Updates from August, 2009 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 4:53 pm on 12 August, 2009 Permalink | Reply  

    Undecided Story – Episod#3 

    _____ “Ini semua salah awak!” bentak Syuda. Nafasnya masih lagi turun naik dek kerana semput mengejar komuter. Nasib baik sempat, itupun setelah Ilham menekat punat hijau di tepi pintu komuter agar pintu automatik yang sudah tertutup itu dibuka semula.

    _____ “Betullah tu,” ucap Ilham selamba. Perlahan-lahan tubuhnya disandarkan pada tempat duduk komuter yang sudah tentunya dipenuhi kuman dan peluh manusia. Huh, persetankan.

    _____ Syuda menghela nafasnya. Ah… bagaimana dia boleh membuat keputusan sebodoh itu? Tanpa berfikir panjang terus sahaja dia mengunci laci meja yang dipenuhi wang bayaran masuk tandas itu, mencampakkan kunci ke dalam pasu bunga, dan berlari mengikut Ilham mengejar komuter di seberang. Bodoh, bodoh, bodoh! Syuda menyumpah-nyumpah dirinya sendiri.

    _____ “Relakslah kawan… seronok kan jadi orang muda? Hahaha…” kata-kata Ilham itu menambahkan lagi amarah dalam hati Syuda. Kalau diikut kata hatinya, mahu saja dilempangnya perempuan itu.

    _____ “Nasib baik saya pakai Touch `n Go, kalau tak entah macam mana saya nak cari tiket,” dilayur-layurkan kad berwarna biru itu di hadapan muka Ilham seolah-olah Syuda mahu menjampi wajahnya. Ilham hanya diam, memerhatikan indahnya alam yang berlalu laju di luar tingkap.

    _____ “Ilham, boleh saya tanya sesuatu?” ujar  Syuda kepada gadis yang sedang melayan perasaan di hadapannya.

    _____ “Lima puluh sen,” jawab Ilham yang masih memusatkan pandangannya ke luar tingkap.

    _____ “Lima puluh sen?” Syuda pula tercengang-cengang mendengar jawapan itu. “Lima puluh sen apa?” sambungnya lagi.

    _____ “Satu soalan lima puluh sen, lima puluh sen…” Ilham menyanyikan lagu lima puluh sen pula dengan jawapannya itu. Entahkan untuk bergurau atau apa, tetapi riak mukanya serius sahaja.

    _____Syuda mengetap bibir. Satu soalan lima puluh sen? Itu sudah dikira mahal. Bayaran masuk ke tandas jagaannya pun baru dua puluh sen sahaja. Ah, tak jadilah nak tanya soalan. Lebih baik wang itu digunakan untuk membeli buah jambu potong di luar sana nanti. Emm buah jambu potong dengan kuah rojak Mak Bee… Syuda terliur sendiri melayan imaginasinya.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    _____Stesen Kuala Lumpur. Ilham berjalan laju menuju ke arah pintu keluar stesen komuter setelah melekapkan kad Touch n Go miliknya, manakala Syuda berlari-lari anak mengejar sahabatnya itu.

    _____ “Ilham! Tunggu!!!” pekik Syuda sambil tercungap-cungap menahan semput.

    _____ “Umur baru suku abad dah semput-semput mak cik?” usikan Ilham itu dibalas dengan cebikan oleh Syuda.

    _____ “Awak jalan laju sangat! Nak ke mana sebenarnya?”

    _____ “Aku nak jumpa harimau…” jawab Ilham selamba. Harimau? Syuda tercengang lagi.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    _____‘Tit! Tit! Tit!’ bunyi Ilham menekan punat-punat di mesin murah hati itu. Ceh, bank harimau rupanya. Syuda mencebik lagi. Sambil menunggu Ilham, dia membelek-belek majalah hiburan yang dipamerkan di kedai buku bersebelahan bank itu. Terpampang di muka hadapan majalah itu wajah ayu Anis Suria, artis wanita paling popular tahun ini. Manakan tidak, dialah artis pertama yang berjaya merampas takhta Siti Nurhaliza Taruddin sebagai artis wanita paling popular pada anugerah ABPBH dua minggu lepas. ‘Anis Suria sudah bersedia’, demikian tajuk di muka hadapan itu.

    _____ “Jom!” ajakan Ilham itu telah membantutkan niat Syuda untuk membaca artikel berkaitan Anis Suria tadi. Lalu majalah yang hampir lunyai itu diletakkannya kembali, diikuti sorotan mata tuan empunya kedai yang memerhatikan perlakuan Syuda sejak tadi.

    _____Syuda hanya mampu mengikut ke mana sahaja Ilham pergi, dari celah-celah bangunan Dayabumi hinggalah ke kawasan sesak Pasar Seni. Ikut sahaja, jangan banyak tanya. Satu soalan lima puluh sen.

    _____Sedang asyik mereka memerhatikan pelukis-pelukis jalanan di Pasar Seni sedang mempamerkan bakat masing-masing, tiba-tiba Ilham terkaku sebentar, menumpukan pendengarannya ke suatu arah di belakang kedai.

    _____ “Syuda, kau dengar tak apa yang aku dengar?” katanya sambil berjalan menuju ke arah longgokan sampah di belakang deretan kedai lukisan tersebut.

    _____ “Dengar apa?” tanya Syuda yang hanya memerhatikan Ilham mencari-cari sesuatu di situ. Sayup-sayup, Syuda terdengar bunyi yang diperkatakan Ilham itu. Bayi menangis!

    _____ “Hei kau buat apa tu!!!” bentak Ilham tiba-tiba ke arah tong sampah besar di hadapan mereka.

    Bersambung…

    Soalan :
    Apakah yang akan dilakukan oleh Ilham dan Syuda seterusnya? (Soalan subjektif)

     
    • art 9:31 am on 13 August, 2009 Permalink | Reply

      alamak.. pehal citer tgh best tiba2 je bersambung nih, da la soalan subjektif.. apa yg diorg jumpe nih, aku tak reti la nk bgtau apa yg terjadik.. myb kalu jumpe bayi, diorg wat report polis je kot

    • adik 11:27 am on 13 August, 2009 Permalink | Reply

      diorg jumpa seorang pelukis yg ngah lukis potret baby kat tong sampah..mmg tu pun motif plukis tu..sian baby tu..hahaha

    • cloud 3:28 pm on 20 August, 2009 Permalink | Reply

      erm nice story, utk smbung mebi sumting yg interesting ialah dorg tjmpe pompuan pegang anak dlm keadaan kusut, ketakutan n cemas~ mebi psl larikan diri drp org ke, bawak lari baby org ke, or ade motif tersembunyi lain ke…huhuks..yg ni lg best kalo pengarang je tau ape motifnye..n adekah si Syuda & Ilham akan percaya pada kata2 pompuan tu n membantunya. or atau diorg amik keputusan nk report polis tapi ade 1 masalah besar yg timbul 😛 mebi kene frame ke ape ke…hihi

    • adeq_jue 5:43 pm on 2 September, 2009 Permalink | Reply

      huhu xtahan ada nama anis suria, perampas takhta siti nurhaliza gitu. ^^’

      sebagai tekaan jawapan: diorg br dengar bayi nangis jer kan? belum apa2 pun lg. yg dia tya org tu tgh watpe, myb org lain kot tgh buang barang yg bole dikitar semula. he he he. xpun susah2 sgt, kite nntkan jer sambungannya. sekian..

  • toya 9:44 pm on 11 August, 2009 Permalink | Reply  

    Tika Rindu Kembali Bertamu 

    Adakalanya saya rasakan bahawa, saya dilahirkan untuk ditemani kesepian. Barangkali rasa ini hanyalah hasilan melankoli tatkala saya sendirian begini namun… ah entahlah. Terlebih dahulu, maafkan saya kerana telah lama membiarkan blog ini usang tanpa sebarang entry. Salah saya, kerana menikmati waktu dua bulan lepas yang merupakan  antara saat terindah dalam hidup saya. Sesingkat saat itu sempatlah saya merasai betapa gahnya rasa gembira, berteman, punya seseorang untuk saya berkongsi rasa. Sayang, detik itu tidak lama… kini saya harus terus menanti untuk tahun yang ke-7.

    Barangkali memang benar tulisan saya sebelum ini, saya sebenarnya menulis kerana sepi. Nah, kini saya sendirian melayan pilu, berteman air jernih di kelopak mata tatkala irama sayu beralun di gegendang telinga. Apalah daya saya, hanya mampu merelakannya pergi, demi sebuah janji yang dia akan terus setia. Apa janji itu akan termakbul atau tidak; biarlah masa menjadi saksi segalanya.

    Maaf, dek sudah lama sekali tidak menulis, saya tidak betah lagi berbicara melalui aksara sebegini. Tidak pula bermakna saya sudah fasih melisankan kata. Saya… ah saya rasa Facebook telah banyak merenggut bakat yang ada pada saya. Hanya di sana sahaja hidup saya sejak kebelakangan ini. Saban waktu saya hanya menunggu di hadapan monitor, menunggu entah bila sahabat-sahabat lain akan menambah paparan status seolah-olah itulah sahaja yang terpenting bagi saya. Ah, sudahlah. Sudah tiba masanya, saya rasa bosan.

    Tidak banyak yang berlaku kepada saya sejak kebelakangan ini. Jika ada pun saya rasa tidak ada apa pun yang penting. Sedangkan kepadanya pula seminggu dua ini ada peristiwa penting dalam hidupnya. Nah, pastinya kala ini hidupnya sangat mengujakan di kala saya kebosanan dan melayan air mata sendirian, meratap entah untuk apa, barangkali perhatian.

    Sepi dan rindu – tidak ada apa lagi yang boleh saya perkatakan tentangnya. Hanya mereka yang pernah melalui sahaja yang akan faham, bagaimana rasanya di dalam hati tatkala saya menatap wajahnya buat kali yang penghabisan…

     
    • art 11:57 am on 12 August, 2009 Permalink | Reply

      uhuhuhu.. sedih giler T_T

    • Fazz 12:08 pm on 12 August, 2009 Permalink | Reply

      hehe, mmg kaki bercerita…
      ayat tersusun habis…

      my turn :p ;

      u might feel lost right now, the world’s becoming gloomier every time u tried to look at it. the feels like everyone’s is hindering u, smack ur back and even the feels that everyone can’t be depends onto might have filled ur thought.
      there will come a time when u will be filled with doubt; nonetheless might have been what u feel right now.
      but know this, it will fade away, not all but enough to make u laugh again.
      heck, u got tons of friends. don’t just reserved them, use. cheered back to ur heart content.

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel