Jejak Kasih DDZ++ versi Syawal dan Muslim

Kuala Lumpur, 12 Oktober – Sama sekampung lagikan dirindu, inikan pula jauh di mata. Begitulah ibarat utuhnya persahabatan antara DDZFamilia dan juga suku sakatnya. Setelah kejayaan penganjuran Jejak Kasih pada bulan Ramadhan yang lalu, maka para pencinta DDZ telah sekali lagi mengambil langkah proaktif dengan penganjuran Jejak Kasih DDZ++ versi Syawal dan Muslim bersempena bulan Syawal yang mulia ini. Pengarah program Jejak Kasih pada kali ini adalah Quistina Suriani @ Tina dan dibantu timbalannya Mas Elyna @ Achik. Idea Jejak Kasih kali ini adalah datangnya daripada pengarah program sendiri, yang pada asalnya ingin mengajak para sahabat mengambil kesempatan beraya di kediaman pengarah program Jejak Kasih yang lalu, Siti Suriani @ Chesu pada hujung minggu tersebut yang jatuh pada 12 Syawal 1429H. Kebetulan, hari lahir Chesu juga jatuh pada hari yang sama. Maka dengan itu, Tina telah mengajak para sahabat untuk beramai-ramai meraikan hari tersebut dengan meriahnya bertemakan ‘SURPRISE!!!’. Antara kejutan yang telah dirancang pada hari tersebut ialah kehadiran Anis Suria yang berada jauh di Kuala Kangsar yang mana dijangka adalah sesuatu yang mustahil pada pandangan Chesu. Proses perancangan berjalan selama kira-kira seminggu yang melibatkan penggunaan Yahoo Messenger secara intensif di pejabat-pejabat ahli-ahli yang terlibat. Berkat penat lelah mereka yang berkenaan, akhirnya hari yang dinantikan telahpun menjelma seperti yang dirancangkan. Pada hari kejadian, berpuluh-puluh biji mata telah bertemu melibatkan pemilik-pemilik mata-mata tersebut iaitu:
1. Quistina Suriani @ Tina
2. Mas Elyna @ Achik
3. Anis Suria @ Anis @ Makcik Mak
4. Yatie @ Angah (DDZ/39)
5. Dilla @ Along (DDC)
6. Nurul Huda @ Uta (DDZ/39)
7. Syahida @ Alang (DDC)
8. Hamim (DDZ/39)
9. Hafiz Chooi
10. Noni (Pacar Hafiz)
11. Aisa (Pacar Tina)
12. Jimmy
13. Fazrul
Malangnya Farhan, Intan dan Ej tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Busana yang ditampilkan pada hari tersebut adalah pakaian kebangsaan bagi peserta wanita dan pakaian kasual bagi peserta lelaki. Berikut adalah laporan aturcara majlis tersebut…

9.00pg-12.00tghari:
Kesemua peserta merasa panik pada pagi tersebut kerana setiap seorang dari mereka telah tersasar dari masa perjumpaan yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 9.00 pagi bertempat di LRT Setiawangsa. Telefon bimbit masing-masing berkeadaan aktif pada masa itu dengan mesej yang paling kerap dihantar iaitu “Katne dah?”. Tiga buah kereta dijanjikan tersedia sebagai alat pengangkutan pada hari itu iaitu milik Achik, Uta dan Dilla. Achik bergerak dari selatan, mengambil Angah di serdang dan terus menuju ke Kuala Lumpur. Uta, Anis dan Hamim bergerak dari rumah Tina untuk mengambil Alang di Bangi. Hafiz dan Noni berjumpa di KL Sentral dan menaiki LRT ke Setiawangsa. Aisa bergerak terus ke LRT Setiawangsa manakala Jimmy dan Fazrul menunggang motosikal ke tempat kejadian. Semua peserta berjaya dikumpulkan pada pukul 12.00 tengahari apabila Along tiba sebagai orang terakhir.Peserta-peserta seterusnya telah bergerak ke rumah Chesu secara konvoi. Sedikit insiden telah berlaku yang mana tidak perlu disebutkan di sini.

tepi stesen LRT

Tepi Stesen LRT Setiawangsa

12.30-12.40 tghari:
Setelah sampai di rumah Chesu, para sahabat telah berpakat menyorokkan Anis sehinggalah saat-saat terakhir. Anis hanya menunjukkan dirinya kepada Chesu setelah semua yang hadir melangkah masuk ke dalam kediaman Chesu. Chesu yang amat terkejut dengan kehadiran Anis itu tidak dapat menahan air mata lalu menumpahkannya ke atas tisu yang tidak diketahui jenamanya.

Chesu nangis tengok Mak...

Chesu nangis tengok Mak...

Birthdaygals potong kek

Birthdaygals potong kek

12.40-1.30 ptg:
Majlis dimulakan dengan memotong kek hari jadi di mana satu lagi kejutan telah berlaku terhadap Anis. Pada kek tersebut tertulis nama beliau yang bakal menyambut hari lahir pada keesokan harinya. Acara diteruskan dengan pemotongan kek oleh Anis dan Chesu. Hadirin seterusnya melayan nafsu makan dengan juadah yang telah disediakan oleh ibu Chesu. Kekenyangan telah mendorong Anis membuat ucapan diikuti oleh Chesu dan Hafiz walaupun hari itu bukanla hari jadi beliau. Ini diikuti oleh majlis penyerahan dan pembukaan hadiah oleh mereka yang terlibat.

Makan

Makan

Melantak

Melantak

2 pasangan kapel sedang cover2 hangatnya percintaan

2 pasangan kapel sedang cover2 hangatnya percintaan

1.30-2.00 ptg:
Walaupun Hafiz masih lagi berkeadaan lapar, acara makan telah ditamatkan dengan rasminya dan para hadirin mengambil keputusan untuk menyambung sesi Jejak Kasih tersebut di KLCC. Walaubagaimanapun, terdapat bangkangan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin pulang untuk melangsaikan hajat dengan pasangan masing-masing. Akhirnya yang tinggal untuk ke KLCC hanyalah Achik, Chesu, Anis, Tina, Hamim dan Fazrul. Perpisahan antara puak-puak tersebut telah berlaku di LRT Setiawangsa.

Tiang Dua melambai-lambai

Tiang Dua melambai-lambai

2.00-4.00 ptg:
Setelah kesemua yang disebutkan di atas sampai ke KLCC dengan menaiki Saga BLM M-Line 1.3MT NCD2693, maka mereka terus menuju ke masjid KLCC yang tidak dipasang penyaman udara untuk menunaikan solat. Seterusnya keputusan telah diambil untuk mengadakan upacara lepak, minum dan gosip di Burger King. Tamatnya acara tersebut membawa kepada acara bersiar-siar di sekitar KLCC.

Gadis-gadis cun (atau perasan cun)

Gadis-gadis cun (atau perasan cun)

Gadis-gadis dan jejaka cun

Gadis-gadis dan jejaka cun

Kat Raja Burger

Kat Raja Burger

4.30-5.15 ptg:
Usai menjelajah KLCC dan wajah Anis semakin berkerut memikirkan untung nasibnya di negeri orang, para sahabat memutuskan untuk menghantar Anis ke Stesen Bas Puduraya. Dalam perjalanan tersebut banyak perkara yang dibualkan, antara yang paling membangkitkan keghairahan adalah apabila Fazrul memberitahu bahawa UTMKL bakal dirobohkan tidak lama lagi. Para penumpang yang berasa cemas dengan keadaan itu meminta agar Achik (yang ketika itu sedang memandu di kawasan Chow Kit) berpatah balik ke Jalan Semarak agar mereka dapat melihat UTMKL buat kali yang penghabisan. Mujur, kunjungan mereka ke UTMKL langsung tidak diganggu oleh pak guard melainkan hanyalah mata-mata manusia yang aneh melihat sekumpulan perempuan dan seorang lelaki mengambil gambar di sekitar kampus tersebut. Kampus UTMKL pada ketika itu berada dalam keadaan yang amat menyedihkan, ibarat dilanggar garuda dan kelihatan seolah-olah bangunan yang telah ditinggalkan oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Keadaan itu menimbulkan rasa sayu di hati para sahabat. Ungkapan “Ingat tak…” sentiasa meniti di bibir mereka hinggalah tamat kunjungan mereka ke tempat bersejarah itu. Tempat jatuh lagikan dikenang, ini pula tempat mengenal apa itu pengaturcaraan.

Sayu la tengok UTMKL...

Sayu la tengok UTMKL...

Oh PSZ!

Oh PSZ!

Oh Gazebo!

Oh Gazebo!

Jom tengok belah sana lak

Jom tengok belah sana lak

Ape tah yg kelakar sangat pasal kiosk?

Ape tah yg kelakar sangat pasal kiosk?

Blok S dilanggar garuda!

Blok S dilanggar garuda!

Kafe Padang...amat menggamit memori Chesu...

Kafe Padang...amat menggamit memori Chesu...

Kat depan DK...DK ape tah? Lupa lak

Kat depan DK...DK ape tah? Lupa lak

Segalanya di sini, menggamit memori...

Segalanya di sini, menggamit memori...

Ingat tak?

Ingat tak?

5.15-6.00 ptg:
Sungguhpun sebak untuk meninggalkan kawasan yang sesak dengan memori itu, mereka sedar bahawa kehidupan harus diteruskan demi masa depan. NCD2693 terus meluncur di celah-celah kesibukan kota untuk menghantar Anis ke Puduraya. Perjalanan mengambil masa yang agak lama memandangkan jalan sekitar ibu kota dipenuhi kenderaan yang baru pulang dari rumah terbuka. Keadaan di Puduraya adalah amat sesak. Pemandu NCD2693 berada di dalam keadaan dilema samada mahu menghantar Anis di dalam bangunan Puduraya atau meninggalkannya di seberang jalan.

6.00-7.30 ptg:
Kerana Achik adalah seorang yang spontan dan tidak pandai membuat keputusan, akhirnya beliau telah memutuskan untuk menghantar Anis ke Stesen Bas Jalan Duta kerana gagal mendapatkan parking di Puduraya. Para penumpang hanya mampu akur dengan keputusan diktator tersebut. Alangkah malangnya kerana perjalanan ke Jalan Duta mengambil masa yang amat lama dan penuh penyeksaan kerana pemandu harus memandu kereta manual dalam keadaan trafik yang merangkak-rangkak. Sepanjang perjalanan yang membosankan itu sahabat-sahabat yang keletihan telah melakukan perkara yang sia-sia untuk mengisi masa lapang iaitu menjalankan usaha pencarian lelaki kacak pada kereta-kereta yang berhampiran. Aktiviti ini hanya mampu disaksikan oleh Fazrul kerana beliau tidak berminat terhadap lelaki.

Tiket Ipoh ada lagi bang?

Tiket Ipoh ada lagi bang?

Muka orang letih

Muka orang letih

7.30-8.15 mlm:
Akhirnya sakit kaki Achik dapat diredakan apabila mereka berjaya sampai ke destinasi yang dituju. Anis bergegas ke kaunter bas dan beliau agak bernasib baik kerana tiket bas ke Ipoh bagi perjalanan pukul 8.oo malam masih lagi dijual. Mereka mengunjungi surau dan mengisi perut sementara menunggu bas Anis sampai.

Bye mak..jangan nangis tau

Bye mak..jangan nangis tau

8.15-9.30 mlm:
Bas tersebut lambat 15 minit. Para sahabat mengiringi kepulangan Anis pulang ke tempat asalnya dengan disertai lambaian kasih sayang. Seterusnya Achik telah menghantar Fazrul di Keramat Hujung, Chesu di rumahnya di Setiawangsa dan Tina serta Hamim di Steren LRT Setiawangsa. Maka tamatlah siri Jejak Kasih yang kedua. Kesan yang paling ketara dari program Jejak Kasih kali ini adalah kaki Achik yang masih sengal-sengal sehinggalah ke hari laporan ini ditulis.

Advertisements