Updates from July, 2010 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 9:30 pm on 13 July, 2010 Permalink  

    Kisahku Dan Dia, Seingatku 

    This content is password protected. To view it please enter your password below:

     
  • toya 12:48 pm on 1 July, 2010 Permalink | Reply  

    Aku Hanya Berengga 

    _____Pagi menjelma lagi. Sinaran mentari menerjah ke seluruh alam, menyerap basahnya embun malam tadi. Pohon itu entah apa namanya, renek-renek, hijau-hijau, kecil-kecil tapi rimbun-rimbun juga. Entah dari mana datangnya pula tiga ekor ulat di atas salah satu daunnya. Sungguhpun besarnya sama, tapi agak berlainan pula rupa fizikalnya.

    _____“Mia, kau datang dari mana ya?” tanya salah seekor ulat berwarna putih kepada seekor ulat lagi yang berwarna hijau, bertompok coklat.

    _____“Entahlah Kal, tahu-tahu sahaja aku sudah di sini. Barangkali ibuku meninggalkan aku di sini sebelum aku menetas dahulu,” balas ulat hijau bernama Mia itu.

    _____“Engkau pula dari mana? Aku kira kau yang lebih aneh untuk berada di sini, Kal,” ucap seekor lagi ulat berwarna merah saga, sinis.

    _____“Apa pula anehnya aku Shin? Aku juga ulat seperti kamu berdua, kenapa pula aku aneh untuk berada di sini dan tidak kamu?” balas Kal kepada Shin, penuh tanda tanya.

    _____“Ya, kau aneh Kal. Kau lihat sahaja aku dan Mia, kami punya kaki yang banyak sekali, sedangkan kau…” ayat Shin itu hanya disambung dengan tawanya sahaja. Geli hati dia melihat gendutnya Kal mengesot-ngesot dari sini ke sana.

    _____Kal diam. Direnungnya bayangan tubuhnya yang gendut dari setitis embun di atas daun lebar itu. Seumur hidupnya yang singkat itu, itulah kali pertama dia tertanya – kenapa dia tidak berkaki seperti Shin dan Mia? Lihatlah mereka, begitu banyak sekali kakinya, sungguh cepat hendak ke mana pun, tetapi dia…

    _____“Apa salahnya dia tidak berkaki, Shin? Kita bertiga ditakdirkan tidak sama. Aku hijau bertompok coklat, aku makan daun hijau yang segar. Kau pula berwarna merah dan panjang, makananmu daun-daun reput di atas tanah. Apa peliknya Kal yang berwarna putih, tidak berkaki dan makanannya…” ucap Mia terhenti sejenak, serba salah mahu menyambungnya.

    _____“Sampah! Kal makan sampah! Hahaha!” tawa Shin makin kuat, memecah kesunyian pagi tatkala embun mula mengering dan sinar mentari makin bertambah darjah sudutnya.

    _____Kal bungkam. Tidak tahu mahu marah, sedih atau apa. Kini dia sedar, dia tidak sehebat Mia apatah lagi Shin yang punya beratus kaki itu. Ya, dia tidak berkaki, gendut dan mengesot-ngesot.

    _____“Pedulikanlah kata-kata Shin itu Kal,” pujuk Mia.

    _____“Asalkan satu hari nanti, kau dan aku akan menjadi rama-rama yang cantik, dan kita akan sama-sama terbang mencari madu. Tidakkah itu impian kita selama ini, Kal?” bisik Mia penuh makna.

    _____Ya, memang itulah impian Kal selama ini. Dia masih ingat lagi pesan seekor rama-rama yang pernah singgah di pohon mereka itu. Katanya dia juga dulu seekor ulat, tapi seiring waktu, tubuhnya berubah dan entah bagaimana akhirnya menjadi rama-rama yang cantik sekali. Kal takkan pernah lupa tentang itu. Dia mahu jadi rama-rama.

    _____“Benar, Mia. Aku akan menjadi rama-rama juga akhirnya. Biarlah aku kini tidak sencantik kamu berdua. Biarlah aku tidak mampu berjalan, asal akhirnya aku terbang,” ucap Kal penuh bersemangat.

    _____“Kau yakin ulat sampah seperti kau mampu terbang, menjadi rama-rama yang indah?” kata-kata Shin disusuli tawa kecil, mengejek.

    _____“Ya, aku yakin. Dan aku akan terbang bersama Mia untuk menghirup madu. Aku sanggup makan daun hijau asalkan akhirnya aku menjadi rama-rama,” katanya sambil merenung Mia.

    _____“Aku pasti mahu terbang denganmu juga, Kal,” kata Mia sambil membalas renungan ulat gendut berwarna putih itu.

    _____“Huh!” dengus Shin. Beria-ia benar dua ekor uluat di hadapannya itu mahu menjadi rama-rama. Apatah lagi sanggup mereka merancang terbang berdua tanpa menyebut namanya. Dia juga mahu terbang seperti mereka!

    _____“Ahh… kalau kamu yang gendut dan kamu yang pendek boleh menjadi rama-rama, sudah tentu aku akan menjadi rama-rama yang lebih cantik dan besar dari kamu berdua! Lihatlah warna badanku yang merah menawan, kakiku yang banyak, dan badanku yang panjang. Pasti aku yang lebih cantik, kau tengoklah nanti…” khutbah Shin penuh bongkak.

    _____Mia dan Kal tidak kuasa lagi hendak melayan riaknya sahabat mereka itu. Biarlah, asalkan dia bahagia. Sejak hari itu, Mia mengajarkan Kal memakan makanan kegemarannya, daun-daun hijau dan bunga-bunga segar. Kata Mia, semakin cantik warna bunga yang dimakan, semakin cantiklah sayap mereka nanti. Kal mula memasang angan-angan, mahu menjadi rama-rama yang cantik berwarna ungu. Sungguhpun pahit dan tidak langsung kena dengan seleranya, Kal menggagahkan juga mulutnya untuk mengunyah daun dan bunga seperti Mia, sungguhpun keinginannya untuk makan sampah membuak-buak. Shin pula hanya memerhatikan keletah mereka diiringi tawa, angkuh.

    _____Hari berganti hari, tubuh Kal dan Mia mula berubah. Kini badan mereka sudah mengeras, kaku dan diam. Shin hanya mampu melihat perubahan sahabat-sahabatnya itu. Hairan juga dia, kenapa dia tidak turut berubah sama? Ah, barangkali tubuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk itu. Maklum, tubuhnya lebih panjang dan kakinya lebih banyak. Tunggulah, pasti dia akan menjadi rama-rama yang jauh lebih cantik nanti.

    _____“Kal, Kal! Bila kau mahu bangun? Lihatlah aku Kal!” pekik suatu suara.

    _____Cahaya mentari tiba-tiba menerjah ke wajahnya dari sebalik kulit yang jernih itu. Ah, perit pula mahu membuka mata. Entah kenapa tubuhnya terasa rimas sekali, seolah-olah dicengkam suatu selaput yang besar, lebar dan melekit. Ah dia mahu keluar. Lalu digagahinya juga mengoyak selaput yang mencengkam itu. Sedikit demi sedikit, akhirnya berjaya juga dia keluar. Lega.

    _____Matanya dibuka perlahan-lahan. Rasanya seperti dia sedang terlindung oleh bayangan besar suatu makhluk di hadapannya. Apa itu?

    _____“Kal, kaukah Kal?” suara itu rasanya sangat dikenalinya, adakah itu…

    _____“Mia? Kau… Kau sudah jadi rama-rama! Cantiknya kau Mia!” jerit Kal sebaik sahaja terlihat makhluk berwarnya merah jambu di hadapannya.

    _____“Ya, Kal. Aku Mia, aku sudah jadi rama-rama. Tapi kau…”

    _____Kal terdiam seketika. Kenapa dengan dirinya? Seingatnya badannya sudah mengeras tidak lama dahulu, dan kini… Bukankah dia juga kini rama-rama? Dengan pantas dia memalingkan wajahnya ke arah titisan embun yang terletak tidak jauh darinya. Dilihatnya dia sudah ada kaki, dan sayap, tapi…

    _____“Lalat sampah!!! Hahaha!!!” pekik suatu suara. Seekor ulat berwarna merah sedang mentertawakannya. Berguling-guling dia ketawa. Kejap-kejap dia bergulung-gulung pula. Lucu sungguh.

    _____“Aku… Kenapa aku jadi begini Mia? Kenapa aku tidak jadi rama-rama yang cantik seperti kau? Aku juga sudah makan daun dan bunga seperti kau! Mengapa Mia?” seolah dirasuk, Kal lantas mengacukan soalah-soalan itu kepada rama-rama merah jambu di hadapannya.

    _____“Aku tidak tahu Kal… Aku tidak tahu…” kata Mia, lesu. Tidak tahu lagi entah apa mahu diucapkannya kala itu.

    _____“Hoi ulat sampah, ada hati mahu menjadi rama-rama ya? Jadi lalat sampah bolehlah.. Hahaha!!!” masih lagi berguling-guling dengan tawanya ulat merah itu.

    _____Kal merenung rama-rama di hadapannya.

    _____“Kau sungguh cantik Mia…” katanya.

    _____“Mia, sungguhpun aku begini, sudikah kau terbang denganku?” ucap Kal penuh gentar.

    _____“Aku… Aku tidak tahu Kal. Kau begitu, dan aku begini. Tubuhku lebih besar dari tubuhmu. Makananku madu dan makananmu…” kata-kata Mia masih terhenti untuk menghabiskan ayat itu.

    _____“Sampah! Hahaha!!!” sambung ulat merah itu, berdekah-dekah dalam gulungannya.

    _____“Kalau begitu, baiklah Mia. Aku faham maksudmu. Selamat tinggal Mia,” bisik Kal buat terakhir kali kepada rama-rama yang cantik itu, lalu terbanglah ia mencari makanannya, sampah.

    _____Mia terdiam sendiri. Apakah dia kejam untuk berkelakuan seperti itu? Entahlah, biarlah dunia yang menentukan haluan hidup mereka. Barangkali itu yang terbaik.

    _____“Selamat tinggal, Shin. Aku pergi dulu,” Sekilas, dipandangnya ulat merah yang masih berguling-guling itu, lalu terbang meninggalkannya.

    _____Tawa Shin terhenti. Sendiri, termanggu-manggu dia.

     
    • durra 2:58 pm on 1 July, 2010 Permalink | Reply

      napela cita sdey2 je ni, wat cita ceria2 sket..hhehehe

      • toya 3:01 pm on 1 July, 2010 Permalink | Reply

        ni cerita aneh… terpulang kat masing2 nak interpret cita ni sedih ke x :p

      • durra 3:21 pm on 1 July, 2010 Permalink | Reply

        cita tak aneh sbb sy belajaq lit dulu esp 4r storytelling, kita pnggei cita ni bergenre fable(dlm melayu fabel kot..huahaha)
        dis story still have a sad end..fact

        • toya 3:22 pm on 1 July, 2010 Permalink

          hehe mana nak tau… sy xpenah blajaq story telling =p

        • durra 3:24 pm on 1 July, 2010 Permalink

          oh, grammatical error di ctu..huahahaha *has ye not hav* xpe, skang awk da tawu, kita belajaq sama2 ye..;-)

      • toya 3:29 pm on 1 July, 2010 Permalink | Reply

        hehe pedulikkan grammar… ni blog bahasa melayu tahap cipan~ lalala

    • durra 3:37 pm on 1 July, 2010 Permalink | Reply

      nnt anak murid sy bc kantoiii!!! nk promote blog ni..hoho

    • toya 3:38 pm on 1 July, 2010 Permalink | Reply

      halamak..nak bagi budak skolah rendah baca blog ni? berpinau2 bijik mata depa..haha

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel