Semut Yang Berjasa

Mesti ramai antara kawan2 pompuan yang dah tau pasal cerita ni kan? Hehe…cerita ni sy reka masa form 1 lagi, tapi masa form 4 baru sy hantar kat majalah Ujang. Alhamdulillah…karya sy tersiar dlm majalah Ujang edisi Disember 2000 (zaman kegemilangan Ujang time tu). Jadi beginilah kisahnya…

Pada zaman dahulu, tinggal seekor semut bernama Sudin. Dia tinggal bersama sanak saudaranya di dalam sebuah busut di sebuah negeri yang tidak bernama. Dia juga ada seekor girlfriend yang sangat manis.

Pada suatu hari ketika Sudin sedang membaca akhbar The Tabloids, dia terbaca satu artikel tulisan Mail Kering tentang seekor singa yang mengamuk di pekan. Khabarnya singa itu mengamuk sebab gaji pokoknya gagal dinaikkan ke tahap yang sepatutnya. Menurut raya negeri tersebut, sesiapa yang dapat menghalang singa mengamuk itu daripada makan orang yang ke 51 (dia dah makan 50 orang dah), dia akan dikahwinkan dengan puteri negeri tersebut . Puteri itu pulak 67.24% lebih cantik daripada girlfried si Sudin. Sudin pun dengan penuh semangat Malaysia Boleh berjalan kaki ke pekan. Alah, bukan jauh sangat, 59.381 km je.

Apabila sampai di sana, terlihatlah olehnya singa yang sedang mengejar seorang posmen sambil merungut-rungut tentang ketidakbestan gaji yang diperolehinya. Maka sudin pun mengikut plan yang telah dibuat olehnya. Apabila sampai dekat dengan singa tersebut, Sudin terus memanjat badan singa itu dan masuk ke dalam lubang hidung beliau. Sudin sungguh tidak berpuas hati dengan tahap pencapaian lubang hidung singa itu. Sudahlah gelap, ditambah pulak dengan bulu hidung yang panjang. Untuk mengelak daripada terlanggar tahi hidung singa itu, Sudin pun menyalakan lighter yang sentiasa dibawa olehnya untuk merokok. Apabila singa itu terasa panas dalam hidungnya, dia pun apa lagi, baj kata orang Kedah, teghuih kelupoq (menggelupur) kat situ jugak. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau masih sempat menyebut tentang gajinya yang tak best itu.

Apabila raja terlihat keadaan baju sudin yang terbakar stelah kena api, tahulah baginda akan rupa paras bakal menantunya. Puteri baginda pun dengan linangan air mata terpaksalah kahwin dengan semut akibat terlalu exited menyain kontrak dengan ayahandanya. Mereka pun bersemayamlah dalam istana. Pagi esoknya, puteri tersebut telah diceraikan oleh Sudin setelah diketahui kurang mahir mambuat gula-gula kapas kesukaannya. Maka Sudin pun pulang ke rumah lamanya dan berkahwin dengan girlfriend yang dicintainya.

HABIH.

Nak tau apa yang sy dapat? Honororium berharga RM30, autograf Gayour (dia yang sign resit honororium tu), dan tiga pucuk surat misteri dari peminat…nak berkenalan…muahahahaa….

Keratan Majalah Ujang Disember 2000

Keratan Majalah Ujang Disember 2000

Advertisements