Updates from May, 2009 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 12:20 am on 26 May, 2009 Permalink | Reply  

    Monolog #2 

    Adakalanya saya merasa rindu; rindu dengan tulisan saya sendiri. Barangkali saya orang yang aneh untuk berperasaan sebegitu. Anggapan saya, saya adalah seorang yang suka berkarya. Bila tidak dapat berbuat begitu saya resah, entah mengapa, mungkin juga tuntuntan naluri saya sendiri. Seni dalam jiwa saya terasa bercabang-cabang sekali. Saya sukakan hampir segalanya; seni lukis, kraftangan, mengarang, senireka grafik, seni animasi, bunyi-bunyian, malah seni jahitan dan sulaman juga saya suka. Malang sekali, sungguhpun saya berminat dengan seni tari dan lakonan, saya tidak berpeluang mendalami ilmu itu. Seni silat juga tidak begitu lekat pada saya dek kerana lemahnya fizikal saya. Ah, untuk tubuh yang cukup sifat ini pun saya sudah seharusnya syukur.


    Antara hasil karya seni saya.

    Kerana kekurangan biaya untuk DSLR, seni fotografi telah saya ketepikan.

    Malam ini sekali lagi saya terasa ingin menulis, tetapi tidak tahu apa yang ingin saya tuliskan. Maka saya taipkan sahaja apa yang terlintas di minda ketika ini, sambil saya melayan chat dengan si jantung hati yang baru sehari bergelar doktor dan merasa bahangnya cuaca malam ini. Hmm… masih lagi kering idea. Ah teruskan membebel.



    Usaha saya untuk kembali kepada seni manga dan anime masih lagi menemui jalan buntu.

    Menurut pakar-pakar karya tulisan, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu menulis. Ada yang menulis kerana wang, menulis untuk suka-suka, menulis kerana gembira, menulis kerana sedih, menulis kerana naluri dan… entahlah. Tidak berminat saya menghafal perkara-perkara seperti itu. Saya menulis kerana apa? Agaknya kerana saya rasa blog ini perlu diisi selalu… barangkali.

    Seringkali apabila saya merasakan ilham itu ada, suatu suara (biasanya suara saya sendiri) akan terngiang-ngiang di kepala saya, menceritakan suatu kisah, atau pengalaman barangkali, dan saya menyambung-nyambung cerita dari suara-suara itu. Saya mengembangkannya, memerah otak untuk menjadikannya cerita yang logik dan harapnya lebih bagus dari cerita hindustan atau drama Melayu di TV3. Adakalanya saya berpuas hati juga, tetapi seringkali juga saya rasa gagal. Nah, bila suara itu tiada dan saya cuba menulis terus sahaja maka jadilah seperti tulisan ini, panjang tetapi tiada isi. Suara-suara? Ah seram pula bunyinya. Teruskan membebel.

    Sejak akhir-akhir ini saya lebih banyak bercakap berbanding dahulu, terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat yang sentiasa bergegak gempita dengan ketawa. Agaknya mungkin juga bila mulut sudah berbicara, hati dan minda sudah tidak punya apa lagi untuk dikongsikan. Segalanya sudah terluah di saat ianya berlaku. Jadi mungkinkah dapat disimpulkan, saya sebenarnya menulis kerana sepi? Entahlah.

    Tergaru kepala saya memikirkan sambungan tulisan ini. Ah, sudahlah.

    Advertisements
     
    • Naini 2:26 pm on 27 May, 2009 Permalink | Reply

      Baru berkesempatan berkunjung ke blog sekaligus mendekatkan diri mengenali seorang bernama Mas melalui tulisan dan cerita yg dihasilkan. Tulisan yg bagus dan menarik sekali. Tahniah!

      Begitulah lumrah agaknya kan. Sepi itu membikin hati dan minda bekerja lebih keras untuk menyalurkan perasaan dan rasa melalui penulisan. Emm…patutlah segelintir penulis lebih banyak mendiamkan diri….

    • toya 8:49 am on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      hehe… time kasih kak nani 😉

    • xoxo 2:23 pm on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      ajaq saya mengait!

    • toya 2:29 pm on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      haha.. sy pon blajaq kat youtube jek…
      dah lama xmengait, agak kelupaan dah

    • adik 3:13 pm on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      hoh..karya dinosour yg org kena angkut spanjang raya xnk tunjuk ka? lol

    • toya 3:37 pm on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      haha dinosor bunting tu simpan sendiri la.. org xnak tgk 😆

    • art 2:59 pm on 12 August, 2009 Permalink | Reply

      woh.. terrer giler mengait.. lawa plak tuh

  • toya 2:05 pm on 1 May, 2009 Permalink  

    Semoga Aku Tak Lupa 

    This content is password protected. To view it please enter your password below:

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel