Updates from November, 2008 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 9:58 am on 30 November, 2008 Permalink | Reply
    Tags: sepi   

    Sepi 

    Lama saya membiarkan blog ini sepi, sesepiku… Bukan tidak ada yang boleh diceritakan, bukan dunia saya tidak berputar. Cuma hati saya tidak cukup indah untuk bercerita. Hati saya kini penuh dengan aura negatif, serabut dengan hal dunia yang penuh kebencian. Bagaimana harus saya menulis? Sedangkan blog ini adalah percubaan saya untuk lari dari dunia. Itu sebabnya saya tidak pernah menulis tentang politik di sini (melainkan sekadar bahan omokan), tidak pernah saya serabutkan dengan hal-hal pejabat seperti serabutnya kepala saya. Kala ini, hati saya berona kelabu, ada suatu hal yang mengganggu sejak kebelakangan ini. Ditambah dengan jumlah komen yang tidak memberangsangkan, hati saya bertambah melankoli. Berikan saya masa untuk mengumpul semangat semula. Mungkin, bila hati tidak lagi sepi dan sengsara…

    Advertisements
     
    • jimmy 12:23 am on 2 December, 2008 Permalink | Reply

      hehe..go go go ~ πŸ™‚

    • makcik mak 8:17 am on 2 December, 2008 Permalink | Reply

      chill beb!!!

    • angah_Darling 9:40 am on 2 December, 2008 Permalink | Reply

      Achik,jgn sedey2…
      Chaiyok2!!!

    • Nono 3:37 pm on 2 December, 2008 Permalink | Reply

      cheer up beb..biaselah idup..hehehe

    • DrHilmi 9:42 am on 3 December, 2008 Permalink | Reply

      ala…dh jadi hambar la pulak blog ni kala acik bermadah demikian rupa…

    • ijal 1:20 pm on 3 December, 2008 Permalink | Reply

      blog ijal lagi ckit komen… huhu
      cabaran, besala

    • chesu 1:07 pm on 4 December, 2008 Permalink | Reply

      Jangan risau chik…. dunia mmg begini…
      Jangan sdey2 k..

      Watla citer yg happy2 sket..sure byk komen nnt..hehe..

    • adik 4:14 am on 17 December, 2008 Permalink | Reply

      hoh??
      (sj nk mnmbhkn comment..)
      hekho!!!

  • toya 11:30 pm on 12 November, 2008 Permalink | Reply
    Tags: ayam, cerpen, itik   

    Kisah Ayam Dengan Itik 

    ——Pepohon rambutan berbuah lebat itu bergoyang ditiup angin yang semakin kencang. Suasana redup di sekitar kampung itu pasti mendamaikan jiwa sesiapa sahaja yang mahu menikmati kenyamanannya. Sebuah rumah kayu tersergam di celah kebun getah dangan halaman luas di hadapannya. Di sebalik sepohon jambu batu yang gagah mengharung angin, seekor itik mundar-mandir mencari sahabatnya.

    ——“Tapa! Mana kau pergi ha? Puas aku cari kau,” katanya sebaik ternampak kelibat sahabatnya, seekor ayam jantan.

    ——“Engkau ni tak boleh tengok aku senang? Aku pergi jalan-jalan cari cacing kat belakang dapur sana tadi. Ada apa kau cari aku Che ‘Ad?” ujarnya kepada sahabatnya itu. Bulu pelepah di kepaknya dikuis-kuis tanpa dia tahu sebabnya. Mungkin tuntutan fitrahnya seekor ayam.

    ——“Saja. Aku tak bolehla kalau tak nampak kau sehari. Aku takut kau kena sembelih,” kata-kata Che ‘Ad itu menimbulkan riak keresahan di wajah Tapa.

    ——“Oi Che ‘Ad, aku ayam jantan la. Mana boleh senang-senang kena sembelih. Lainlah macam kau,” ucapnya penuh bangga dan riak.

    ——Kata-kata itu menghadirkan rasa pilu di hati Che ‘Ad. Dia tahu dia tidak sesegak dan segagah ayam jantan bernama Tapa itu. Che ‘Ad dan Tapa sudah bersahabat sejak baru menetas lagi. Setiap hari mereka pasti bersama, hingga mengundang rasa aneh di kalangan haiwan-haiwan yang lain. Sebenarnya dahulu Che ‘Ad menyangka Tapa adalah seekor itik. Malah Tapa sendiri tidak tahu bahawa dia bukanlah seekor itik sehingga terpaksa diyakinkan oleh semua haiwan di sekitar rumah kayu itu. Ah, apa perlunya sejarah dalam hidup lauk-pauk itu. Apa pun, Che ‘Ad dan Tapa tetap bersahabat tanpa mempedulikan perbezaan antara mereka.

    ——“Namun sejak kebelakangan ini Che ‘Ad mula merasakan jauhnya jarak perbezaan antara dia dan Tapa. Semakin menginjak dewasa, Tapa kelihatan semakin segak dan jauh meninggalkan dirinya. Binatang mana yang tidak kenal Tapa, ayam jantan yang paling cantik di situ malah gagah pula. Dengan dada yang tegap, ekor panjang dengan balung yang cantik, paruh panjang elok berasah, tidak hairanlah Tapa sentiasa menjadi sanjungan lelaki tua penghuni rumah kayu itu. Sa’idin, pesaing terdekat Tapa sentiasa iri hati dengan Tapa yang menjadi pujaan ayam-ayam betina di situ.

    ——“Che ‘Ad amat kagum dengan Tapa. Kalaulah dia segagah Tapa… dengan badan tegap dan bulu berkilat seperti itu… dia larut dalam imaginasinya melampaui tahap seekor itik. Paling dikaguminya pada Tapa ialah sesuatu yang tajam pada kaki sahabatnya itu.

    ——““Tapa, aku dah lama nak tanya kau sesuatu,” kata Che ‘Ad ketika mereka sedang berteduh di bawah sepohon betik di tepi perigi.

    ——“Apa?” tanya Tapa ringkas.

    ——““Tu kat kaki kau tu, apa?” ikhlas pertanyaan itu ditujukan kepada sahabatnya.

    ——“Tapa menjenguk bawah badannya. “Oh ini, err apa namanya ya?” Tapa terdiam sejenak mencari jawapan tentang badannya sendiri lantas menyambung, “Ini kanser buku lali kalau kau nak tahu…err,” kata-katanya terhenti seketika.

    ——““Kenapa pelik sangat bunyinya? Aku rasa tuan kita selalu panggil benda tu taji,” Che ‘Ad pula menjawab pertanyaannya sendiri.

    ——““Kau ni dah tahu nak tanya lagi. Aku acah saja tadi,” Tapa berpura-pura arif tentang anatomi seekor ayam.

    ——“Che ‘Ad mengeluh perlahan lalu menyambung, “Tapa, aku cemburu la dengan kau. Kau cantik, gagah, tak macam aku ni,” kata-kata Che ‘Ad terhenti seketika, mengelamun mengenangkan keadaan dirinya. Apalah bulu putihnya yang kotor itu jika dibandingkan dengan Tapa. Apalah badannya yang terkedek-kedek itu jika dibandingkan dengan pantasnya Tapa berlari mengejar ayam betina.

    ——“Tapa terdiam seketika. Sejuta kata terbungkam di fikirannya. Mahu sahaja dia meluahkan segalanya tapi… Tidak sempat dia membalas kata-kata sahabatnya itu, tiba-tiba seorang lelaki tua mengambil lalu mengusap-ngusap tubuhnya.

    ——““Tapa… malam ni hang aku nak sabungkan dengan ayam si Usop Boya. Hang jangan bagi malu aku naa…” kata lelaki itu lantas membawa ayam jantan itu ke hadapan rumahnya. Dari jauh Che ‘Ad hanya mampu memerhati lelaki tua itu membelai Tapa malah menyapukan sesuatu pada tajinya. Ah, Che ‘Ad begitu teringinkan taji seperti itu. Pernah juga dia menggeselkan kakinya di bangsal lembu sebelah pokok kuinin di belakang rumah itu. Manalah tahu, kalau-kalau boleh tumbuh taji yang cantik seperti Tapa. Malah dia pernah cuba mencucukkan duri di bahagian itu. Malang, usahanya sia-sia belaka.

    ——“Keesokan harinya, kecoh sekitar rumah kayu itu tentang keadaan Tapa yang parah setelah bersabung malam tadi. Mendengar perkhabaran itu, Che ‘Ad pantas berlari terkedek-kedek mencari sahabatnya. Dia amat takut jika tidak sempat bertemu Tapa sebelum disembelih. Sebaik sampai di hadapan sebuah jaring besi yang dijadikan sangkar, Che ‘Ad tidak dapat menahan sebak melihat keadaan sahabatnya itu. Tapa kelihatan amat lemah, terbaring dengan luka parah di seluruh tubuhnya.

    ——““Che ‘Ad,” tutur Tapa lemah, memanggil sahabatnya, “Hebat apanya aku Che ‘Ad, kalau akhirnya begini,” katanya tersekat-sekat menahan sakit.

    ——““Hebat apanya aku Che ‘Ad, kalau tujuan aku hidup hanya untuk diseksa begini? Sebenarnya aku cemburu dengan kau,” Che ‘Ad tersentap mendengar ucapan sahabatnya itu. Kenapa pula Tapa harus cemburu dengannya yang berbulu kotor dan terkedek-kedek itu?

    ——““Kau lebih bebas Che ‘Ad. Kau boleh berenang di atas kolam yang dalam. Aku kagum dengan kau Che ‘Ad. Aku selalu harap aku dapat berenang macam kau. Bukan hidup untuk menyabung nyawa begini,” tuturnya itu menyekat segala kata sahabatnya. “Oh, betapa aku tidak bersyukur dengan kurniaanku selama ini” ungkapan itu menerjah fikiran Che ‘Ad tika itu, sebak.

    ——“Tiba-tiba episod sedih itu terhenti seketika apabila sebuah kereta mewah kelihatan menyusuri perkarangan rumah kayu tersebut. Lelaki tua yang sedang mengopek kelapa di hadapan kandang kambing di sebelah rumahnya tercengang melihat kereta yang asing itu. Sebaik pintu kereta itu dibuka, lelaki tua itu tersenyum melihat seorang perempuan muda melangkah keluar dari ruang penumpang kereta itu. Ya, itulah Jijah anak tunggalnya yang tinggal di kota. Entah siapa pula yang memandu agaknya.

    Jijah: Semekom Pak! Ngah watpe?
    Bapak: Waalaikumsalam Jah… dok kupaih nyioq tadi. Tu sapa tu?
    Jijah: Hehe..ni Pak, Jijah kenalkan Douglas, boyfriend baru Jah dari US.
    Bapak: Amboi mat saleh ka marka hang… Apa habaq Dolos?
    Douglas: ???
    Jijah: My father ask you fine or not.
    Douglas: Oh yeah, sure. Thanks. How do you do sir? Nice to meet you.
    Bapak: ???
    Jijah: Dia tanya Bapak buat apa?
    Bapak: Ooo…Bapak tengah kupaih nyoq la. Habaq kat dia sat.
    Jijah: My father is…is..err… Pak, kupaih apa dia dalam BI?
    Bapak: Mana Pak nak tau!
    Douglas: ???
    Jijah: My father is…you know… kupaih coconut. You know kupaih?

    ——“Melihatkan anak-beranak itu mempamerkan aksi mengopek kelapa di hadapan seorang lelaki Inggeris, spontan Che ‘Ad berkata kepada Tapa, “Kau tengok tu Tapa, macam ayam dengan itik bercakap,” lalu dibalas dengan anggukan oleh Tapa.

     
    • Fazz 11:41 pm on 12 November, 2008 Permalink | Reply

      akan ku cubit2 mas elyna ni…
      apa kena adegan terakhir dgn kisah itik dan ayam yg saling cemburu antara 1 sama laen tu?
      iskh…

    • jimmy 11:58 pm on 12 November, 2008 Permalink | Reply

      part akhir cite tu cm spoil la jln citer aym n itik haha..
      igtkan ade kaitan mat saleh ngn aym/itik td :p
      jom2 cubit die :))

    • angah_Darling 9:33 am on 13 November, 2008 Permalink | Reply

      rajin btol cik achik..

    • toya 1:51 pm on 13 November, 2008 Permalink | Reply

      haha korang layan jela… segala yang aneh ada di sini πŸ˜†

    • chesu 2:17 pm on 13 November, 2008 Permalink | Reply

      Angah : Rajin ada makna…hehe…lari….

    • makcik mak 4:18 pm on 13 November, 2008 Permalink | Reply

      erm..tu ler korang tak phm maksud citer sebenar dia.ending tu ler yg menjelaskan keseluruhan citer tadi.aku rasa ni ler cerpen kamu yg paling bgs chik.leh msk komsas spm ni.ada tersurat n tersiratnyer.congratz

    • toya 4:23 pm on 13 November, 2008 Permalink | Reply

      haha…ok pasni sy hantar kat majalah. sape nak vote majalah mana? πŸ˜›

    • adik 5:22 pm on 14 November, 2008 Permalink | Reply

      ha3smpai menangih org gelak..
      suasana dh leh byg dh kat mana..
      org pun dh leh byg dh sapa..(bencinya2)
      nama pun familiar ja..sa’idin tu bkn kucing paksu ka?
      cte cm tgantung…xdpt tangkap apala sbenanya tema ceghita nih..
      apapun cte ni kalo jwb karangan cikgu tulih BESAQ2..tidak menjawab soalan..pehhwahahahahahahaha
      p/s:len kali wt cta si kambing dan si ayam belanda lk

    • yanie 11:48 am on 17 November, 2008 Permalink | Reply

      tersurat dan tersirat…..
      tp adakah tapa dan che ‘Ad tu xpaham apa yg mereka borakkan selama ni? hmmmm…..

    • toya 12:47 pm on 19 November, 2008 Permalink | Reply

      cuba baca betul2 tajuk tu…
      Kisah Ayam DENGAN Itik
      bukan kisah ayam DAN itik

    • ijal 2:30 am on 29 November, 2008 Permalink | Reply

      mule-mule dah paham dah citer ni
      tapi pas baca komen jadi kompius lak..
      hahaha

    • cda 1:47 am on 10 December, 2008 Permalink | Reply

      lame xmasuk…lega sgt2 mas..hilang sume tension keje..chaiyok3x..best giler..tp kn control nk gelak.kt cc nie..tp tebabas gak..hahahha

    • adik 4:17 am on 17 December, 2008 Permalink | Reply

      hekho!!!

    • nananininunu 12:21 pm on 7 January, 2009 Permalink | Reply

      weh,bestla yg nih,haha..
      syabas mere bete..kanser buku lali xtahan

  • toya 6:05 pm on 8 November, 2008 Permalink | Reply
    Tags: cerpen online, , nukilan   

    Aku Sebatang Pena 

    Aku sebatang pena. Namaku… ah usahlah dibicarakan tentang nama. Ada apa pada nama. Aku dilahirkan di dalam kilang di sebuah negara beriklim dingin. Sepertimana kaum kerabatku yang lain, aku diletakkan di dalam sebuah kotak yang indah, berbaldu merah dengan tulisan berwarna emas. Sesempurnanya penciptaanku, aku dan kawan-kawan yang lain diterbangkan ke sebuah negara bernama Malaysia. Di dalam kegelapan kotak yang sempit itu, aku bermohon agar ditemukan dengan manusia yang sudi menjagaku dengan sebaiknya.

    Sementelah kusampai di sana, aku ditempatkan di dalam sebuah kedai yang menjual banyak lagi pena berjenama. Kata mereka aku sungguh bertuah, kerana diletakkan dalam ruang peragaan maka dapat kupamerkan rupaku hingga ke luar kedai itu. Hari berganti hari, ramai manusia melihat dan memuji rupaku di sebalik cermin sana. Aku tidak mahu bangga. Apalah ertinya menjadi pena yang cantik jika tidak bertuan. Saban waktu aku memohon, somoga ada hendaknya yang sudi memilikiku.

    Pada suatu hari, seorang budak lelaki berlalu di ruang hadapan kedai itu. Langkahnya terhenti seketika, dan dia memandang ke arahku. Ya, hingga ke hari ini aku masih ingat dengan pandangan itu. Pandangan yang penuh keinginan dan kesungguhan. Aku tahu, dia bersungguh-sungguh ingin memilikiku. Tapi tika itu aku hairan, dia hanya berlalu pergi dengan wajah yang sayu. Kenapa dia tidak cuba menjadikanku miliknya? Namun seketika kemudian aku tersedar, dia pergi bukan keranaku. Bukan kerana aku tidak cukup indah, tetapi kerana tanda harga di hadapanku. Ah, aku benci sungguh dengan tanda harga itu!

    Sememangnya bersungguh benar budak lelaki itu ingin memilikiku. Sejak hari itu dia sering lalu di hadapan kedai itu, dan tidak lupa merenungku. Ada kalanya dia membuka dompetnya dan mengira jumlah helaian di dalamnya. Hal manusia, aku tidak faham tentang itu. Yang pasti aku tahu dia ingin aku menjadi miliknya dan aku juga begitu.

    Suatu hari yang indah, aku takkan lupa saat itu. Budak lelaki itu datang dengan wajah yang sungguh ceria. buat pertama kali, dia masuk ke dalam kedai itu dan mengumumkan hasratnya untuk memiliki aku. Oh, itulah hari yang paling membahagiakan dalam hidupku. Beberapa keping kertas diberikannya kepada tuan kedai itu sebagai harga pertukaranku lalu aku diambilnya dan dibawa pulang. Aku tahu dia sungguh sayang padaku hinggakan telah dia mengukir namanya di atas tubuhku. Itulah saatnya aku merasa sungguh bangga.

    Sejak hari itu aku menjadi miliknya, dan kuhambakan setiap titisan dakwat dalam tubuhku hanya untuknya. Di sekolah, aku selalu menjadi kebanggaannya kepada rakan-rakan. Aku sentiasa di genggamannya, menemaninya dalam waktu senang mahupun sukar. Akulah yang membantunya menempuh setiap ujian, kecil mahupun besar sehinggalah dia berjaya menjejak tangga universiti.

    Hari, minggu dan bulan silih berganti. Aku tidak terkecuali dimamah usia. Sungguhpun masih mampu digunakan, aku tidak lagi seanggun dulu. Sinarku kian pudar, mungkin akibat asakan mata pensil di dalam bekas pensil itu. Kini dakwatku kian kurang. Budak lelaki itu sudah menjadi lelaki muda yang semakin matang. Aku tahu, dia semakin tidak selesa menggunakanku. Tugasku kini diganti oleh pena mata bola yang baru dibelinya. Murah, namun lebih lancar katanya. Aku ditinggalkan di dalam bekas pensil itu bersama alat tulis yang lain. Menunggu dan berharap diambilnya agar dapat berkhidmat seperti dahulu.

    Pada suatu petang di saat tuanku menelaah di sebuah pondok di taman universiti, sesuatu yang tidak kujangkakan telah berlaku. Bekas pensilnya telah terjatuh saat dia ingin mengambil sesuatu dan aku telah terpelanting ke atas rumput. Itulah detik yang paling menakutkan sepanjang hidupku. Dia mengambil semula bekas pensil itu dan mengutip setiap isi di dalamnya, tetapi tidak aku! Oh, sekiranya aku punya suara, mahu sahaja aku menjerit agar dia sedar aku tidak diambilnya tatkala dia berlalu dari pondok itu. Maka tinggallah aku sendirian, mengharung hujan dan panas tanpa dipedulikan sesiapa.

    Aku telah putus asa untuk hidup. Namun apalah ertinya kerana aku tidak pun punya nafas. Untuk apa aku wujud jika hanya menjadi hamba kepada panahan matahari dan titisan hujan? Mungkinkah masih ada sinar harapan untukku? Tatkala aku sudah tidak peduli tentang dunia, seorang gadis telah menjumpaiku dan membersihkan tubuhku. Seterusnya aku telah dibawanya ke sebuah kedai barangan lusuh dan dia cuba menjualku. Tuan kedai itu sudi membeliku dengan harga yang rendah kerana aku dari jenama yang hebat katanya. Tubuhku dikilatkannya dan digantikan dakwat yang baru. Seolah sejarah berulang, aku sekali lagi ditempatkan dalam kotak peragaan. Namun kini jiwaku merintih, semangatku telah mati. Aku rindukan tuanku.

    Masa cuba mempermainkanku barangkali. Setelah sebulan aku ditempatkan di dalam kotak peragaan itu, memandang kosong ke arah dunia; tiba-tiba aku ternampak kelibat tuanku. Dia berhenti seketika di hadapan kedai itu dan merenung ke arahku. Aku jadi kaget seketika. Sukar untuk menggambarkan perasaanku saat itu. Gembira, gementar, terkilan, segala bercampur-baur tatkala kulihat dia tersenyum melihat ukiran namanya di atas tubuhku. Dari renungan matanya, aku tahu dia sedang terkenangkan saatnya ingin memilikiku dahulu, saat betapa susahnya dia mengumpul sehelai demi sehelai kertas berwarna itu hanya kerana dia kemaruk menginginkanku. Kini tanda harga di hadapanku bukan lagi menjadi halangannya. Aku tahu, aku akan menjadi miliknya semula.

    Lalu aku sekali lagi menjadi tukaran beberapa keping kertas. Lelaki muda itu tersenyum puas dan lalu menempatkan aku semula ke dalam bekas pensil sial itu. Maka kembalilah aku ke tempat asal, menunggu dan terus menunggu untuk diambil dan digunakannya. Aku gembira dapat menjadi miliknya semula namun… perasaan ini telah tercalar, diri ini telah disisihkan dan memori ini tidak lagi seindah dulu. Mungkinkah nanti di suatu masa, aku sekali lagi ditinggalkannya kepada matahari dan awan?

    Nukilan Hati, Mas Elyna

     
    • Nyah Rempit 6:31 pm on 8 November, 2008 Permalink | Reply

      membaca luahan uols ini membuatkan hati meq btol2 tersentuh..
      harus meq teringat lagu “dari mata pena” ..
      anyway, u ols mmg klazzzz. luahan hati dalam bentuk cerpen autobiografi… go on u ols.. meq ngan gengs rempit lain ttp menyokong u olzz..

    • OnEs 7:02 pm on 8 November, 2008 Permalink | Reply

      rajin ye ko jadi pen huhuhu…
      lepas baca ni baru aku ingat aku ada beli pen kat Singapore lu… ish 2x sian dia dok dlm kotak….

    • da psychic 7:13 pm on 8 November, 2008 Permalink | Reply

      wah2.. tringat zmn dolu2 wat esei autobio neh..huhuhu tp mmgla kreatif minah neh.. bjaya wat org selami prasaanmu.. panjang tuh kisah cinta bdk neh.. nseb bek den xqiau..wuwuwu

    • uder 10:49 pm on 8 November, 2008 Permalink | Reply

      cayalah mas.. aku buat ni time sekolah rendah jer.. tapi sungguh karangan ku hancus.. hehehe..

    • jimmy 11:31 am on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      to sepul : haha,aku knal sgt pen ko s’pore tu..tiap2 ari nmpk die nanges :p

      p/s-si achik masa drjh 4 dlu msti salu kne puji lau bab2 krngn autobiografi ni :p

    • adik 4:50 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      aku sebuah seat kereta

      tayar:aku tensen tiap2 hari langgar lecak,taik lembu,taik ayam..bla3
      seat: yeah..rite~

    • toya 5:37 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      sepol: gunakan ia sebelum terlambat
      jimi: huii kalo masa darjah 4 dah leh tulis camni sure cikgu trus lantik jadi ketua pengawas la! πŸ˜›
      adik: hena sgt kah jadi seat keta???

    • Nono 6:49 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      wahh…macam karangan waktu muda2 dahulu..hehe..clas cikgu razali ker huzlina…huhuh..

    • ijal 7:58 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      pergh.. menyentuh jiwa la karangan autobiografi ni
      xsangka dulu penah jadi sebatang pen rupanya, hikhik
      buat karangan aku seat keta lak =P
      hari2 kena kentut!

    • toya 8:10 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      nampaknya dalam ramai2 cuma dodo sorg je yg dapat mesej sebenar posting ni 😐

    • Fazz 9:12 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      lalala~
      cerita menarik, terasa sedihnya…
      sumhow resembles sumone that I know

    • DrHilmi 9:53 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      emm….
      ada maksud tersirat dlm cerita pen ni…
      kdg2 aku rasa aku dh jd mcm watak pemuda tu aje.. πŸ™‚

    • toya 10:01 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      sangat….camtu lah ibaratnye yg kamu wat kat awek kamu tuh

    • DrHilmi 10:08 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      amboi….laju je memberikan kenyataan tuduhan ye..:p

    • Mr-Ceroi 10:11 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      hmmmmm………
      malasnyer aku nak baca……
      macam citer sedih jer….
      besok jer laaa aku baca…..

      P/S:Oiiiii Jimmmy… jom lawan FIFA….

    • adik 1:45 am on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      pemuda=ijal
      pen=long
      tukang pengilat=pakwe ke2 long??
      ball pen=awek ke2 ijal??
      rumput=rumah perlis..wahaahahahaha

    • adik 1:48 am on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      tema:perjalanan idop
      persoalan:tanggungjawab,kasih syg,kesetiaan
      pengajaran:jgn mncemar alam sekitar dgn mmbuang pen dmerata2 tmpat.guna semula.fikir dahulu sebelum buang.ha3

    • dingin 9:44 am on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      wow
      menarik
      teruskan menjadi pen
      err
      maksud sy
      teruskan berkarya
      πŸ™‚

    • angah_Darling 11:14 am on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      achik si penglipurlara…
      ada maksud tersirat ke?
      diriku blur~~

    • yanie 12:37 pm on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      gud job!! hmm.. terer la pulak mengarang citer2 camni. btul, teringat kat zaman sekolah dulu. time baru belajar tulis esei…

    • toya 12:41 pm on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      dingin: time kasih sudi komen πŸ˜‰ sy tgh dalam pencarian nak beli buku Doa Utk AKu…cari kat popular xjumpa lak.
      angah: karya dari hati, terbuka kepada sebarang telahan dan tafsiran.
      yanie: hehe tq tq…mari mengenang memori silam

    • makcik mak 2:25 pm on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      erm….rasanyer sumer org pernah jadik cam tuan nyer pen tu.samada kiter sedar atau tak jer.dan most people juga pernah merasa jadik pen tu….hidup ini ibarat roda…

    • Nono 4:05 pm on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      eehehe..kelakar lak komen2 nie..
      eh dodo jer dpt maksud sebenar..tp xde pon komen dodo..huhuhuh..

    • toya 4:07 pm on 10 November, 2008 Permalink | Reply

      da psychic tu dodo la…

    • jimmy 11:43 pm on 12 November, 2008 Permalink | Reply

      next post : aku sebuah seat kereta saga NBCXXXX..
      sian :p
      p/s-eh paan pon ade..stadi la weh..fifa jer :p

    • jimmy 12:08 am on 13 November, 2008 Permalink | Reply

      eh silappp..NCD la :p
      apela achik ni :p

    • chesu 2:14 pm on 13 November, 2008 Permalink | Reply

      err… aku secawan milo (coz tgh minum milo)..
      hehehe… ^^

  • toya 1:44 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply  

    I Have A Dream 

    Time2 tengah produktif ni (konon) korang layan jela dulu karya zaman silam…

     
    • makcik mak 2:07 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      adeh chik tak baper clear ler komik kamu tu..huhu

    • DrHilmi 3:35 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      aku baca clear aje anis…..kamu nih…

    • jimy 11:49 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      wahhh..achik teringin nk jadik sailormoon..pkai skirt pendek gitu2 lagi..
      :p

    • tintin 2:21 pm on 5 November, 2008 Permalink | Reply

      anis tue kan berkace mate..fhm2 je la dr.hilmi =p

    • adik 7:33 pm on 5 November, 2008 Permalink | Reply

      bp kurun punya karya daa..

    • makcik mak 3:51 pm on 6 November, 2008 Permalink | Reply

      entah nyer…namanyer makcik…so mata tak clear ler
      hegu2

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel