaya menghitung jumlah patung-patung di situ, malah jumlah batu permata di mahkota patung tersebut juga telah enam kali dibilangnya. Cukup 132 butir, tetapi insan yang ditunggu masih belum juga muncul.

    ——-Bosan. Bosan dia mendengar bunyi dengusan hidung Nelli. Dia membuka begnya untuk menulis sesuatu pada diarinya. Seringkali itulah yang dilakukan apabila bengang dengan rakan setugasnya; menyonteng diari dengan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar tetapi amat menyenangkan hati sendiri sekiranya dihamburkan.

    ——-“Mana diari aku ni? Nelli, diari aku hilang!” kata Yanie cemas apabila diari itu gagal dicarinya. Habislah… dalam diari itu… tidak!!!

    ——-“Apa hal pulak ni, setakat diari buruk kau tu biar jelah. Nanti beli yang baru,” ucap Nelli acuh tak acuh. Matanya dipusatkan ke arah pintu masuk butik pengantin 10 meter di hadapannya.

    ——-“Gila kau, dalam diari tu ada rahsia operasi kita!” Yanie hampir menangis memikirkan nasib diarinya. Sebenarnya dalam diari itu ada sesuatu yang jauh lebih penting daripada rahsia operasi mereka.

    ——-“Kau ni… Sengal…!” Kuk! Nelli melekuk kepala rakan setugasnya itu. Terpaksa dia menamatkan operasi mereka pada hari itu.

    ——-“Aku rasa aku tertinggal kat kedai makan tadi…” kata Yanie sambil mengusap kepalanya yang hampir benjol dilekuk Nelli.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——-“Okey semua, sebelum apa-apa hal saya nak buat pengumuman dulu,” kataku sambil mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari beg. Kandungan sampul surat itu kukeluarkan.

    ——-“Saya nak korang semua ambil cuti seminggu bulan depan, sebab… saya dapat pakej pelancongan percuma ke Tioman untuk 7 orang!!!” ucapanku membuatkan Lemi semakin bertambah sinar di matanya.

    ——-“Wah…macam mana kamu dapat Chik?” tanya Chesu kepadaku.

    ——-“Ingat tak pagi tadi saya jumpa dekan? Rupanya bukan nak pecat tapi nak bagi hadiah. Katanya ini hadiah peribadi daripada Canselor sebab saya berjaya naikkan nama UTMKL lepas laporan Majalah 3 bulan lepas,” kataku.

    ——-“Hoyea!!! Dapat holiday free! Yippie!!!” tiba-tiba Anis menjerit dan melompat kegembiraan, hampir-hampir sahaja dia terlanggar Shidah yang sedang membawa minuman.

    ——-“Jemputlah semua… Jangan risau hari ni Shidah belanja,” Shidah tersenyum ikhlas sambil memerhatikan pekerjanya menghilangkan makanan di meja kami.

    ——-“Terima kasih Shidah,” ucap kami semua serentak, seakan-akan murid darjah satu lagaknya. Akibatnya sebahagian besar pelanggan kafe memandang kearah kami, terutama aku yang merupakan seorang selebriti. Aku tidak peduli tentang itu. Statusku tidak akan sekali-kali mengubah kelakuanku ketika bersama sahabat-sahabatku.

    ——-“Okey, pasal holiday kita bincang kemudian. Sekarang kita bagi laluan kepada penganjur majlis malam ni. Jadi Farhan, apa yang penting sangat soal hati dan perasaan kamu kali ni?” kata Tina yang memulakan potongan pertama stik Goldon Blue di atas pinggannya. Farhan yang masih lagi berwajah sugul hanya memandang spagetti carbonara di hadapannya.

    ——-“Awek aku… dia dah tinggalkan aku,” Saat itu kulihat semua yang hadir di meja itu tersenyum sinis, termasuk diriku. Bukanlah sesuatu yang baru apabila Farhan ditinggalkan kekasih. Malah setiap kali ditinggalkan pasti kami semua akan diajak keluar seperti ini.

    ——-“Kali ni kenapa pulak?” Jimmy mengucapkan kata-kata itu dengan mulut yang penuh dengan Sirlon Black Papper Steak. Lemi di sebelahnya kulihat makan dengan penuh lahap tanpa mempedulikan apa-apa lagi.

    ——-“Entahlah, aku dah berikan sepenuh kasih sayang terhadapnya. Tidak sekalipun kujangka ini akan terjadi,” ujar Farhan penuh perasaan. Bukan juga sesuatu yang baru.

    ——-“Kamu asyik sangat dengan motor besar kamu tu, mau dia tak lari,” Chesu pula mengambil giliran menempelak Farhan. Masih lagi bukan sesuatu yang baru.

    ——-“Sekurang-kurangnya aku layan motor, bukan robot Gundam. Bukankah normal bagi lelaki untuk meminati motosikal?” Farhan akhirnya menyentuh spaghetti di hadapannya akibat tidak tahan terliur melihat kelahapan Lemi menjamah makanannya.

    ——-“Yelah tu…” Seolah-olah itulah yang ingin disampaikan oleh aku, Anis, Tina, Chesu, Jimmy dan Lemi apabila kami semua tidak menyahut luahan hati Farhan itu. Semuanya asyik menikmati keenakan makanan barat yang dihidangkan percuma; kerana nikmat makanan percuma tiada galang gantinya. Kami berbual kecil tentang hal-hal lain tanpa mempedulikan soal hati Farhan. Farhan juga seolah-olah telah dapat melupakan gadis yang baru sahaja mendapat status kekasihnya dua bulan lalu.

    ——-Tiba-tiba Farhan berdiri dengan matanya memandang tajam ke suatu arah. Keadaan yang aneh itu mengundang keraguan di hati aku dan rakan-rakan yang lain. Kenapa pula Farhan berkelakuan begini? Adakah…

    ——-“Kawan-kawan…” kami berdebar-debar menantikan Farhan menyambung kata-katanya, “…aku rasa… aku dah jatuh cinta pandang pertama,” Serentak dengan itu kami semua tersedak dan makanan di dalam mulut hampir-hampir sahaja terhambur keluar. Sudah… Farhan buat hal lagi!!!

    Bersambung…

     
    • tintin 10:27 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      walawei…viOs tu xtahan =p
      ** terbayang lemi telompat2 melatih pasukan sorak kehkeh

    • toya 10:43 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      yup, dasar lemi ๐Ÿ˜›

    • toya 10:46 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ˜Ž ๐Ÿ˜ฅ โžก :biggrin: :confused: ๐Ÿ‘ฟ :exclaim: ๐Ÿ’ก ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜ก :mrgreen: ๐Ÿ˜ :question: :redface: ๐Ÿ™„ ๐Ÿ˜ˆ

    • jimy 11:06 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      wakakakakka…farhan jadi watak utama..adeii..sapela die tgk hgga jd luv at 1st sight :p

    • toya 11:09 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      haha..wait n c bebeh ๐Ÿ‘ฟ

    • makcik mak 11:24 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      aku memula baca dah lost sikit cos lama sgt gap kisah buhung 4 n 3.sapa lagi dlm f-phat family tak masuk stori ek chik?

    • DrHilmi 11:29 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      jurulatih pasukan sorak :p errkkk pasukan laki2 ke pompuan tu? detail sikit…:p
      hehe….aku train diorang xde lompat2 la wei…sopan je aku ajar diorang…kalao x caya tanya aku ๐Ÿ™‚

    • toya 12:18 pm on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      ramai lagi…mmg nak roboh kisah buhung ni ramai sangat. cabaran..cabaran…sape yg blom disebut tu bwk2 sabo ye. akan tiba masanya…(bagi sesapa yg rajin komen jek)

    • chesu 1:07 pm on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      lemi jd jurulatih cheerleading? teringat 5 jingga you… haha…
      best tuh cafe bistro ada pokok kelapak melambai2… ^^

    • angah_Darling 1:29 pm on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      saya ingin mengucapkan ‘selamat berkarya’ kepada cik Achik.anda telah membuat saya tesengih2 sorang2 dpn pc…hehehe

    • toya 1:42 pm on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      mana cukup…sape nak bayar royalty neh

    • adik 2:56 pm on 21 October, 2008 Permalink | Reply

      hoh,mokchan dh ngamuk xmasuk watak lagi sehingga mengigit kuku

    • jimy 3:07 pm on 21 October, 2008 Permalink | Reply

      sape yg 7 org gi tioman tu?
      yg nama disebut kt ats?
      yeay ๐Ÿ˜€

      next entry cite kt tioman la kot~

    • toya 12:33 pm on 22 October, 2008 Permalink | Reply

      wait n c…

    • shah 11:23 am on 23 October, 2008 Permalink | Reply

      adoi panjangnye cerite die…xle abeh bace skaligus..

    • toya 12:46 pm on 23 October, 2008 Permalink | Reply

      hoho kalo panjang komplen, pendek pon komplen gak!

    • yanie 1:42 pm on 23 October, 2008 Permalink | Reply

      menarikยฒ… panjang pun xpe chik..
      adeh, sakit otot muka dk sengih sorgยฒ depan pc. hehe..
      nell ngan sy mcm ajen perisik yg jahat jekkk..

    • toya 1:45 pm on 23 October, 2008 Permalink | Reply

      ngahaha…korang tunggu jela episod seterusnya ๐Ÿ˜›
      byk lagi watak x masuk ni. pening tol nak pikir ๐Ÿ˜
      sape yg xbaca n xkomen tu jgn mrhla kalo xmasuk..hehe

    • yanie 2:02 pm on 23 October, 2008 Permalink | Reply

      xpe.. pelanยฒ……
      kalutยฒ nnt xmenarik..

    • toya 2:03 pm on 23 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe tau takpe…

    • cda 2:01 am on 10 December, 2008 Permalink | Reply

      hauhahah…bisnes besaq nmpk….aminnnnn…insyallah..bile part 5 nk kuaq? sure gempak..story makin menarik…watak utama farhannn..farhan, ko xnk komen???

    • drhilmi 11:07 am on 18 February, 2009 Permalink | Reply

      mana sambungan cite ni acik…

    • toya 11:16 am on 18 February, 2009 Permalink | Reply

      takde idea la…ekekkeek….

    • newly Puan[cik pah] 4:27 pm on 18 February, 2009 Permalink | Reply

      weh momo a.k.a towmok..de bakat terpendam upanye..wah..wah..leh wat side income nih

  • toya 2:09 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply
    Tags:   

    Jejak Kasih DDZ++ versi Syawal dan Muslim 

    Kuala Lumpur, 12 Oktober – Sama sekampung lagikan dirindu, inikan pula jauh di mata. Begitulah ibarat utuhnya persahabatan antara DDZFamilia dan juga suku sakatnya. Setelah kejayaan penganjuran Jejak Kasih pada bulan Ramadhan yang lalu, maka para pencinta DDZ telah sekali lagi mengambil langkah proaktif dengan penganjuran Jejak Kasih DDZ++ versi Syawal dan Muslim bersempena bulan Syawal yang mulia ini. Pengarah program Jejak Kasih pada kali ini adalah Quistina Suriani @ Tina dan dibantu timbalannya Mas Elyna @ Achik. Idea Jejak Kasih kali ini adalah datangnya daripada pengarah program sendiri, yang pada asalnya ingin mengajak para sahabat mengambil kesempatan beraya di kediaman pengarah program Jejak Kasih yang lalu, Siti Suriani @ Chesu pada hujung minggu tersebut yang jatuh pada 12 Syawal 1429H. Kebetulan, hari lahir Chesu juga jatuh pada hari yang sama. Maka dengan itu, Tina telah mengajak para sahabat untuk beramai-ramai meraikan hari tersebut dengan meriahnya bertemakan ‘SURPRISE!!!’. Antara kejutan yang telah dirancang pada hari tersebut ialah kehadiran Anis Suria yang berada jauh di Kuala Kangsar yang mana dijangka adalah sesuatu yang mustahil pada pandangan Chesu. Proses perancangan berjalan selama kira-kira seminggu yang melibatkan penggunaan Yahoo Messenger secara intensif di pejabat-pejabat ahli-ahli yang terlibat. Berkat penat lelah mereka yang berkenaan, akhirnya hari yang dinantikan telahpun menjelma seperti yang dirancangkan. Pada hari kejadian, berpuluh-puluh biji mata telah bertemu melibatkan pemilik-pemilik mata-mata tersebut iaitu:
    1. Quistina Suriani @ Tina
    2. Mas Elyna @ Achik
    3. Anis Suria @ Anis @ Makcik Mak
    4. Yatie @ Angah (DDZ/39)
    5. Dilla @ Along (DDC)
    6. Nurul Huda @ Uta (DDZ/39)
    7. Syahida @ Alang (DDC)
    8. Hamim (DDZ/39)
    9. Hafiz Chooi
    10. Noni (Pacar Hafiz)
    11. Aisa (Pacar Tina)
    12. Jimmy
    13. Fazrul
    Malangnya Farhan, Intan dan Ej tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Busana yang ditampilkan pada hari tersebut adalah pakaian kebangsaan bagi peserta wanita dan pakaian kasual bagi peserta lelaki. Berikut adalah laporan aturcara majlis tersebut…

    9.00pg-12.00tghari:
    Kesemua peserta merasa panik pada pagi tersebut kerana setiap seorang dari mereka telah tersasar dari masa perjumpaan yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 9.00 pagi bertempat di LRT Setiawangsa. Telefon bimbit masing-masing berkeadaan aktif pada masa itu dengan mesej yang paling kerap dihantar iaitu “Katne dah?”. Tiga buah kereta dijanjikan tersedia sebagai alat pengangkutan pada hari itu iaitu milik Achik, Uta dan Dilla. Achik bergerak dari selatan, mengambil Angah di serdang dan terus menuju ke Kuala Lumpur. Uta, Anis dan Hamim bergerak dari rumah Tina untuk mengambil Alang di Bangi. Hafiz dan Noni berjumpa di KL Sentral dan menaiki LRT ke Setiawangsa. Aisa bergerak terus ke LRT Setiawangsa manakala Jimmy dan Fazrul menunggang motosikal ke tempat kejadian. Semua peserta berjaya dikumpulkan pada pukul 12.00 tengahari apabila Along tiba sebagai orang terakhir.Peserta-peserta seterusnya telah bergerak ke rumah Chesu secara konvoi. Sedikit insiden telah berlaku yang mana tidak perlu disebutkan di sini.

    tepi stesen LRT

    Tepi Stesen LRT Setiawangsa

    12.30-12.40 tghari:
    Setelah sampai di rumah Chesu, para sahabat telah berpakat menyorokkan Anis sehinggalah saat-saat terakhir. Anis hanya menunjukkan dirinya kepada Chesu setelah semua yang hadir melangkah masuk ke dalam kediaman Chesu. Chesu yang amat terkejut dengan kehadiran Anis itu tidak dapat menahan air mata lalu menumpahkannya ke atas tisu yang tidak diketahui jenamanya.

    Chesu nangis tengok Mak...

    Chesu nangis tengok Mak...

    Birthdaygals potong kek

    Birthdaygals potong kek

    12.40-1.30 ptg:
    Majlis dimulakan dengan memotong kek hari jadi di mana satu lagi kejutan telah berlaku terhadap Anis. Pada kek tersebut tertulis nama beliau yang bakal menyambut hari lahir pada keesokan harinya. Acara diteruskan dengan pemotongan kek oleh Anis dan Chesu. Hadirin seterusnya melayan nafsu makan dengan juadah yang telah disediakan oleh ibu Chesu. Kekenyangan telah mendorong Anis membuat ucapan diikuti oleh Chesu dan Hafiz walaupun hari itu bukanla hari jadi beliau. Ini diikuti oleh majlis penyerahan dan pembukaan hadiah oleh mereka yang terlibat.

    Makan

    Makan

    Melantak

    Melantak

    2 pasangan kapel sedang cover2 hangatnya percintaan

    2 pasangan kapel sedang cover2 hangatnya percintaan

    1.30-2.00 ptg:
    Walaupun Hafiz masih lagi berkeadaan lapar, acara makan telah ditamatkan dengan rasminya dan para hadirin mengambil keputusan untuk menyambung sesi Jejak Kasih tersebut di KLCC. Walaubagaimanapun, terdapat bangkangan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin pulang untuk melangsaikan hajat dengan pasangan masing-masing. Akhirnya yang tinggal untuk ke KLCC hanyalah Achik, Chesu, Anis, Tina, Hamim dan Fazrul. Perpisahan antara puak-puak tersebut telah berlaku di LRT Setiawangsa.

    Tiang Dua melambai-lambai

    Tiang Dua melambai-lambai

    2.00-4.00 ptg:
    Setelah kesemua yang disebutkan di atas sampai ke KLCC dengan menaiki Saga BLM M-Line 1.3MT NCD2693, maka mereka terus menuju ke masjid KLCC yang tidak dipasang penyaman udara untuk menunaikan solat. Seterusnya keputusan telah diambil untuk mengadakan upacara lepak, minum dan gosip di Burger King. Tamatnya acara tersebut membawa kepada acara bersiar-siar di sekitar KLCC.

    Gadis-gadis cun (atau perasan cun)

    Gadis-gadis cun (atau perasan cun)

    Gadis-gadis dan jejaka cun

    Gadis-gadis dan jejaka cun

    Kat Raja Burger

    Kat Raja Burger

    4.30-5.15 ptg:
    Usai menjelajah KLCC dan wajah Anis semakin berkerut memikirkan untung nasibnya di negeri orang, para sahabat memutuskan untuk menghantar Anis ke Stesen Bas Puduraya. Dalam perjalanan tersebut banyak perkara yang dibualkan, antara yang paling membangkitkan keghairahan adalah apabila Fazrul memberitahu bahawa UTMKL bakal dirobohkan tidak lama lagi. Para penumpang yang berasa cemas dengan keadaan itu meminta agar Achik (yang ketika itu sedang memandu di kawasan Chow Kit) berpatah balik ke Jalan Semarak agar mereka dapat melihat UTMKL buat kali yang penghabisan. Mujur, kunjungan mereka ke UTMKL langsung tidak diganggu oleh pak guard melainkan hanyalah mata-mata manusia yang aneh melihat sekumpulan perempuan dan seorang lelaki mengambil gambar di sekitar kampus tersebut. Kampus UTMKL pada ketika itu berada dalam keadaan yang amat menyedihkan, ibarat dilanggar garuda dan kelihatan seolah-olah bangunan yang telah ditinggalkan oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Keadaan itu menimbulkan rasa sayu di hati para sahabat. Ungkapan “Ingat tak…” sentiasa meniti di bibir mereka hinggalah tamat kunjungan mereka ke tempat bersejarah itu. Tempat jatuh lagikan dikenang, ini pula tempat mengenal apa itu pengaturcaraan.

    Sayu la tengok UTMKL...

    Sayu la tengok UTMKL...

    Oh PSZ!

    Oh PSZ!

    Oh Gazebo!

    Oh Gazebo!

    Jom tengok belah sana lak

    Jom tengok belah sana lak

    Ape tah yg kelakar sangat pasal kiosk?

    Ape tah yg kelakar sangat pasal kiosk?

    Blok S dilanggar garuda!

    Blok S dilanggar garuda!

    Kafe Padang...amat menggamit memori Chesu...

    Kafe Padang...amat menggamit memori Chesu...

    Kat depan DK...DK ape tah? Lupa lak

    Kat depan DK...DK ape tah? Lupa lak

    Segalanya di sini, menggamit memori...

    Segalanya di sini, menggamit memori...

    Ingat tak?

    Ingat tak?

    5.15-6.00 ptg:
    Sungguhpun sebak untuk meninggalkan kawasan yang sesak dengan memori itu, mereka sedar bahawa kehidupan harus diteruskan demi masa depan. NCD2693 terus meluncur di celah-celah kesibukan kota untuk menghantar Anis ke Puduraya. Perjalanan mengambil masa yang agak lama memandangkan jalan sekitar ibu kota dipenuhi kenderaan yang baru pulang dari rumah terbuka. Keadaan di Puduraya adalah amat sesak. Pemandu NCD2693 berada di dalam keadaan dilema samada mahu menghantar Anis di dalam bangunan Puduraya atau meninggalkannya di seberang jalan.

    6.00-7.30 ptg:
    Kerana Achik adalah seorang yang spontan dan tidak pandai membuat keputusan, akhirnya beliau telah memutuskan untuk menghantar Anis ke Stesen Bas Jalan Duta kerana gagal mendapatkan parking di Puduraya. Para penumpang hanya mampu akur dengan keputusan diktator tersebut. Alangkah malangnya kerana perjalanan ke Jalan Duta mengambil masa yang amat lama dan penuh penyeksaan kerana pemandu harus memandu kereta manual dalam keadaan trafik yang merangkak-rangkak. Sepanjang perjalanan yang membosankan itu sahabat-sahabat yang keletihan telah melakukan perkara yang sia-sia untuk mengisi masa lapang iaitu menjalankan usaha pencarian lelaki kacak pada kereta-kereta yang berhampiran. Aktiviti ini hanya mampu disaksikan oleh Fazrul kerana beliau tidak berminat terhadap lelaki.

    Tiket Ipoh ada lagi bang?

    Tiket Ipoh ada lagi bang?

    Muka orang letih

    Muka orang letih

    7.30-8.15 mlm:
    Akhirnya sakit kaki Achik dapat diredakan apabila mereka berjaya sampai ke destinasi yang dituju. Anis bergegas ke kaunter bas dan beliau agak bernasib baik kerana tiket bas ke Ipoh bagi perjalanan pukul 8.oo malam masih lagi dijual. Mereka mengunjungi surau dan mengisi perut sementara menunggu bas Anis sampai.

    Bye mak..jangan nangis tau

    Bye mak..jangan nangis tau

    8.15-9.30 mlm:
    Bas tersebut lambat 15 minit. Para sahabat mengiringi kepulangan Anis pulang ke tempat asalnya dengan disertai lambaian kasih sayang. Seterusnya Achik telah menghantar Fazrul di Keramat Hujung, Chesu di rumahnya di Setiawangsa dan Tina serta Hamim di Steren LRT Setiawangsa. Maka tamatlah siri Jejak Kasih yang kedua. Kesan yang paling ketara dari program Jejak Kasih kali ini adalah kaki Achik yang masih sengal-sengal sehinggalah ke hari laporan ini ditulis.

     
    • chesu 2:29 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      best chik..best… next time jumpe kt redang mesti lg gempak..

    • toya 2:30 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      huiii kalo redangnye report sy nak paksa korang tulis kat redang tu gak!!! mau 10page kalo nak tulis tuh (+_+)

    • makcik mak 2:52 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      adeh..berbaur2 perasaan biler baca en3 kali ni chik.memula tu lawak sampai ngekek2 aku sengsorang kat ofis ni.biler nak ending2 tu balik jadik syahdu.adeh…seb baik tak banjir.takper dun wori nanti masa redang kami tlg2 tls k chik.tq 4 da wonderful en3.muahs

    • toya 2:56 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      haha akhirnya berjaya gak mak komen yek. tq bebeh ๐Ÿ˜‰
      ya itulah yg kita mahukan…impak maksima ๐Ÿ˜€

    • tintin 3:13 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      kt cni br cikit…blom cite keseluruhannye pon da best k_D

      **tinagt achik cacing kepanasan dlm masjid hihi =p

    • toya 3:15 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      uiiii nak cite sume patah tangan la makcik
      kalo ada org nak byr gaji xpe gak

    • angah_Darling 3:31 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      yuhuu…nice n3 ๐Ÿ™‚

    • tintin 3:48 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      bukan nk soh cite sume la =p
      nk menjeleskan org d luar sane yg xjOin la~

    • toya 3:49 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      hohoho tau takpe

    • jimy 4:02 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      haha..x tahan ayat kt gmbr tna ngn aisa ๐Ÿ˜€

    • toya 4:09 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe…saje nak highlight ๐Ÿ˜›

    • makcik mak 4:42 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      tina masa baca bhgn tu mesti merah2 muka kan?hehehe

    • tintin 4:45 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      kuang aja jimmy…xmO da kwn pdn muke =p
      mmg a merah..sb marah !!

    • yanie 5:25 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      lamanya xtgk rupe UTMKL……

    • fazz 11:48 am on 19 October, 2008 Permalink | Reply

      huhuhu…
      aku jd pemandu pelancong dan peneman yg setia ni.

    • greensnow 8:02 pm on 19 October, 2008 Permalink | Reply

      ala apsal pendek sgt repot pasai “Robohnye kota warisan ddz” itew~
      ingtkan ade gambo2 yg tidak disiarkan di telebesen ^_^
      masih berpenghuni ke? kios kecik dkat blok C ade lg?
      dulu ade awek cun jaga kat situ taw~ kawaiii…
      (jimih tau detailnye keh3)
      out.

    • jimy 10:50 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      ::tintin:: alamak sori tintin,i juz highlighted a piece of en3 that was written by this blog owner :p

      ::greensnow:: hehe,bukan ko ke yg salu wat2 baca paper kt kiosk tu~ siap membahasakan pggl ‘abg’ lg kt brader jaga kiosk tu ๐Ÿ˜€

    • toya 10:54 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      haha korang..korang….

    • psykudou 5:15 pm on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      ape yg paling menarik ialah..
      aku berjaya meninggalkan muka2 sengal pada setiap koleksi
      tangkapan gamba dlm kamera korg hari tu..
      ahahaha…hampeh toi..

      tp aku suke komen part2 gadis2 perasan cun tu..ahaha,mmg betui pun kan?

    • toya 12:32 pm on 22 October, 2008 Permalink | Reply

      ye…taula kamu nak cakap pasal awek kamu tu

    • greensnow 4:54 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      ahahaa…agak pedas ulasan incek mashimashi kali ini~

      ::jimy:: wat2 bace paper tu benar…dah yg dia ske tgk2 pastu men2 renung tu hapsal…tercabar ketuanan melayu hamba hukhuk.
      maka terpaksa la aku membeli paper itew~

    • toya 4:56 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      ngahahahhaaa…..
      skang budak tu dak kawen gaknye~~

  • toya 10:32 am on 9 October, 2008 Permalink | Reply  

    Impian Yg Tak Kesampaian 

    Comic strip ni sy lukis masa form 5, masa tengah dengar ceramah dalam dewan sekolah. Masa tu tengah nak SPM… saat di mana impian adalah kemewahan yang tidak dapat kita rasai pada saat ini ::sigh::

    impian

    Memang betul, impian itu tidak kesampaian…

     
    • Atiq 4:38 pm on 9 October, 2008 Permalink | Reply

      Awk ni pandai melukis rupenye.. xde chance nk knl awk betul2 ๐Ÿ™‚

    • jimy 1:11 am on 10 October, 2008 Permalink | Reply

      ada sorg kartunis ujang tu..pompuan nama ape ntah..lebey krg je artwork ngn yg ni :p

    • toya 9:25 am on 10 October, 2008 Permalink | Reply

      sape? sarah ke mona? hehehe….

    • jimy 5:48 pm on 10 October, 2008 Permalink | Reply

      haa..sarah..artwork comey,tuannyer pon comey gak :p

    • anis 8:36 am on 13 October, 2008 Permalink | Reply

      aku rasa cam dah pernah baca kartun ni kat darul fikir dulu kan chik?ker aku berangan huhuh

    • toya 9:24 am on 13 October, 2008 Permalink | Reply

      haha mmg penah la mak…bukan cobaan tapi betul2

    • faizlehmann 3:08 pm on 15 October, 2008 Permalink | Reply

      saya awak sgt2 berbkt……slps kuar u,slmt berjaya saya ucapkan….saya ske tgk pompan seprti awk……ciri pmpn yang lngkap……sejuk mata memandang…..tka cre…slmt menempuh kerja plak…….

    • toya 11:00 am on 16 October, 2008 Permalink | Reply

      ciri pompuan yg lengkap? hehhee…. :shy:

    • anis 1:08 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      ayat2 bodek heheh

  • toya 11:16 am on 8 October, 2008 Permalink | Reply  

    I’m Sick of this Theme! 

    Tiap2 hari bukak blog ni rasa menyampah plak tengok theme yg huduh lagi huduh ni. Rasa nak tukar theme dlm masa yg terdekat tapi xde masa plak. Jiayou!!! Problem dengan blogmas ni x banyak theme pastu xleh nak tukar sgt. Walaupon enjinnye wordpress tapi featurenye suku dari wordpress. Nyesal gak tapi dulu sy pilih nak buat blog pon sebab nama hosting ni gak–> BlogMas! So just wait n c bebeh… . : . btw, sy ingat nak cilok dgcam ayah pasni, amik gambar cun2 sket! hehe…

    Nak kamera tu!

     
    • anis 12:37 pm on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      uish jgn ler curik…pinjam wat harta sendiri sudey….

    • toya 12:49 pm on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      tak curik..cilok je :p

    • jimy 12:09 am on 9 October, 2008 Permalink | Reply

      nape posing siap meniarap tu acik :p

    • toya 10:40 am on 9 October, 2008 Permalink | Reply

      manade meniarap..atas meja tu kan ๐Ÿ˜›

    • jimy 12:58 am on 10 October, 2008 Permalink | Reply

      eh laa..ats meja ke..igtkan ats lantai haha..bedo’oh benar doh kalu atah lata gak :))

    • toya 9:27 am on 10 October, 2008 Permalink | Reply

      bedo’oh tu gapo?

    • anis 8:33 am on 13 October, 2008 Permalink | Reply

      bedoโ€™oh >> tipu.maksud ayat jimmy tu tipu giler ler kalo atas lantai tu..huhu

    • ude 4:35 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      i’m not a spam script..huhu~~

  • toya 2:02 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply  

    24 Sept, 24 tahun, NCD2693, Syawal1429 ~ who cares? 

    Lama sy tak update blog ni. Dibiarkan sepi tanpa sebarang new entry. Bukan sebab raya atau sebab xde internet tapi lebih kepada ketidakpastian. Sy tak pasti, apa yg sy nak tulis? Pasal diri sendiri? Macam2 dah jadi tapi siapa yg peduli sebenarnya? Kata org kalo tulis blog tu biarlah yg menarik utk org baca kalau tak baik tak payah tulis. Yup, byk dah jadi. Tapi kalau sy tulis panjang2 pon tak ada siapa yg peduli tentang Mas Elyna. Jadi sy letakkan gambar saja pon cukuplah kat sini… untuk sesiapa yang peduli.

    23 Sept – Amik keta baru kat Senawang. Who cares?

    hadiah shidah
    24 Sept -Birthday ke-24. Shidah sorang je bagi hadiah (best wooo).


    kek

    26 Sept – Lepas 2 hari baru dapat kek.

    inai
    1 Okt – Raya. Ni bukan gambar yang sesuai untuk raya kan? Siapa peduli?

     
    • anis 4:02 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      uish syidah mana yg bg adiah tu?alang ker?saper kata org tak pedulik chik..aku boleh dikatakan hari2 bk blog kamu ni.heheh aku ni pembaca setia

    • toya 4:03 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      bukanla..ni shidah upm. hehe… ye mak time kasih atas sokonganmu

    • jimy 4:14 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      cam nak kawen je yg ari raya tu ๐Ÿ˜€

    • toya 4:15 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      xde modal lagi nak kawin daa…

    • jimy 4:26 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      hai..xkan syidah je bagi..cik abg x bg ke prezen besday :p

    • Dr Hilmi 5:04 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      aku pon pedulik jgk la, bukan si anis aje tau…aku menunggu sambungan kisah buhungmu acik…tgh tunggu musim 2 ke apa skrg..

    • jimy 5:07 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      err..dn saye juge :”>

    • cloud 7:07 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      wah lawonye kotak n tattoo tuh…hehehe

    • toya 9:30 am on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      jimy : jpa xmasuk lagi
      lemi : akan datang…(mlm td nak tulis tapi ngantuk)
      shah : dlm kotak n tangan tu lagi best

    • yanie 11:37 am on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      btul..btul.. sy pun tiapยฒ hari dk lalu kat blog ni.

    • toya 11:38 am on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe.. tq tq ๐Ÿ˜€

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel