Updates from November, 2009 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 10:53 pm on 7 November, 2009 Permalink | Reply  

    Duit Bukai Semua Utai 

    Ada satu hal yang paling tidak suka saya fikirkan, kisahkan, dan bualkan. Ya, hal tentang wang, duit, atau apa saja yang berkenaan dengannya. Jangan salah faham, bukan saya tidak sukakan wang (siapa yang tidak?) tetapi bagi saya hal itu amat bosan untuk dikisahkan.

    Amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan ibu saya, seorang yang menghabiskan hampir seluruh hidupnya di bank. Dari kerani, ke pegawai, ke pengurus, dia tetap di tempat yang dipenuhi wang itu. Sudah tentu, hal percakapannya juga tidak pernah lari dari soal wang, hutang, pelaburan, pinjaman, deposit, defisit, debit kredit dan entah apa bala lagi hal-hal yang seangkatan dengannya; hal yang saya paling benci untuk kisahkan.

    Barangkali juga saya tidak suka hal itu kerana saya tidak betah dengan angka. Ya, saya tidak suka mengira sungguhpun saya tidaklah bodoh benar dengan ilmu hisab. Cumanya saya malas hendak ambil pusing tentang aturan perkara “berapa”. Seboleh-bolehnya mahu sahaja saya tinggalkan hal mengira itu kepada orang lain.

    Itu soal mengira, ini soal wang pula. Ah hati saya menggerutu sendiri melihat sesetengah manusia yang terlalu mengagungkan wang dalam hidupnya, hingga tidak ambil pusing lagi tentang halal haram; asalkan hasilnya duit berkepuk-kepuk; kemudian ditunjuk-tunjuk kepada semua, “Mari ikut saya, kita sama-sama kaya, duduk rumah goyang kaki, duit anda boleh membiak sendiri, cuma saja anda perlu bayar kepada saya dahulu begitu begini”. Ramai yang mengikut, dan ramai yang berjaya. Saya sedar tentang itu, cuma saya sengaja tidak mahu setuju tentang hal itu. Hal duit membiak sendiri berkepuk-kepuk hanya dengan bergoyang kaki. Saya tidak mahu duit seperti itu.

    Duit bagi saya hanya alat tukaran sahaja. Saya menguruskan wang dengan cara yang amat mudah, cara timbal-balik ibarat neraca. Jika saya mahu beli ini, saya jangan beli itu supaya saya boleh beli yang ini. Itu sahaja. Eh, saya tak bermaksud cara saya ini betul. Selalu saja saya kesempitan wang dek kerana malas mengira. Sekurang-kurangnya tidak pula saya mati kelaparan atau menyusahkan orang lain, pinjam wang merata, atau hubungi kawan lama semata-mata untuk menariknya masuk ke dalam “skim kehamilan wang”, “piramid duit” atau seangkatan dengannya.

    Apapun saya akui dunia kini memang mementingkan wang. Semuanya mahal-mahal belaka, salahkan minyak yang naik harga (atau anda juga boleh salahkan perdana menteri kelima yang tidak pandai mengira). Saya juga mula terkesan dengannya, apatah lagi sejak bermulanya fasa baru dalam hidup saya, yang mana saya perlukan berpuluh-puluh ribu untuk “hal-hal itu” sedangkan pedapatan saya tidaklah seberapa. Ah, sesak rasa dada bila terfikir tentangnya. Alangkah bagusnya jika saya dapat tukarkan kebolehan yang saya ada dengan sedikit wang buat pelega hati jika tidak pun untuk kaya… tapi… apalah yang saya ada. Hanyalah sedikit bakat dalam bidang seni, sedikit ilmu dalam bidang IT, tulisan-tulisan aneh seperti ini dan jiwa yang tidak sekuat mana. Duit… benci saya mahu fikir tentang itu. Barangkali solat sunat dhuha lebih baik dari skim yang bukan-bukan. Oh Tuhan, bukakanlah sedikit pintu rezeki-Mu untukku, atau setidak-tidaknya kuatkanlah hatiku, tenangkanlah jiwaku…

    Teringat saya dengan iklan iban kegemaran saya, “Duit bukai semua utai… ingat tok? Auk indai.. ”

    *Maaf jika tersalah eja, saya tidak pernah belajar bahasa iban.
    *Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja, tidak bermaksud menyinggung atau menghasut mana-mana pihak.

     
    • shahcloud 8:25 pm on 8 November, 2009 Permalink | Reply

      erk…xphm seh ape tu “Duit bukai semua utai… ingat tok? Auk indai.. “

      bottom line is… MONEY IS KING! :p

    • ijal 9:31 pm on 8 November, 2009 Permalink | Reply

      wah.. lama btol xupdate blog ni kan.
      sekali update kuar topik siyes terusss =D
      anyway mmg sokong sgt2 the whole content. duit ni alat tukaran je, lgpun ia juga tukaran utk hasil usaha titik peluh sendiri kan =)

    • toya 9:45 pm on 8 November, 2009 Permalink | Reply

      cah : “Duit bukan segalanya… ingat tu? Ye mak…” =p
      ijal: btol3… kalo duit makin bertambah hasil titik peluh downline, kejadahnye pulak tu. Easy money = easy come, easy go

    • zyclez 10:18 am on 7 December, 2009 Permalink | Reply

      jth dri profile frienster
      auk indai, duit bukan segalanya tp keperluan

  • toya 9:44 pm on 11 August, 2009 Permalink | Reply  

    Tika Rindu Kembali Bertamu 

    Adakalanya saya rasakan bahawa, saya dilahirkan untuk ditemani kesepian. Barangkali rasa ini hanyalah hasilan melankoli tatkala saya sendirian begini namun… ah entahlah. Terlebih dahulu, maafkan saya kerana telah lama membiarkan blog ini usang tanpa sebarang entry. Salah saya, kerana menikmati waktu dua bulan lepas yang merupakan  antara saat terindah dalam hidup saya. Sesingkat saat itu sempatlah saya merasai betapa gahnya rasa gembira, berteman, punya seseorang untuk saya berkongsi rasa. Sayang, detik itu tidak lama… kini saya harus terus menanti untuk tahun yang ke-7.

    Barangkali memang benar tulisan saya sebelum ini, saya sebenarnya menulis kerana sepi. Nah, kini saya sendirian melayan pilu, berteman air jernih di kelopak mata tatkala irama sayu beralun di gegendang telinga. Apalah daya saya, hanya mampu merelakannya pergi, demi sebuah janji yang dia akan terus setia. Apa janji itu akan termakbul atau tidak; biarlah masa menjadi saksi segalanya.

    Maaf, dek sudah lama sekali tidak menulis, saya tidak betah lagi berbicara melalui aksara sebegini. Tidak pula bermakna saya sudah fasih melisankan kata. Saya… ah saya rasa Facebook telah banyak merenggut bakat yang ada pada saya. Hanya di sana sahaja hidup saya sejak kebelakangan ini. Saban waktu saya hanya menunggu di hadapan monitor, menunggu entah bila sahabat-sahabat lain akan menambah paparan status seolah-olah itulah sahaja yang terpenting bagi saya. Ah, sudahlah. Sudah tiba masanya, saya rasa bosan.

    Tidak banyak yang berlaku kepada saya sejak kebelakangan ini. Jika ada pun saya rasa tidak ada apa pun yang penting. Sedangkan kepadanya pula seminggu dua ini ada peristiwa penting dalam hidupnya. Nah, pastinya kala ini hidupnya sangat mengujakan di kala saya kebosanan dan melayan air mata sendirian, meratap entah untuk apa, barangkali perhatian.

    Sepi dan rindu – tidak ada apa lagi yang boleh saya perkatakan tentangnya. Hanya mereka yang pernah melalui sahaja yang akan faham, bagaimana rasanya di dalam hati tatkala saya menatap wajahnya buat kali yang penghabisan…

     
    • art 11:57 am on 12 August, 2009 Permalink | Reply

      uhuhuhu.. sedih giler T_T

    • Fazz 12:08 pm on 12 August, 2009 Permalink | Reply

      hehe, mmg kaki bercerita…
      ayat tersusun habis…

      my turn :p ;

      u might feel lost right now, the world’s becoming gloomier every time u tried to look at it. the feels like everyone’s is hindering u, smack ur back and even the feels that everyone can’t be depends onto might have filled ur thought.
      there will come a time when u will be filled with doubt; nonetheless might have been what u feel right now.
      but know this, it will fade away, not all but enough to make u laugh again.
      heck, u got tons of friends. don’t just reserved them, use. cheered back to ur heart content.

  • toya 12:20 am on 26 May, 2009 Permalink | Reply  

    Monolog #2 

    Adakalanya saya merasa rindu; rindu dengan tulisan saya sendiri. Barangkali saya orang yang aneh untuk berperasaan sebegitu. Anggapan saya, saya adalah seorang yang suka berkarya. Bila tidak dapat berbuat begitu saya resah, entah mengapa, mungkin juga tuntuntan naluri saya sendiri. Seni dalam jiwa saya terasa bercabang-cabang sekali. Saya sukakan hampir segalanya; seni lukis, kraftangan, mengarang, senireka grafik, seni animasi, bunyi-bunyian, malah seni jahitan dan sulaman juga saya suka. Malang sekali, sungguhpun saya berminat dengan seni tari dan lakonan, saya tidak berpeluang mendalami ilmu itu. Seni silat juga tidak begitu lekat pada saya dek kerana lemahnya fizikal saya. Ah, untuk tubuh yang cukup sifat ini pun saya sudah seharusnya syukur.


    Antara hasil karya seni saya.

    Kerana kekurangan biaya untuk DSLR, seni fotografi telah saya ketepikan.

    Malam ini sekali lagi saya terasa ingin menulis, tetapi tidak tahu apa yang ingin saya tuliskan. Maka saya taipkan sahaja apa yang terlintas di minda ketika ini, sambil saya melayan chat dengan si jantung hati yang baru sehari bergelar doktor dan merasa bahangnya cuaca malam ini. Hmm… masih lagi kering idea. Ah teruskan membebel.



    Usaha saya untuk kembali kepada seni manga dan anime masih lagi menemui jalan buntu.

    Menurut pakar-pakar karya tulisan, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu menulis. Ada yang menulis kerana wang, menulis untuk suka-suka, menulis kerana gembira, menulis kerana sedih, menulis kerana naluri dan… entahlah. Tidak berminat saya menghafal perkara-perkara seperti itu. Saya menulis kerana apa? Agaknya kerana saya rasa blog ini perlu diisi selalu… barangkali.

    Seringkali apabila saya merasakan ilham itu ada, suatu suara (biasanya suara saya sendiri) akan terngiang-ngiang di kepala saya, menceritakan suatu kisah, atau pengalaman barangkali, dan saya menyambung-nyambung cerita dari suara-suara itu. Saya mengembangkannya, memerah otak untuk menjadikannya cerita yang logik dan harapnya lebih bagus dari cerita hindustan atau drama Melayu di TV3. Adakalanya saya berpuas hati juga, tetapi seringkali juga saya rasa gagal. Nah, bila suara itu tiada dan saya cuba menulis terus sahaja maka jadilah seperti tulisan ini, panjang tetapi tiada isi. Suara-suara? Ah seram pula bunyinya. Teruskan membebel.

    Sejak akhir-akhir ini saya lebih banyak bercakap berbanding dahulu, terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat yang sentiasa bergegak gempita dengan ketawa. Agaknya mungkin juga bila mulut sudah berbicara, hati dan minda sudah tidak punya apa lagi untuk dikongsikan. Segalanya sudah terluah di saat ianya berlaku. Jadi mungkinkah dapat disimpulkan, saya sebenarnya menulis kerana sepi? Entahlah.

    Tergaru kepala saya memikirkan sambungan tulisan ini. Ah, sudahlah.

     
    • Naini 2:26 pm on 27 May, 2009 Permalink | Reply

      Baru berkesempatan berkunjung ke blog sekaligus mendekatkan diri mengenali seorang bernama Mas melalui tulisan dan cerita yg dihasilkan. Tulisan yg bagus dan menarik sekali. Tahniah!

      Begitulah lumrah agaknya kan. Sepi itu membikin hati dan minda bekerja lebih keras untuk menyalurkan perasaan dan rasa melalui penulisan. Emm…patutlah segelintir penulis lebih banyak mendiamkan diri….

    • toya 8:49 am on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      hehe… time kasih kak nani 😉

    • xoxo 2:23 pm on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      ajaq saya mengait!

    • toya 2:29 pm on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      haha.. sy pon blajaq kat youtube jek…
      dah lama xmengait, agak kelupaan dah

    • adik 3:13 pm on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      hoh..karya dinosour yg org kena angkut spanjang raya xnk tunjuk ka? lol

    • toya 3:37 pm on 28 May, 2009 Permalink | Reply

      haha dinosor bunting tu simpan sendiri la.. org xnak tgk 😆

    • art 2:59 pm on 12 August, 2009 Permalink | Reply

      woh.. terrer giler mengait.. lawa plak tuh

  • toya 12:18 am on 7 April, 2009 Permalink | Reply  

    Random Access Memory 

    Jika minda saya adalah sebuah bilik, mungkin apa yang anda akan nampak di dalam bilik itu adalah barang-barang yang bersepah dan tidak tentu tempat letaknya. Ada yang terjaga dan ada yang berhabuk, ada yang bertukar-tukar tempat dan ada yang seperti biskut; sekejap ada, sekejap lesap. Minda saya celaru. Seperti komputer saya yang sudah lebih 3 tahun tidak pernah defrag, minda saya juga agaknya begitu. Serabut.

    Sejak akhir-akhir ini saya menjadi semakin pelupa. Contohnya saya terfikir mahu membeli sesuatu lalu saya keluar, kemudian saya terlupa; kenapa saya keluar? Lebih teruk lagi, saya terlupa menutup suis lampu malah terlupa menutup pili air setelah membasuh tangan! Tetapi dalam keadaan begini saya sering teringat semula perkara-perkara kecil yang sudah sepatutnya saya lupakan.

    Tidak semena-mena saya teringat bagaimana perasaan saya menjadi seorang pengawas perpustakaan bertali leher biru muda yang bertugas mengecop buku di belakang kaunter peminjaman;
    Saya teringatkan kisah-kisah yang diceritakan oleh arwah nenek saya sebelum saya tidur setiap malam;
    Saya teringatkan nikmatnya air kelapa 50sen yang saya singgah beli setiap kali pulang berbasikal dari sekolah;
    Saya teringatkan melodi tabung gajah yang berbunyi setiap kali saya jolokkan pembaris ke dalamnya;

     

    Saya juga teringatkan jalan cerita filem animasi Pinocchio yang sering saya tonton ketika zaman kanak-kanak dahulu.

     

    Tertanya-tanya saya, bagaimana agaknya saya boleh teringatkan perkara-perkara kecil seperti itu sedangkan saya terlupa apa yang sepatutnya saya ingat? Lalu saya sendiri menjawab: Barangkali memori itu picunya emosi. Saya mungkin telah lupa bagaimana zahirnya detik-detik itu tetapi rasa yang terlahir dalam hati pastinya tetap berbekas di situ sampai bilapun – seperti perasaan bangga saya dapat berkuasa meminjamkan buku perpustakaan kepada orang, seperti rasa kasihnya saya kepada nenek yang tetap bercerita walaupun mengantuk, saya takkan lupa rasa itu.

    Nanti kejap, kenapa tajuknya Random Access Memory ya? Rasanya ada sesuatu yang penting ingin saya tuliskan tadi… Maaf, saya terlupa.

     
    • cloud 10:08 am on 7 April, 2009 Permalink | Reply

      saya rs awak ade Alzheimer’s Disease :))
      tapi saya rasa saya pun begitu. Mudah terlupa 😦

    • Angah_Darling 10:54 am on 7 April, 2009 Permalink | Reply

      saya juga mudah lupa

    • adik 1:04 pm on 7 April, 2009 Permalink | Reply

      nmpknye kakak ku ini sudah nyanyuk..ish3
      burung kakak tua~~~
      hinggap djendela~~
      nenek sudah tua~~
      giginya tinggai dua~~
      letchum2 hulala~~
      XD

    • art 9:32 pm on 7 April, 2009 Permalink | Reply

      kadang2 memori manis dlm idup kita.. biler terkenang, mengapa tiba2 air mata mengalir tanpa sedar?

      ha.. jawb achik.. jawab~~

    • ijal 11:49 pm on 7 April, 2009 Permalink | Reply

      bukan sayang je.. ijal pun same gak!
      benda dah wat tapi leh terlupa, padahal baru beberapa saat lepas.
      huhu.. otak kite dah ketepuan kot =D

    • makcik mak 1:10 pm on 8 April, 2009 Permalink | Reply

      erm..kalo tny kat doktor2,depa akan kata otak kiter terlalu letih.sebab pemakanan n gaya hidup kot chik.mkn byk benda2 masam ker.tak pun aku pernah dgr kalo lama sgt ‘lepak’ kat toilet pun leh wat kiter short term memory lost cam dory

    • uder's 8:11 am on 9 April, 2009 Permalink | Reply

      kita dah makin men-tua la momo oiii~

    • muhdfarhan 7:21 am on 11 April, 2009 Permalink | Reply

      salam. Hanya pemberitahuan (sebab tuan rumah belum buat chat box) .

      Soalan
      apsal xleh nak tinggal komen? error jek

      jawapan
      aik, kenapa orang lain boleh je komen?hehe…try la skalai lagi.hehe

      selamat berkenalan

    • psykudou 5:14 pm on 14 April, 2009 Permalink | Reply

      ada sesutu yg menarek tentang memori ni..memori tentang perkara yg menyedihkan..

      hari ini mungkin ada perkara tersebut membuatkan kita sedih bl terkenangkannya..
      tapi satu hari nanti, ia akan jadik memori yg buatkan kita tersenyum bl terkenangkannya semula =)

      kan?ehehehe

      p/s : meh la join game ni http://psykudou.mybrute.com

    • nono 4:21 pm on 28 April, 2009 Permalink | Reply

      manusia mudah lupe..:)slalu gak lupe..entah la..da tua kot..aduhh

    • lavender 10:06 pm on 14 May, 2009 Permalink | Reply

      mas ade tip tok penyakit yg xde obat nie..skrg nie slalu je dpt penyakit hilang igatan nie..huhuhu..camne ek??

  • toya 12:15 am on 11 March, 2009 Permalink | Reply  

    Monolog 

    Sejak hari pertama saya melancarkan blog ini, satu tugas telah terbeban di bahu saya. Tidak ada yang membayar, malah tidak ada yang menyuruhpun saya mewujudkan sebuah blog dan update saban hari. Jujur saya katakan, saya tidak tahu ke mana arah tujunya posting saya kali ini tetapi malam ini saya rasakan saya mahu menulis sesuatu. Mungkin tidak untuk anda, mungkin hanya untuk saya. Saya sendiri tidak tahu apa yang ingin saya tulis maka saya biarkan apa sahaja yang terlintas di fikiran saya terzahir dalam bentuk tulisan.

    Ada seseorang penah bertanya saya, untuk apa orang menulis blog? Saya terdiam sejenak, mencari jawapan yang saya rasakan saya tahu tetapi sebenarnya saya sendiri tidak pasti. Lalu saya menjawab dengan mengagak-agak sahaja, “Untuk kepuasan diri”. Kemudian dia bertanya semula kepada saya, “Apa puasnya menulis blog?”. Sekali lagi saya terdiam mencari jawapan. Entahlah, mungkin perasaan puas itu ada apabila orang lain faham apa yang kita lalui, apa yang kita fikirkan, dan apa pendapat kita tentang dunia, tentang hidup kita dan orang lain. Bagi seorang pengkarya, rasa puas itu sampai apabila emosi yang kita mahu sampaikan itu ada dalam jiwa insan lain yang menatapnya. Jadi mungkin saya boleh simpulkan; kepuasan menulis blog itu adalah apabila orang lain dapat merasa apa yang kita rasa.

    Lisan – adalah suatu kekurangan pada saya. Siapa sahaja yang mengenali saya pasti tahu tentang ini. Saya bukanlah orang yang pandai menuturkan kata-kata. Malah apa yang keluar dari mulut saya hanyalah ayat-ayat lemah yang tidak banyak memberi makna. Gagap; mungkin itu juga merujuk kepada percakapan saya. Tetapi jauh di sudut hati, saya mahu orang tahu tentang apa di minda saya. Masalahnya minda saya sering dipengaruhi oleh hati saya yang merasa. Jiwa saya halus, itu kata seorang saudara saya yang tinggi ilmu metafiziknya. Saya paling tidak mahu menuturkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang yang mendengarnya, malangnya itulah yang sering berlaku. Maka lebih baik saya diam. Kata-kata tidak seperti aksara yang boleh ditarik balik dengan menekan backspace. Mengapa saya menulis tentang ini? Ini yang terlintas di fikiran saya.

    Saya pasti anda perasan bahawa saban hari tulisan saya semakin dipengaruhi Bahasa Melayu yang elok tersusun ejaan dan nahunya. Entahlah, saya sendiri tidak pasti mengapa ini jadinya pada blog yang asalnya ingin saya jadikan tempat saya mempertontonkan karya saya dalam bidang lukisan anime dan manga. Saya menjadi sayang dengan Bahasa Melayu, barangkali setelah melihatkan betapa rakusnya ia dinodai oleh media dan remaja. Dari mata saya, rakyat Malaysia terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris hingga terpinggirnya Bahasa Melayu. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan yang kita semua sayangkan bahasa bangsa lain hingga mengabaikan bahasa sendiri. Cuma saya rasa Bahasa Melayu kini ibarat kasut selipar. Selipar? Ya, selipar. Sesuatu yang kita pakai setiap hari tetapi kita tidak sayang. Saat kita memakainya kita tidak semegah memakai kasut-kasut mahal yang berjenama, yang kita jaga dengan baik dan kita marah jika ia dicuri. Kita tidak kisahpun jika selipar itu kotor, dan kita malu untuk memakainya di majlis-majlis rasmi. Bahasa Melayu ibarat selipar. Itu analoginya bagi saya.

    Kalau sudah bercakap tentang bahasa, pasti perlu disebut tentang PPSMI. Isu hangat masa kini. Anda rasa saya menyokong yang mana? Saya tahu anda sudah membuat andaian. Anda tahu jawapan saya tentang ini. Semasa saya berada di tahun akhir di UTMKL, saya pernah berkerja sambilan sebagai seorang guru tuisyen di Pulapol. Tugas saya mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris kepada pelajar Tahun 5, kadang-kadang Tahun 3 dan Tahun 1. Waktu itu saya dapat melihat dengan jelas, apa kesannya PPSMI kepada anak-anak yang baru mengenal dunia. Mereka semua Melayu. Tetapi bila ditanya, “Berapa sisi pada segitiga?”; saya melihat mereka sukar untuk menjawab. Bila dilukiskan segitiga pada mereka barulah terdengar mereka berkata, “Ohh…triangle…”. Anda rasa adakah itu sesuatu yang baik untuk generasi akan datang? Begitu juga dengan adik saya, dia tidak faham apa itu kuasa dua atau punca kuasa dua. Dia hanya tahu apa itu square dan square root.

    Saya pasti majoriti yang membaca tulisan ini belajar Matematik seperti saya. Kita diajar dalam Bahasa Melayu ketika sekolah, dan di universiti pula kita belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris; dan kita baik-baik sahaja. Saya tidak nampak apa masalahnya di situ. Adakah graduan menganggur kerana mereka belajar Matematik dalam Bahasa Melayu? Entahlah.

    Saya tidak sukakan statistik. Ia membolehkan ahli-ahli politik malas itu melihat kehidupan rakyat dari gambaran graf sahaja. Adakah hidup ini semudah itu? Sedangkan setiap manusia itu ada kisahnya. Setiap satu angka dan data dalam graf itu ada rahsia dan deritanya. Ah, sukar pula untuk saya terangkan bahagian ini. Anda fikirkanlah sendiri.

    Entah apa yang saya bebelkan malam ini. Cukuplah untuk satu entry… =p

     
    • Nyah Rempit 1:40 am on 11 March, 2009 Permalink | Reply

      utk pengetahuan uols semua, mek tak dapat tido malam nie kerana mek mengenangkan nasib diri mek yg selalu di rejek dalam percintaan.. apa? nyah pon nak bercinta? Hello… nyah pon ada hati dan pankreas taw~
      bila mek membaca part Lisan dari mas, mek pon mengenangkan diri mek nie yg jugak fail dalam lisan melisan nie.. sbb tu, mek tak meluahkan perasaan mek melalui kata2… tp mek meluahkan perasaan mek melalui puisi, gurindam dan jugak lagu2 ziana zain.. ops.. pocah lubang!
      tp walau begitu mek ttp syukur. even beethovan yg pokak tu pon dapat menghasilkan muzik yg bagus apatah kita pula yg boleh mendengar dan berkata wlpn gagap sikit, utk terus maju dan berjaya dalam hidup kan…
      to Mas, keep up!

    • fazz 1:59 am on 11 March, 2009 Permalink | Reply

      bolehkah ku katakan, abstrak ini nice? :p
      walaupun bebelan tp ada nilai abstrak yg tersusun..

    • angah_Darling 11:07 am on 11 March, 2009 Permalink | Reply

      saya ada sorang opismate berbangsa melayu yg tidak fluent cakap melayu tp sgt cairrr berbahasa inggeris.

    • toya 11:31 am on 11 March, 2009 Permalink | Reply

      ada orang kaya yang langsung tak nak pakai selipar… =p

    • nisa 11:59 am on 11 March, 2009 Permalink | Reply

      selipar=bahasa melayu..ada betulnya jugak..tp nak buat macam mana ..dah dunia sekarang macam tu..

    • art 12:03 pm on 11 March, 2009 Permalink | Reply

      oh.. sungguh tersirat maksudmu

      dengar tuh wahai pemimpin2 politik

    • psykudou 9:42 am on 12 March, 2009 Permalink | Reply

      Mesej yang baik. yang tersurat..yang tersirat..

      yang masih terlena, kejut-kejutkanlah.

    • ijal 9:24 pm on 12 March, 2009 Permalink | Reply

      saya rasa xda masalah pun belajar maths dan sains dalam BM.
      masuk U pun secara automatik akan terbiasa gak belajar dalam BI.. PPSMI is not really necessary. however… the victims are our current young students..

    • Aku Sempoi 12:09 am on 13 March, 2009 Permalink | Reply

      huhuhuhu

      ko perempuan rupa nya 😀

      btw perkataan selipar tue pon di cedok daripada BI (slipper)

      sedar atau pon tidak bahasa kita banyak cedok bahasa lain

      mungkin kerana DBP dah kemandulan minda nak cari perkataan baru untuk BM

      jika PPSMI diteruskan juga dikhuatiri BM akan terus diterpinggir di negara sendiri

      menolak PPSMI bukan bermakna menolak kenajuan

      cuma kalau nak maju biar lah guna cara dan bahasa kita sendiri

      http://www.Aku-Sempoi.blogspot.com/
      http://www.KerjaOhKerja.blogspot.com/

    • ju 11:06 am on 17 March, 2009 Permalink | Reply

      Anda seperti saya. Menulis dalam blog kerana lisan tidak pandai berkata-kata. Menulis sebagai luahan hati. Masalahnya :-dunia hari ini memerlukan orang-orang yang pandai lisan.
      Perang jiwa dibuatnya hidup di zaman ini.

  • toya 10:43 pm on 25 February, 2009 Permalink  

    Ini Bahagian Saya 

    This content is password protected. To view it please enter your password below:

     
  • toya 11:08 am on 21 December, 2008 Permalink | Reply  

    Mimpi 

    Bolehkah anda mengingati mimpi?

    Malam tadi saya bermimpi, sepertimana setiap malam saya bermimpi. Ya, saya boleh ingat dengan jelas mimpi saya cuma saya tidak pasti yang mana hujung pangkalnya. Saya tak tahu macam mana orang lain bermimpi, tapi mimpi saya setiap satunya memang menarik walaupun tidak semuanya menyenangkan. Dalam mimpi saya mengembara, dalam mimpi saya sedih, dalam mimpi saya berseronok, dalam mimpi saya lebih hebat dan dalam mimpi saya lebih ramai kawan. Saya boleh buat apa saja dan jadi sesiapa pun yang minda separa sedar saya arahkan.

    Mimpi bagi saya umpama suatu tayangan gambar yang saya nantikan kerana di situ hidup saya lebih seronok walaupun tidak semestinya aman. Tidak ada mimpi saya yang saya hanya duduk di hadapan komputer berjam-jam sehari, tidur, makan, pergi dan balik kerja dan melakukan perkara yang sama setiap hari. Mimpi saya adalah hidup saya yang satu lagi, hidup yang indah meskipun tidak sempurna.

    Lalu saya bertanya pada diri sendiri, kenapa hidup tak seindah mimpi? Dan mengapa saya biarkan hidup saya ini tidak seindah mimpi? Kemudian minda saya berbicara: “Kerana kamu orang Melayu, perempuan, dan masih punya ibu bapa. Kamu hidup dalam standard yang ditetapkan oleh masyarakat kerana tidak selamat untuk kamu menghidupkan mimpi.”

    Maka saya kembali ke alam nyata, menunggu untuk pengembaraan dalam mimpi yang seterusnya malam nanti. Terima kasih Tuhan, untuk nikmat yang indah ini.

     
    • ijal 12:18 am on 22 December, 2008 Permalink | Reply

      Bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada kat dunia ni.. =D
      Mimpi ni kadang2 mainan syaitan, kadang2 petunjuk dr Allah..
      Org kata kalo nak mimpi sumthing, pikirkan banyak2 benda tu sebelum lelapkan mata

    • toya 10:00 am on 22 December, 2008 Permalink | Reply

      OK…
      ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang ijal masuk minang zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    • otromen 12:57 pm on 22 December, 2008 Permalink | Reply

      hahaha.. dgr tu mr ijal tu petunjuk dr allah tuh…muahaha mimpi xsemestinya tido ja, mimpi bleh jd ketika berjaga..mcmna ek?huhuhu

    • ijal 2:34 pm on 22 December, 2008 Permalink | Reply

      tu berangan namanya cik otromen. wah… ok! kena pikir banyak2 camtu tau 😉 hehe

    • angah_Darling 4:14 pm on 22 December, 2008 Permalink | Reply

      hihi…sungguh puitis entry kali ni 🙂

    • toya 4:17 pm on 22 December, 2008 Permalink | Reply

      puitis ke? rasa cam sama je ngn entry lain

    • witty angel 4:34 am on 23 December, 2008 Permalink | Reply

      eh mimpi selalunye trbalik..hehe selalunye kalau mimpi fail exam dapat 1st class..ahhahaha..nyways miorr cepattt laaa masuk meminang!!!i nak makan nasi minyak next yr when i dh balik msia!!!for good kot insyaAllah..

    • cloud 3:06 pm on 4 January, 2009 Permalink | Reply

      “Kerana kamu orang Melayu, perempuan, dan masih punya ibu bapa.”
      aku kurang gemar ngn quote tu…coz pd aku sumting yg kite dpt/xdpt adelah drp usaha sindri n xske slhkn mende lain 🙂 just my 2cents.

    • makcik mak 3:34 pm on 21 January, 2009 Permalink | Reply

      erm..mimpi utk org2 cam kiter ni mainan tido jer kot.kalo para ulamak tu len citer ler..hegu2.nyway tido mmg best tak kira ler ada mimpi ker takder.hehehe

  • toya 9:58 am on 30 November, 2008 Permalink | Reply
    Tags: sepi   

    Sepi 

    Lama saya membiarkan blog ini sepi, sesepiku… Bukan tidak ada yang boleh diceritakan, bukan dunia saya tidak berputar. Cuma hati saya tidak cukup indah untuk bercerita. Hati saya kini penuh dengan aura negatif, serabut dengan hal dunia yang penuh kebencian. Bagaimana harus saya menulis? Sedangkan blog ini adalah percubaan saya untuk lari dari dunia. Itu sebabnya saya tidak pernah menulis tentang politik di sini (melainkan sekadar bahan omokan), tidak pernah saya serabutkan dengan hal-hal pejabat seperti serabutnya kepala saya. Kala ini, hati saya berona kelabu, ada suatu hal yang mengganggu sejak kebelakangan ini. Ditambah dengan jumlah komen yang tidak memberangsangkan, hati saya bertambah melankoli. Berikan saya masa untuk mengumpul semangat semula. Mungkin, bila hati tidak lagi sepi dan sengsara…

     
    • jimmy 12:23 am on 2 December, 2008 Permalink | Reply

      hehe..go go go ~ 🙂

    • makcik mak 8:17 am on 2 December, 2008 Permalink | Reply

      chill beb!!!

    • angah_Darling 9:40 am on 2 December, 2008 Permalink | Reply

      Achik,jgn sedey2…
      Chaiyok2!!!

    • Nono 3:37 pm on 2 December, 2008 Permalink | Reply

      cheer up beb..biaselah idup..hehehe

    • DrHilmi 9:42 am on 3 December, 2008 Permalink | Reply

      ala…dh jadi hambar la pulak blog ni kala acik bermadah demikian rupa…

    • ijal 1:20 pm on 3 December, 2008 Permalink | Reply

      blog ijal lagi ckit komen… huhu
      cabaran, besala

    • chesu 1:07 pm on 4 December, 2008 Permalink | Reply

      Jangan risau chik…. dunia mmg begini…
      Jangan sdey2 k..

      Watla citer yg happy2 sket..sure byk komen nnt..hehe..

    • adik 4:14 am on 17 December, 2008 Permalink | Reply

      hoh??
      (sj nk mnmbhkn comment..)
      hekho!!!

  • toya 11:16 am on 8 October, 2008 Permalink | Reply  

    I’m Sick of this Theme! 

    Tiap2 hari bukak blog ni rasa menyampah plak tengok theme yg huduh lagi huduh ni. Rasa nak tukar theme dlm masa yg terdekat tapi xde masa plak. Jiayou!!! Problem dengan blogmas ni x banyak theme pastu xleh nak tukar sgt. Walaupon enjinnye wordpress tapi featurenye suku dari wordpress. Nyesal gak tapi dulu sy pilih nak buat blog pon sebab nama hosting ni gak–> BlogMas! So just wait n c bebeh… . : . btw, sy ingat nak cilok dgcam ayah pasni, amik gambar cun2 sket! hehe…

    Nak kamera tu!

     
    • anis 12:37 pm on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      uish jgn ler curik…pinjam wat harta sendiri sudey….

    • toya 12:49 pm on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      tak curik..cilok je :p

    • jimy 12:09 am on 9 October, 2008 Permalink | Reply

      nape posing siap meniarap tu acik :p

    • toya 10:40 am on 9 October, 2008 Permalink | Reply

      manade meniarap..atas meja tu kan 😛

    • jimy 12:58 am on 10 October, 2008 Permalink | Reply

      eh laa..ats meja ke..igtkan ats lantai haha..bedo’oh benar doh kalu atah lata gak :))

    • toya 9:27 am on 10 October, 2008 Permalink | Reply

      bedo’oh tu gapo?

    • anis 8:33 am on 13 October, 2008 Permalink | Reply

      bedo’oh >> tipu.maksud ayat jimmy tu tipu giler ler kalo atas lantai tu..huhu

    • ude 4:35 pm on 4 November, 2008 Permalink | Reply

      i’m not a spam script..huhu~~

  • toya 1:09 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply  

    The Weirdos Are Back 

    budak2 sengal ini kembali lagi dengan single mereka yang bertajuk “Cintan”

    layan…

     
    • tintin 2:08 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      ha..kt cni a tmpt yg betul.kt ne ek?

    • toya 2:11 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      kat istana sri menanti, kuala pilah. masa tu ayah tgh main muzik kat ats pentas. heheh penyanyi tu xleh konsentret tgk kitorang. sian dorang byk kali kena marah ngn bos :p

    • tintin 2:16 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      cian~ …korG ni spesis yg suke wat lawak hehe

    • toya 2:17 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      spesies kepala masuk angin~~~

    • tintin 2:24 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      spEsis 2 pOn…kiUt miuT je =p rs nk cubiT je pipi =]

    • toya 2:25 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      ngahahahaa…bukan kiut, tembam

    • Nono 3:37 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe..vokalis terbaik utk budak tembam tue..hahahhaa..bravo bravo..

    • toya 3:54 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      ekekkee…skang da tak tembam da…awek pon dah ade

    • ijal 8:40 am on 20 September, 2008 Permalink | Reply

      iskk..iskk.. xlama lg kena join gak budak2 sengal ini. haha

    • toya 12:18 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      sila2..dialu-alukan 😀

    • adik 5:14 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..huahaha..ijal cm xsudi je..habeh r long..pas long kawen ngan ijal dh xle merepek dh..kena jadi skema..(-_-)”

    • ikkie 1:08 am on 16 February, 2009 Permalink | Reply

      wakakaka…… 0oo0 …. tiru jaclyn victor ea… haha..

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel