Anugerah Yg Aneh

Malam ini saya tidak dapat tidur, lalu saya melayari blog .::A WIsHfuL Oral PHySicIaN ~ MioR::.

Anehnya di situ saya mendapat anugerah yang berupa sebutir bintang seperti di bawah, yang mana tertera nama blog saya dan katanya perlu saya sertakan 7 Perkara Penting Untuk Dikongsi tentang saya, lantas menujukannya kepada pemilik blog lain pula.

anugerah bintang perkasa
 
7 perkara penting untuk dikongsi:

1. nama penuh dlm ic/ nickname:Mior Azrizal Bin M. Ibrahim/Mior@Ijal@Baghdad <– da lama xpakai, hehe
2. bezday: 9th May 1984
3. alamat tempat stay skunk: Desasiswa Nurani, USM Health Campus, huhu.. rumah perlu dirahsiakan demi menjaga privacy =P
4. jenis hpone skunk : SOny Ericsson K770i… erk.. W850i still available ok..
5. TUGAS SKUNK: part time dentist tanpa gaji.. haha
6. status: in a relationship i guess =D
7. watak anime @ kartun yg disukai: Luffy yang kelakar dan cam bodo!

dan..nak bagi la award ni kat 7 org di bawah:

1. .::Pretty Witty Angel::.
2. In Pat’s Pants….
3. .::Toyanye::.
4. Wahidah
5. life..oh life..
6. .::Izyanic Inclinations::.
7. p.i.N.k T.u.L.i.P

CONGRATULATIONS! =)

Lalu saya tergaru kepala, memikirkan apa yang harus saya lakukan untuk menunjukkan bahawa saya juga ‘bloggers’ seperti mereka walaupun blog saya lebih janggal berbanding yang ada dalam senarai itu. Oleh kerana blog saya aneh dan saya punya masa untuk menulis jadi biarlah saya menjawab soalan-soalan itu dengan panjang lebar…

1. Nama penuh saya dalam kad pengenalan mahupun sijil lahir adalah sama sahaja, iaitu Mas Elyna Binti Mohd Azol. Kata ayah, nama MAS adalah gabungan nama ibu bapa saya iaitu Mohd Azol dan Salbiah. Elyna pula diberikan ayah saya kerana dia suka dengan nama itu, entah kenapa dan entah dari mana didengarnya.

2. Saya dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang, seberat seadanya, tidak putih, tidak comel dan mengidap G6PD pada masa itu (kini masih ada tetapi tidak dominan lagi). Oh ya, saya keluar dari rahim ibu pada hari Isnin, 29 Zulhijjah 1404 Hijrah bersamaan 24 September 1984 Masihi.

3. Sekarang saya tinggal di Labu, Negeri Sembilan. Tempat yang terpencil tetapi indah dan menyegarkan. Namun di malam hari tempat ini agak menyeramkan bagi mereka yang tidak biasa dengannya. Bagi yang sudah biasa, ia tetap indah dan menyegarkan.

4. Saya juga manusia biasa yang perlu berkomunikasi, dan saya memiliki sebuah Sony Ericsson Z610i untuk melakukan tugas itu. Ini alat yang bagus, ia bukan sahaja memberi saya kemudahan komunikasi malah membenarkan saya merakamkan hidup saya, melayari internet, mendengar alunan muzik, menulis, melukis, mencatat waktu dan membaling kucing walaupun itu tidak saya lakukan selalu.

5. Sebenarnya saya tidak gemar bercerita tentang ini apatah lagi di dalam blog, tetapi untuk sekali ini sahaja biarlah saya ceritakan dan usahlah bertanya tentang butirannya dengan lebih lanjut lagi. Sekarang saya bertugas sebagai seorang pembangun perisian di sebuah syarikat kecil di Cyberjaya. Kerjanya tidak mudah, malah jauh sekali dari mudah. Sudahlah, tidak ada yang menarik tentang ini.

6. Status. Saya yakin semua sudah tahu tentang status saya terutama sekali pemilik blog yang menujukan bintang ini kepada saya kerana dialah yang menyebabkan status saya berubah, dan status itu kekal sejak 6 tahun lalu hingga kini. Tahun ini saya berharap status itu berubah lagi, maksud saya; berubah ke arah yang lebih sempurna.

7. Saya tidak tahu di mana relevannya persoalan watak katun kegemaran saya dengan 6 perkara penting yang lain. Adakah ia perkara penting tentang diri saya? Apapun saya akan cuba menjawabnya, beri saya 5 saat ……………………………………………………………………………………. setelah menggali memori, saya rasa watak kartun kegemaran saya adalah Belldandy dari komik Ah! Megami Sama~ kerana saya rasa dia sungguh sempurna. Ataupun mungkinkah watak Aqua Aireena lukisan saya sendiri?

Kemudian saya perlu menujukan anugerah ini kepada pemilik blog lain pula, menyebabkan saya kembali tergaru kepala kerana tidak ramai sahabat saya yang aktif menulis blog. Baiklah, saya akan tujukan kepada sedikit yang ada:

1. Wan Nurhidayati’s Weblog
2. pipi me-ah’s worLd~^_^
3. .::IlhamSanctuary::.
4. Meadows of Heaven
5. CCSS @ laypark.com

Jikalau boleh, saya juga mahu menujukannya kepada pemilik blog berikut:

  • chedet
  • anuar ibrahim
  • lim kit siang
  • afdlin shauki
  • penyampai hot.fm
  • penyampai sinar.fm
  • penyampai era.fm

Walaupun saya amat pasti bahawa mereka akan menganggap kiriman saya ini hanyalah sampah.

Advertisements