Updates from April, 2011 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 8:56 pm on 4 April, 2011 Permalink  

    Jadi, inilah habitat asalku…? 

    This content is password protected. To view it please enter your password below:

     
  • toya 4:56 am on 31 March, 2009 Permalink | Reply  

    Selamat Tinggal Mokchan 

    Pada suatu tarikh dan masa yang tidak diketahui secara tepatnya, di dalam sangkar yang baru dibasuh, di atas serbuk kayu yang baru ditukar, dengan bekas air yang masih penuh dan makanan yang banyak di tingkat atas, akhirnya seekor hamster telah menyerah kalah kepada hidup.

    Dia pergi bukan kerana tidak cukup makan atau kurang air, mungkin tidak kerana penyakit. Melankoli telah meragut jiwanya, sepi telah membunuhnya.
    Dia pergi kerana rindukan tuannya…

    In loving memories ~ MOKCHAN (2008-2009)

    [kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/cZJksTeo-xI" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

     
    • Fazz 6:30 am on 31 March, 2009 Permalink | Reply

      oh, mokchan sudah pergi meninggalkan tuannye..
      xde lg la model kecik utk aku 😦

    • Angah_Darling 9:18 am on 31 March, 2009 Permalink | Reply

      saper tuan nye?

    • adik 4:27 pm on 31 March, 2009 Permalink | Reply

      (T^T)””mokchan~ why r u leaving me..b4 i go home..isk3…
      MOKCHAN!!!!!!!!!!! waaaaaaa…….

    • Nyah Rempit 11:40 pm on 31 March, 2009 Permalink | Reply

      beriya2 mek tgk video tu.. igtkan sape la nak kene tanam… dah mcm kes pembunuhan pon ade… tkt mek kejap denga suara2 serius penulis…

      rupanya penulis skrg tgh mengalami gangguan kerongkong..
      sian gak arr…

      klu fikir2 kan kembali.. mmg benar kate Mas, akibat kesunyian mmg memendekkan nyawa hayat manusia. byk kes kat kg mek.. ramai warga2 emas kembali ke rahmatullah setahun atau dua tahun selepas kembalinya pasangan masing2..

      semoga dengan pemergian mokchan ittew.. memberi ikhtibar kepada kita semua yg setiap hidupan perlu hidup berpasang2an..

      p/s: mek suke lagu broery gulung tikar inniewww

    • nurul uta 9:55 pm on 1 April, 2009 Permalink | Reply

      achik~its supposed to be a sad video la..now u’ve turned it into a funny one haha were u holding the camera while duin all those stuffs? sbb tu ke macam semput? heshess…

    • toya 10:59 pm on 1 April, 2009 Permalink | Reply

      huh penat menyangkul tu psal la semput (+_+)
      siot je..rupanya masa org tgh “buat keje” tu jiran2 tgh tgk… cam hape je pegang enset sambil korek lubang sambil membebel…arghhh

    • kedaibestari 1:49 am on 2 April, 2009 Permalink | Reply

      Moga ia di tempatkan bersama binatang2 yg terbaik! πŸ™‚

    • ijal 12:31 pm on 6 April, 2009 Permalink | Reply

      lerr…. Mokchan mati dah rupanya..
      awat xsms? cian adik.. mokchan mati rendu kat dia..=(

    • art 10:20 pm on 6 April, 2009 Permalink | Reply

      int video apa.. tanam rupanyer.. eh.. al fatihah~

    • chesu 11:07 am on 24 April, 2009 Permalink | Reply

      hmm… sib baik ada title…kalo x mesti xtau ape yg kamu
      buat chik…huhu…

  • toya 10:50 pm on 26 October, 2008 Permalink | Reply  

    Konvo 

    Dalam hidup seorang mahasiswa ada satu hari yang paling ditunggu-tunggu. Hari itu kita tak perlu belajar lagi. Kita tak perlu siapkan tugasan, tiada ujian, tiada kuiz, tiada makmal. Tidak perlu terkejar-kejar membaca di saat-saat akhir.

    Hari itu kita pakai baju cantik-cantik, macam hari raya. Hari itu kita siapkan memori yang dan bateri yang banyak untuk kamera.


    Hari itu kita tak perlu mengeluh lagi melihat orang lain bertopi empat segi, sebab kita juga begitu. Hari itu kita gembira tapi sedih. Hari itu kita melihat wajah-wajah itu untuk kali terakhir mungkin, tiada kata selamat yang tertinggal. Hari itu kita mengenang setiap detik di menara gading. Kita tahu, hari itu kita telah berjaya mengharungi segalanya.

    Tiga tahun meneman orang lain menyambut hari itu, saya menyambutnya sunyi tanpa hadirnya sahabat. Mungkin, hari itu bagi saya tidak seindah yang dijangka. Cukuplah hadirnya dua insan itu kerana mereka istimewa.

    21 Oktober 2008 – adalah hari itu bagi saya.

     
    • Fik 12:58 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      tahniah dh konvo..
      stay cute hehehee..(^_^)

    • Nyah Rempit 1:01 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      Dah lama meq tak singgah blog uols.. tau2 uols dah graduate…
      Meq sebagai wakil pengerusi BAKAT ATM ingin mengucapkan ribuan tahniah buat uols yg telah berjaya menamatkan pengajian untuk sarjana muda… meq begitu bangga kerana kawan2 meq dapat menakluk menara gading kerana meq tidak mampu untuk sampai ke tahap itteww…
      well uols, selamat melalui alam pekerjaan yg penuh pancharoba inniew.. semoga uols tabah menghadapinya..
      sekali lagi, Tahniah atas hari graduasi uols yg telah berjalan begitu lancar dan juga krew2 yg terlibat…

      p/s: jantan uols jambu gittew.. taknak ke kenalkan ngan meq?

    • DrHilmi 8:49 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      tahniah acik….
      gambar kat atas stage xde ke?

    • toya 8:56 am on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      ada…yg dlm studio pon ada.
      nak letak gak ke? xyah la…nanti org letak kat frenster

    • Fazz 1:21 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      huhuhu,
      sob sob sob…~

      dah grad dah budak ni…
      iskh… T_T

    • jimy 6:29 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      tahniah2..tepok2..
      dpt adiah ape?
      munge?bear?:p

    • adik 7:20 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      long dapat BEAR!!!! XD
      weit,mana dia blog btajuk: “I CURSED UPM!!”
      ttunggu2 nih =p

    • toya 8:31 pm on 27 October, 2008 Permalink | Reply

      a’ah dpt bear dlm plastik xbukak lagi πŸ˜†
      tajuk tu dah kena banned arr…
      aritu org komplen kat radio putra fm. dj dia wat xlayan plak. toek tol :angry:

    • adik 9:21 pm on 28 October, 2008 Permalink | Reply

      sape nk layan..kalo kutuk diri sendiri dia layan la kot..XD

    • Atiq 12:47 pm on 29 October, 2008 Permalink | Reply

      mas congrats on ur convo.. pelik kiter awak kate awk 21hb, rupenye lain sesi patotla xjumpe. besnyer gmbr2 awk ni… cantik…xramai org pulak tuh. Congrats again!

    • toya 12:50 pm on 29 October, 2008 Permalink | Reply

      heh nampak je mcm xramai…padahal serabut giler masa tuh nak amik gambar kat fountain pon xdapat 😐

    • yanie 10:17 am on 30 October, 2008 Permalink | Reply

      congratulation achik……

    • ijal 4:04 am on 3 November, 2008 Permalink | Reply

      besnya dapat join sekali konvo dia πŸ˜‰
      at last.. huhu

    • toya 12:33 pm on 3 November, 2008 Permalink | Reply

      huhu..tq bebeh :”>

    • da psychic 2:30 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      waaa..bestnye..omedeto! huhuhu sy bile gi.. nnt konvo sy pon korg xdpt dtg gak suma dok jauh…wuwuwuw next year i grad

    • chesu 1:51 pm on 25 November, 2008 Permalink | Reply

      omedeto achik….^^

      p/s: terlewatkah aku??

  • toya 2:09 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply
    Tags:   

    Jejak Kasih DDZ++ versi Syawal dan Muslim 

    Kuala Lumpur, 12 Oktober – Sama sekampung lagikan dirindu, inikan pula jauh di mata. Begitulah ibarat utuhnya persahabatan antara DDZFamilia dan juga suku sakatnya. Setelah kejayaan penganjuran Jejak Kasih pada bulan Ramadhan yang lalu, maka para pencinta DDZ telah sekali lagi mengambil langkah proaktif dengan penganjuran Jejak Kasih DDZ++ versi Syawal dan Muslim bersempena bulan Syawal yang mulia ini. Pengarah program Jejak Kasih pada kali ini adalah Quistina Suriani @ Tina dan dibantu timbalannya Mas Elyna @ Achik. Idea Jejak Kasih kali ini adalah datangnya daripada pengarah program sendiri, yang pada asalnya ingin mengajak para sahabat mengambil kesempatan beraya di kediaman pengarah program Jejak Kasih yang lalu, Siti Suriani @ Chesu pada hujung minggu tersebut yang jatuh pada 12 Syawal 1429H. Kebetulan, hari lahir Chesu juga jatuh pada hari yang sama. Maka dengan itu, Tina telah mengajak para sahabat untuk beramai-ramai meraikan hari tersebut dengan meriahnya bertemakan ‘SURPRISE!!!’. Antara kejutan yang telah dirancang pada hari tersebut ialah kehadiran Anis Suria yang berada jauh di Kuala Kangsar yang mana dijangka adalah sesuatu yang mustahil pada pandangan Chesu. Proses perancangan berjalan selama kira-kira seminggu yang melibatkan penggunaan Yahoo Messenger secara intensif di pejabat-pejabat ahli-ahli yang terlibat. Berkat penat lelah mereka yang berkenaan, akhirnya hari yang dinantikan telahpun menjelma seperti yang dirancangkan. Pada hari kejadian, berpuluh-puluh biji mata telah bertemu melibatkan pemilik-pemilik mata-mata tersebut iaitu:
    1. Quistina Suriani @ Tina
    2. Mas Elyna @ Achik
    3. Anis Suria @ Anis @ Makcik Mak
    4. Yatie @ Angah (DDZ/39)
    5. Dilla @ Along (DDC)
    6. Nurul Huda @ Uta (DDZ/39)
    7. Syahida @ Alang (DDC)
    8. Hamim (DDZ/39)
    9. Hafiz Chooi
    10. Noni (Pacar Hafiz)
    11. Aisa (Pacar Tina)
    12. Jimmy
    13. Fazrul
    Malangnya Farhan, Intan dan Ej tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Busana yang ditampilkan pada hari tersebut adalah pakaian kebangsaan bagi peserta wanita dan pakaian kasual bagi peserta lelaki. Berikut adalah laporan aturcara majlis tersebut…

    9.00pg-12.00tghari:
    Kesemua peserta merasa panik pada pagi tersebut kerana setiap seorang dari mereka telah tersasar dari masa perjumpaan yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 9.00 pagi bertempat di LRT Setiawangsa. Telefon bimbit masing-masing berkeadaan aktif pada masa itu dengan mesej yang paling kerap dihantar iaitu “Katne dah?”. Tiga buah kereta dijanjikan tersedia sebagai alat pengangkutan pada hari itu iaitu milik Achik, Uta dan Dilla. Achik bergerak dari selatan, mengambil Angah di serdang dan terus menuju ke Kuala Lumpur. Uta, Anis dan Hamim bergerak dari rumah Tina untuk mengambil Alang di Bangi. Hafiz dan Noni berjumpa di KL Sentral dan menaiki LRT ke Setiawangsa. Aisa bergerak terus ke LRT Setiawangsa manakala Jimmy dan Fazrul menunggang motosikal ke tempat kejadian. Semua peserta berjaya dikumpulkan pada pukul 12.00 tengahari apabila Along tiba sebagai orang terakhir.Peserta-peserta seterusnya telah bergerak ke rumah Chesu secara konvoi. Sedikit insiden telah berlaku yang mana tidak perlu disebutkan di sini.

    tepi stesen LRT

    Tepi Stesen LRT Setiawangsa

    12.30-12.40 tghari:
    Setelah sampai di rumah Chesu, para sahabat telah berpakat menyorokkan Anis sehinggalah saat-saat terakhir. Anis hanya menunjukkan dirinya kepada Chesu setelah semua yang hadir melangkah masuk ke dalam kediaman Chesu. Chesu yang amat terkejut dengan kehadiran Anis itu tidak dapat menahan air mata lalu menumpahkannya ke atas tisu yang tidak diketahui jenamanya.

    Chesu nangis tengok Mak...

    Chesu nangis tengok Mak...

    Birthdaygals potong kek

    Birthdaygals potong kek

    12.40-1.30 ptg:
    Majlis dimulakan dengan memotong kek hari jadi di mana satu lagi kejutan telah berlaku terhadap Anis. Pada kek tersebut tertulis nama beliau yang bakal menyambut hari lahir pada keesokan harinya. Acara diteruskan dengan pemotongan kek oleh Anis dan Chesu. Hadirin seterusnya melayan nafsu makan dengan juadah yang telah disediakan oleh ibu Chesu. Kekenyangan telah mendorong Anis membuat ucapan diikuti oleh Chesu dan Hafiz walaupun hari itu bukanla hari jadi beliau. Ini diikuti oleh majlis penyerahan dan pembukaan hadiah oleh mereka yang terlibat.

    Makan

    Makan

    Melantak

    Melantak

    2 pasangan kapel sedang cover2 hangatnya percintaan

    2 pasangan kapel sedang cover2 hangatnya percintaan

    1.30-2.00 ptg:
    Walaupun Hafiz masih lagi berkeadaan lapar, acara makan telah ditamatkan dengan rasminya dan para hadirin mengambil keputusan untuk menyambung sesi Jejak Kasih tersebut di KLCC. Walaubagaimanapun, terdapat bangkangan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin pulang untuk melangsaikan hajat dengan pasangan masing-masing. Akhirnya yang tinggal untuk ke KLCC hanyalah Achik, Chesu, Anis, Tina, Hamim dan Fazrul. Perpisahan antara puak-puak tersebut telah berlaku di LRT Setiawangsa.

    Tiang Dua melambai-lambai

    Tiang Dua melambai-lambai

    2.00-4.00 ptg:
    Setelah kesemua yang disebutkan di atas sampai ke KLCC dengan menaiki Saga BLM M-Line 1.3MT NCD2693, maka mereka terus menuju ke masjid KLCC yang tidak dipasang penyaman udara untuk menunaikan solat. Seterusnya keputusan telah diambil untuk mengadakan upacara lepak, minum dan gosip di Burger King. Tamatnya acara tersebut membawa kepada acara bersiar-siar di sekitar KLCC.

    Gadis-gadis cun (atau perasan cun)

    Gadis-gadis cun (atau perasan cun)

    Gadis-gadis dan jejaka cun

    Gadis-gadis dan jejaka cun

    Kat Raja Burger

    Kat Raja Burger

    4.30-5.15 ptg:
    Usai menjelajah KLCC dan wajah Anis semakin berkerut memikirkan untung nasibnya di negeri orang, para sahabat memutuskan untuk menghantar Anis ke Stesen Bas Puduraya. Dalam perjalanan tersebut banyak perkara yang dibualkan, antara yang paling membangkitkan keghairahan adalah apabila Fazrul memberitahu bahawa UTMKL bakal dirobohkan tidak lama lagi. Para penumpang yang berasa cemas dengan keadaan itu meminta agar Achik (yang ketika itu sedang memandu di kawasan Chow Kit) berpatah balik ke Jalan Semarak agar mereka dapat melihat UTMKL buat kali yang penghabisan. Mujur, kunjungan mereka ke UTMKL langsung tidak diganggu oleh pak guard melainkan hanyalah mata-mata manusia yang aneh melihat sekumpulan perempuan dan seorang lelaki mengambil gambar di sekitar kampus tersebut. Kampus UTMKL pada ketika itu berada dalam keadaan yang amat menyedihkan, ibarat dilanggar garuda dan kelihatan seolah-olah bangunan yang telah ditinggalkan oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Keadaan itu menimbulkan rasa sayu di hati para sahabat. Ungkapan “Ingat tak…” sentiasa meniti di bibir mereka hinggalah tamat kunjungan mereka ke tempat bersejarah itu. Tempat jatuh lagikan dikenang, ini pula tempat mengenal apa itu pengaturcaraan.

    Sayu la tengok UTMKL...

    Sayu la tengok UTMKL...

    Oh PSZ!

    Oh PSZ!

    Oh Gazebo!

    Oh Gazebo!

    Jom tengok belah sana lak

    Jom tengok belah sana lak

    Ape tah yg kelakar sangat pasal kiosk?

    Ape tah yg kelakar sangat pasal kiosk?

    Blok S dilanggar garuda!

    Blok S dilanggar garuda!

    Kafe Padang...amat menggamit memori Chesu...

    Kafe Padang...amat menggamit memori Chesu...

    Kat depan DK...DK ape tah? Lupa lak

    Kat depan DK...DK ape tah? Lupa lak

    Segalanya di sini, menggamit memori...

    Segalanya di sini, menggamit memori...

    Ingat tak?

    Ingat tak?

    5.15-6.00 ptg:
    Sungguhpun sebak untuk meninggalkan kawasan yang sesak dengan memori itu, mereka sedar bahawa kehidupan harus diteruskan demi masa depan. NCD2693 terus meluncur di celah-celah kesibukan kota untuk menghantar Anis ke Puduraya. Perjalanan mengambil masa yang agak lama memandangkan jalan sekitar ibu kota dipenuhi kenderaan yang baru pulang dari rumah terbuka. Keadaan di Puduraya adalah amat sesak. Pemandu NCD2693 berada di dalam keadaan dilema samada mahu menghantar Anis di dalam bangunan Puduraya atau meninggalkannya di seberang jalan.

    6.00-7.30 ptg:
    Kerana Achik adalah seorang yang spontan dan tidak pandai membuat keputusan, akhirnya beliau telah memutuskan untuk menghantar Anis ke Stesen Bas Jalan Duta kerana gagal mendapatkan parking di Puduraya. Para penumpang hanya mampu akur dengan keputusan diktator tersebut. Alangkah malangnya kerana perjalanan ke Jalan Duta mengambil masa yang amat lama dan penuh penyeksaan kerana pemandu harus memandu kereta manual dalam keadaan trafik yang merangkak-rangkak. Sepanjang perjalanan yang membosankan itu sahabat-sahabat yang keletihan telah melakukan perkara yang sia-sia untuk mengisi masa lapang iaitu menjalankan usaha pencarian lelaki kacak pada kereta-kereta yang berhampiran. Aktiviti ini hanya mampu disaksikan oleh Fazrul kerana beliau tidak berminat terhadap lelaki.

    Tiket Ipoh ada lagi bang?

    Tiket Ipoh ada lagi bang?

    Muka orang letih

    Muka orang letih

    7.30-8.15 mlm:
    Akhirnya sakit kaki Achik dapat diredakan apabila mereka berjaya sampai ke destinasi yang dituju. Anis bergegas ke kaunter bas dan beliau agak bernasib baik kerana tiket bas ke Ipoh bagi perjalanan pukul 8.oo malam masih lagi dijual. Mereka mengunjungi surau dan mengisi perut sementara menunggu bas Anis sampai.

    Bye mak..jangan nangis tau

    Bye mak..jangan nangis tau

    8.15-9.30 mlm:
    Bas tersebut lambat 15 minit. Para sahabat mengiringi kepulangan Anis pulang ke tempat asalnya dengan disertai lambaian kasih sayang. Seterusnya Achik telah menghantar Fazrul di Keramat Hujung, Chesu di rumahnya di Setiawangsa dan Tina serta Hamim di Steren LRT Setiawangsa. Maka tamatlah siri Jejak Kasih yang kedua. Kesan yang paling ketara dari program Jejak Kasih kali ini adalah kaki Achik yang masih sengal-sengal sehinggalah ke hari laporan ini ditulis.

     
    • chesu 2:29 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      best chik..best… next time jumpe kt redang mesti lg gempak..

    • toya 2:30 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      huiii kalo redangnye report sy nak paksa korang tulis kat redang tu gak!!! mau 10page kalo nak tulis tuh (+_+)

    • makcik mak 2:52 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      adeh..berbaur2 perasaan biler baca en3 kali ni chik.memula tu lawak sampai ngekek2 aku sengsorang kat ofis ni.biler nak ending2 tu balik jadik syahdu.adeh…seb baik tak banjir.takper dun wori nanti masa redang kami tlg2 tls k chik.tq 4 da wonderful en3.muahs

    • toya 2:56 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      haha akhirnya berjaya gak mak komen yek. tq bebeh πŸ˜‰
      ya itulah yg kita mahukan…impak maksima πŸ˜€

    • tintin 3:13 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      kt cni br cikit…blom cite keseluruhannye pon da best k_D

      **tinagt achik cacing kepanasan dlm masjid hihi =p

    • toya 3:15 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      uiiii nak cite sume patah tangan la makcik
      kalo ada org nak byr gaji xpe gak

    • angah_Darling 3:31 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      yuhuu…nice n3 πŸ™‚

    • tintin 3:48 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      bukan nk soh cite sume la =p
      nk menjeleskan org d luar sane yg xjOin la~

    • toya 3:49 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      hohoho tau takpe

    • jimy 4:02 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      haha..x tahan ayat kt gmbr tna ngn aisa πŸ˜€

    • toya 4:09 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe…saje nak highlight πŸ˜›

    • makcik mak 4:42 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      tina masa baca bhgn tu mesti merah2 muka kan?hehehe

    • tintin 4:45 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      kuang aja jimmy…xmO da kwn pdn muke =p
      mmg a merah..sb marah !!

    • yanie 5:25 pm on 17 October, 2008 Permalink | Reply

      lamanya xtgk rupe UTMKL……

    • fazz 11:48 am on 19 October, 2008 Permalink | Reply

      huhuhu…
      aku jd pemandu pelancong dan peneman yg setia ni.

    • greensnow 8:02 pm on 19 October, 2008 Permalink | Reply

      ala apsal pendek sgt repot pasai “Robohnye kota warisan ddz” itew~
      ingtkan ade gambo2 yg tidak disiarkan di telebesen ^_^
      masih berpenghuni ke? kios kecik dkat blok C ade lg?
      dulu ade awek cun jaga kat situ taw~ kawaiii…
      (jimih tau detailnye keh3)
      out.

    • jimy 10:50 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      ::tintin:: alamak sori tintin,i juz highlighted a piece of en3 that was written by this blog owner :p

      ::greensnow:: hehe,bukan ko ke yg salu wat2 baca paper kt kiosk tu~ siap membahasakan pggl ‘abg’ lg kt brader jaga kiosk tu πŸ˜€

    • toya 10:54 am on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      haha korang..korang….

    • psykudou 5:15 pm on 20 October, 2008 Permalink | Reply

      ape yg paling menarik ialah..
      aku berjaya meninggalkan muka2 sengal pada setiap koleksi
      tangkapan gamba dlm kamera korg hari tu..
      ahahaha…hampeh toi..

      tp aku suke komen part2 gadis2 perasan cun tu..ahaha,mmg betui pun kan?

    • toya 12:32 pm on 22 October, 2008 Permalink | Reply

      ye…taula kamu nak cakap pasal awek kamu tu

    • greensnow 4:54 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      ahahaa…agak pedas ulasan incek mashimashi kali ini~

      ::jimy:: wat2 bace paper tu benar…dah yg dia ske tgk2 pastu men2 renung tu hapsal…tercabar ketuanan melayu hamba hukhuk.
      maka terpaksa la aku membeli paper itew~

    • toya 4:56 pm on 24 October, 2008 Permalink | Reply

      ngahahahhaaa…..
      skang budak tu dak kawen gaknye~~

  • toya 2:02 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply  

    24 Sept, 24 tahun, NCD2693, Syawal1429 ~ who cares? 

    Lama sy tak update blog ni. Dibiarkan sepi tanpa sebarang new entry. Bukan sebab raya atau sebab xde internet tapi lebih kepada ketidakpastian. Sy tak pasti, apa yg sy nak tulis? Pasal diri sendiri? Macam2 dah jadi tapi siapa yg peduli sebenarnya? Kata org kalo tulis blog tu biarlah yg menarik utk org baca kalau tak baik tak payah tulis. Yup, byk dah jadi. Tapi kalau sy tulis panjang2 pon tak ada siapa yg peduli tentang Mas Elyna. Jadi sy letakkan gambar saja pon cukuplah kat sini… untuk sesiapa yang peduli.

    23 Sept – Amik keta baru kat Senawang. Who cares?

    hadiah shidah
    24 Sept -Birthday ke-24. Shidah sorang je bagi hadiah (best wooo).


    kek

    26 Sept – Lepas 2 hari baru dapat kek.

    inai
    1 Okt – Raya. Ni bukan gambar yang sesuai untuk raya kan? Siapa peduli?

     
    • anis 4:02 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      uish syidah mana yg bg adiah tu?alang ker?saper kata org tak pedulik chik..aku boleh dikatakan hari2 bk blog kamu ni.heheh aku ni pembaca setia

    • toya 4:03 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      bukanla..ni shidah upm. hehe… ye mak time kasih atas sokonganmu

    • jimy 4:14 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      cam nak kawen je yg ari raya tu πŸ˜€

    • toya 4:15 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      xde modal lagi nak kawin daa…

    • jimy 4:26 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      hai..xkan syidah je bagi..cik abg x bg ke prezen besday :p

    • Dr Hilmi 5:04 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      aku pon pedulik jgk la, bukan si anis aje tau…aku menunggu sambungan kisah buhungmu acik…tgh tunggu musim 2 ke apa skrg..

    • jimy 5:07 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      err..dn saye juge :”>

    • cloud 7:07 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      wah lawonye kotak n tattoo tuh…hehehe

    • toya 9:30 am on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      jimy : jpa xmasuk lagi
      lemi : akan datang…(mlm td nak tulis tapi ngantuk)
      shah : dlm kotak n tangan tu lagi best

    • yanie 11:37 am on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      btul..btul.. sy pun tiapΒ² hari dk lalu kat blog ni.

    • toya 11:38 am on 8 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe.. tq tq πŸ˜€

  • toya 1:48 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply  

    Buletin Toya : 18 September 2008 

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Sari berita penting:

    • Saga BLM naik lori hari ini
    • Forum DDZ dilancarkan oleh Mantero
    • Alang bercadang untuk tukar kerja
    • Nono bercadang untuk tukar kerja juga

    ——-Berikutan keputusan Toya untuk membeli kereta baru iaitu Saga BLM, pihak kami telah mendapatkan maklumat terkini berkenaan proses pembelian kereta tersebut.
    ——- “Kereta tu tengah on the way sekarang, insyaallah esok akan naik lori la dari kilang proton kat Shah Alam. So, labi, mehla book kereta kat Senawang…hehhee…” – Mas Elyna Mohd Azol.
    ——-Semalam, Toya telah menerima panggilan telefon dari wakil Proton Edar yang menguruskan pembelian kereta barunya. Beliau telah bergegas ke Pusat Proton Senawang sebaik sahaja menerima panggilan tersebut untuk menjelaskan baki wang pendahuluan keretanya. Kereta tersebut dijangka dapat dibawa pulang pada minggu hadapan.

    ——-Setelah genap tiga hari Achik mengumpul alamat DDZ melalui Yahoo Groups, akhirnya Muslim yang lebih dikenali sebagai Mu-Slim telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan forum DDZ Familia. Forum tersebut boleh diakses melalui http://www.ddzfamilia.com. Menurut Muslim, bayaran hosting yang jumlahnya dirahsiakan adalah ditaja sepenuhnya oleh beliau. Pada saat ini, forum tersebut telah berjaya menarik seramai kira-kira 10 orang ahli dan mempunyai 13 thread. Achik telah dilantik sebagai admin forum tersebut walaupun dia tidak mempunyai sebarang pengalaman berkaitan pengurusan forum sebelum ini.

    ——-Alang yang baru sahaja berjaya dihubungi oleh Achik melalu YM hari ini telah mengumumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan. Keputusan itu adalah agak mengejutkan kerana telah diketahui umum sebelum ini bahawa gaji beliau adalah agak lumayan. Kami masih lagi menanti sebarang pengumuman baru dari beliau.

    ——-Pada hari ini juga Nur Liyana Jufika Ahmad atau Nono turut mengumumkan tindakan yang bakal dilakukan oleh beliau iaitu berkhidmat di stesen cari gali Petronas.
    ——-“Hari Selasa ni ada interview kat Petronas, third stage. Kalau lepas ni boleh kerja kat offshore arrr…hehhee…” – Nur Liyana Jufika Ahmad
    ——-Keputusannya itu juga agak mengejutkan memandangkan usia beliau yang sudah mencapai akil baligh dan telah cukup syarat untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya hasrat beliau itu diteruskan, beliau berhadapan dengan risiko lambat kahwin yang seboleh-bolehnya cuba dielakkan oleh kebanyakan gadis yang sudah mempunyai teman lelaki.

    Sekian berita, selamat menunaikan ibadah puasa.
    Assalamualaikum.

     
    • Nono 2:03 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe..wah masuk berita nie..satu dunia leh tahu…hehehehe…panas panas

    • toya 2:04 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      ngahahhaaa….baca dgn tone buletin utama tau

    • Nono 2:18 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      tp kalu ade sari berta utama 2..slalu cam rtm ar..hehehe..baca bahasa baku lg..xsia2 taw amek bm…

    • toya 2:20 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      haha blasah je. ni cam buletin utama versi berita radio la :p

    • Nono 2:30 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      okai okai saya ikut kate pemberita..bulitin utama…tp ade sedikit kesalahan lah…bukan selasa ini..selasa lepas ar…hehehe..las tuesday..skrg tgh tggu results..after raye

    • toya 2:32 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      ooo yeke
      malas nak betulkan..haha

    • Nono 2:43 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      xpe..xyah betulkan..biase ar error2 nie…berita kan bukan betul sgt..kalu x tak lepas masuk tibi..hahahahahah

    • toya 2:49 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      haha btol2…yg anti kerajaan sume xmasuknye

    • tintin 1:49 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      ni kat mane? cantek je…

    • toya 1:50 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      eh? salah tempat komen ke? heheheh…

    • tintin 2:06 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      a’ah…slh.ceit =p

    • jimy 7:35 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      sape nurliyana tersebot?~

    • toya 12:20 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      dia ialah nono di alam ini…

  • toya 11:23 pm on 11 September, 2008 Permalink | Reply  

    Konvo! Yippie! 

    Hari ini sy meluangkan masa pejabat yg berharga untuk mengecheck maklumat konvokesyen UPM bulan 10 ni. Alangkah gumbiranya hati ini bila dah kompem dapat grad walaupun xpernah hantar hard cover tesis… So maklumat konvo adalah seperti berikut:

    Tarikh: 21 Oktober 2008 (Selasa)
    Sesi : Petang

    Sayang skali konvo diadakan mengikut major masing2 jadi tak dapatlah merasa konvo dgn Ej, Hafiz & Farhan. Takpela… yang penting korang ada! Datang tau bawak bunga! hehehhe…

    konvo shidah

    My turn is soon to come…

     
    • ijal 12:30 am on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      looking forward to be there too ^_^

    • toya 12:36 am on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      yeyeyy…kna pakai smart2 tau! org bukan ada kwn pon nak amik gambar kat sana. ada family n future family je :wave:

    • angah_Darling 1:36 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      congrates in advance achik πŸ™‚
      nanti edit gambar konvo lawa2 ye..

    • toya 1:40 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe dtg jgn xdtg ngah! dekat je ngan umah kan…lepas opis hour dtg yek πŸ˜›

    • tintin 3:06 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      ala~ camne nk dtg.mst xsmpat =( kol bape?

    • toya 5:05 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      masuk dewan kol2.30. bajet arr abih kol bape. korang kan ada pengalaman πŸ˜›

    • wan 12:26 am on 13 September, 2008 Permalink | Reply

      satu je nak komen….
      akak ni pandai la…
      leh la aja sy nnt…
      zedgeboy(hohoho1989)

    • miss _u_mas 9:26 pm on 13 September, 2008 Permalink | Reply

      moshimoshi πŸ™‚
      insyallah, wajib p konvo mas..
      sesi pg@ ptg?
      ooo..diam2 ade bakat besaq noo..bleh jd penulis nie…chaiyok3x

    • toya 10:18 pm on 13 September, 2008 Permalink | Reply

      sesi petang la…cam shidah aritu. datang tau! huhu…miz u bebeh

    • uder's 9:45 am on 14 September, 2008 Permalink | Reply

      momo.. aku pon konvo tak hatau thesis.. ni dah grad setahun lebih.. dok niat nak hatau tapi tak buat2 jugak.. tak pe.. its the toughts dat matters kan? hehehe ^_^

    • toya 9:56 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe rasa bersalah gak kat supervisor yg baik gile tu…thesis senior yg org pinjam kat dia pon xpulangkan lagi 😦

  • toya 10:04 pm on 9 September, 2008 Permalink | Reply
    Tags: saga blm   

    My Car Loan Approved!!! 

    Hoyea!!! Tadi akak proton edar tu dah kol cakap loan kete dah lulus!!! Korang tau sy amik kete pe? alaa…kete murah je..Saga BLM. Pegi booking ari Sabtu lepas kat Proton Edar Senawang. Akak tu cakap dia try bagi dapat sebelum raya. Harap2 bukan klentong la kan. Hehehhe…

    New Saga Begins

    Akan datang…jangjejeng….

     
    • chesu 12:17 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      wah chik, bergaya dgn kete baru la nnt?
      leh ronda2 1 kl..

    • toya 12:18 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      boley2…mari2 naik keretaku..hehe

    • ijal 12:27 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      yeye.. congratz syg! dapat merasa keta saga baru, hehe

    • toya 1:05 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe xsbr nak merasa gak!

    • adik 1:51 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      nape ijal cm hepi tlbey…XD

    • toya 1:52 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      haha lom tgk lagi ayah punya epi :p

    • mr.eims 2:11 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      hohoh..bagus2..

      btw..salesman tu ko kene tolak-tolak sket. (push2) kalu tak dia wat rkeks je. standad la tu.
      lg 1 pesanan ringkas, cek dulu keta tu sebelum amek..pastikan sume functional ok n takde 1 scratch pong.kalu tak, lepas ape2 lepas ko amek keta tu nanti dia dah taknak b’tanggungjawab. cakap ko sendiri yg scratchkan,masa cek haritu ko tak komplen pong..tau?

      orait.. =) dah dapat keta nanti leh la racing.. hohoh..lari..lari…

    • toya 2:29 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      orait…thanx for da tips bebeh πŸ˜‰ nak racing? heheh lari..lari…

    • ijal 8:03 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      jom.. waa pun nak racing! huhuh lari..lari.. kudaku lari gagah berani..lalalal~

    • jimy 12:14 pm on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      wahhh..saga baru..akhirnya..sian myvi kene reject :p

    • toya 9:31 pm on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      myvi mahal maa…lari bajet…

    • Nono 10:46 pm on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe..congrat..akhirnye pade umur 24 tahun..kita berjaya membeli sebuah benda yg dipanggil keta..okes…leh la race nie…huhuuhu.
      hidup saga..lalalala

    • toya 10:48 pm on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      tq..tq…akhirnya…race? myvi vs saga…lari!!!

    • labi 4:01 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      hoho.. aku booking saga gak dulu.. dh dekat 4 bulan tak dapat.. trus cancel.. sabar menunggu nanti ya cik kak..

    • toya 5:03 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      hang booking kat mana labi…kalo kl/penang mmg standard 3bulan. ni kami booking kat senawang, ceruk dunia ketiga nun dia kata standard sebulan. xtau lah…

    • Ipink 12:26 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      bestnye mas πŸ˜€ org ni xmampu lg nak beli keta sendiri man… πŸ˜₯ sobz sobz…

    • toya 12:47 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe…ur time will come fenin…soon…

  • toya 11:02 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply
    Tags: buka puasa, , food court, gathering, graduation song, jejak kasih, klcc, , reunion, utm, utmkl, vitamin c   

    Jejak Kasih DDZ versi Ramadhan 

    Kuala Lumpur, 8 September – Setelah 6 tahun terpisah akhirnya sekumpulan kecil manusia yang pernah menghuni kursus Diploma Sains Komputer (Multimedia) atau lebih dikenali sebagai DDZ telah dipertemukan semula malam tadi, betempat di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menurut pengarah program, Siti Suriani Misri atau lebih dikenali sebagai Chesu, perjumpaan kali ini diadakan secara tergempar iaitu dirancang kurang daripada 4jam. Ini kerana beliau tidak akan dapat hadir pada hari berikutnya kerana mempunyai agenda lain yang lebih penting dalam hidupnya. Dalam kejadian jejak kasih malam tadi, KLCC telah menjadi saksi pertemuan 14 mata, melibatkan individu-individu berikut: Chesu, Fazrul, Jimmy, Achik, Hafiz, Tina dan Hamim. Busana yang ditampilkan pada majlis tersebut adalah pakaian formal akibat kedatangan terus dari pejabat melainkan Jimmy yang sempat pulang ke rumah untuk menukar busana beliau kepada t-shirt putih suci murni yang diambil terus dari beg pakaiannya akibat tidak memiliki almari di rumah. Di bawah adalah laporan aturcara majlis tersebut…

    5.30-6.00 ptg:
    Chesu telah sampai di KLCC kerana tempat kerjanya yang paling dekat. Didorong oleh perasaan bosan, beliau telah mengambil keputusan untuk melepak di Kinokuniya tanpa sebarang niat untuk membeli buku. Tina yang bersama Hamim yang merupakat rakat sepejabat, datang terus dari tempat kerja mereka dah menghubingi Chesu setelah tiba di tempat kejadian. Jimmy dan Fazrul telah tiba sejurus kemudian. Majlis menyaksikan acara peluk cium dan ratapan hiba daripada individu-individu terbabit akibat didorong rasa rindu yang teramat sangat. Mereka seterusnya telah menghubungi Achik dan Hafiz untuk memaklumkan lokasi mereka pada ketika itu…

    makan timechesu promote unit trust

    6.00-6.30 ptg:
    Achik yang telah keluar dari pejabatnya di Cyberjaya dengan pakaian selekehnya telah menghubungi Hafiz yang berada di UPM iaitu tempat kerja beliau. Perjalanan Achik ke tempat Hafiz telah diganggu oleh masalah visual yang menyebabkan Achik tersesat seketika di Putrajaya. Akhirnya beliau telah berjaya menjejaki Hafiz di UPM pada kira-kira pukul 6.05 petang. Mereka meneruskan perjalan ke KLCC menerusi jalan biasa kerana terlepas terowong Smart akibat terleka bersembang. Mereka menerima SMS dari Fazrul yang memaklumkan lokasi pertemuan mereka iaitu di Food Court KLCC…

    pasta tina tawarunit trust lagi

    6.30-8.00 malam:
    Setelah menempuh segala halangan akhirnya pertemuan Jejak Kasih DDZ telah berlaku. Majlis diteruskan dengan acara sembang-menyembang, bertanya khabar dan menyakat Hafiz beramai-ramai sedangkan Hafiz hanya berjaya menyakat Tina. Acara juga turut diselang-selikan dengan pengarah program iaitu Chesu mempromosikan Program Unit Trust kepada Hafiz yang sedang berusaha mengumpul dana bagi majlis perkahwinannya. Bersempena Ramadhan yang mulia, para hadiri tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab untuk berbuka puasa atau lebih tepat, melantak. Menu pada hari tersebut ialah “Pasta Bernama Pelik” bagi Hamim, Achik, Chesu dan Tina, “Kebab Mewah” bagi Fazrul serta “Nasik Mamak” bagi Jimmy dan Hafiz yang lebih selesa menggunakan tangan tanpa membasuh terlebih dahulu. Majlis diteruskan dengan makan bersungguh-sungguh dan bersembang sambil gelak.

    8.00-8.20 malam:
    Menyedari malam telah menjelma dan mereka masih belum solat maka para jemputan telah mengambil keputusan untuk menunaikan solat Maghrib di surau KLCC. Mereka menunaikan kewajipan di surau mengikut jantina masing-masing kerana tidak mahu dipandang aneh oleh masyarakat sekeliling.

    nak gi aquaria kononnye (minah nak blakang tu sempat wat freeshow)

    8.20-9.30 malam:
    Setelah solat, masing-masing mula merasa tidak keruan kerana tidak mempunyai tentatif yang jelas pada acara tersebut. Ada antara hadirin yang mencadangkan lawatan ke Aquaria yang dianggap mustahil pada ketika itu. Maka sebagai seorang yang berwibawa, Fazrul telah mengetuai rombongan Jejak Kasih tersebut melalui parking lot menuju ke Aquaria. Pasrah dengan nasib masing-masing terutama Hafiz, rombongan telah mengikut Fazrul tanpa banyak soal. Rombongan tersebut telah melalui pintu masuk Aquaria dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Taman KLCC. Mereka telah berehat sebentar di taman tersebut untuk menyaksikan keindahan pancutan air di kolam KLCC.

    para lelakilelaki lagipompuan lakalumni DDZ/38

    9.30-10.00 malam:
    Tina yang kempunan aiskrim pada ketika itu telah mencadangkan para jemaah beramai-ramai makan aiskrim di MCD. Oleh kerana aiskrim ditaja oleh Tina maka persetujuan telah dicapai sebulat suara. Acara makan aiskrim tersebut telah diserikan lagi dengan tangisan Hafiz yang meminta Achik membawanya pulang secepat mungkin.

    perasan tak aiskrim hafiz nak nak habis? nak balik awal la tu

    10.10 malam:
    Menyedari malam telah semakin larut dan tangisan Hafiz semakin tidak dapat dikawal, akhirnya para sahabat telah memutuskan bahawa perpisahan harus dilakukan jua walaupun perit. Sebelum berpisah, mereka berikrar bahawa mereka akan berjumpa lagi di masa yang akan datang. Seterusnya mereka telah pulang dengan membawa haluan masing-masing untuk meneruskan kehidupan. Achik telah meninggalkan Hafiz di Stesen Komuter Labu untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang tidak pasti…

    Untuk lebih gambar, klik di sini

     
    • chesu 11:39 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply

      Haha..jd org first komen…best2 chik..
      thanks atas komentar yg begitu bernas skali…^^

    • toya 11:40 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe…wat report tu…kalo dulu en.rashid ke sape ke soh wat report jgn harap beb!

    • angah_Darling 11:41 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply

      wah..menariknya entry kali ni. Sungguh jeles..

    • toya 11:41 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe sabo ngah..nanti kita wat jejak kasih versi f-family lak ek

    • yanie 11:48 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply

      agak rs mcm jeles gak ar… dh blh2 je buat reunion 7 org jer.. hmmm…..

    • toya 11:51 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply

      alaa 7org tu pon kan main susah lagi nak cukupkan sume. ni baru testing..hehe nanti nak plan yg lagi grand arr…siap tido2 n BBQ lagi. bile la gaknye

    • chesu 11:52 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply

      Haha..sian apis…gambo first xmuat muke dia…

    • toya 11:55 pm on 8 September, 2008 Permalink | Reply

      dah edit dah..tapi cam jagged la pulak alignment lari. adehhh nak tgk cun bukak friendster arr..huhu

    • cloud 12:38 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      korg kejammmm…xajak aku

    • toya 12:40 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      kamu duduk kat kutub selatan maa…camne nak ajak

    • anis 12:45 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      argh……….jelesnyer aku.saper bdk2 ddz duduk perak?jom reunion gaks

    • toya 12:50 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      sape yg dok perak ye??? xtau…hehe… tula mak org soh organize yg grand2 xnak

    • chesu 2:58 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      xpe mak…next time kite wat yg grand plak ye..hehehe

      achik, siapakah gerangan yg berbaju t-shirt
      pink itu? hehehehe….

    • toya 2:58 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      haha..yg tu mak transform :p

    • jimy 8:23 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      achik ni dtg opis dok blogging je ke :p
      cepat tol update kt fs lg..haha

    • toya 8:38 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      heheh azam baru ni nak jaga blog btol2 :p so korang masukla slalu ye..naru best nak update kerap2

    • remi 11:36 am on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      eh jimmy pun ada..control macho nampak..hehe

    • Nyah Rempit 12:04 pm on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      DDZ ngan DDC adalah rivals mase zaman meq blaja kat UTM semarak dulu…
      tp batch meq ajooo…
      lepas tu derang dah baek2… mungkin sbb nak tiru esemen memasing kot..
      kenangan lama beginnieww mengusik jiwa meq.. auuwww

    • toya 12:12 pm on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      aww…ddz n ddc mmg rivals tapi best friend dlm masa yg sama..hehe

    • jimy 9:04 pm on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      ehh..remy pon ado jugok..huahuahua

    • cloud 10:43 pm on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      jom orang2 yg ade kat johor kite wat reunion…akakaka

    • toya 10:45 pm on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      ye..bukan korang dah selalu sgt jumpe ke..haha

    • anis 11:09 pm on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      ceh selamba samakan aku ngan bdk baju pink tu yer.nak kena ni.huhuhu.mana tak rival..lecturer n management asik lebihkan ddc jer.ddz ni cm anak tiri jer

    • toya 11:13 pm on 9 September, 2008 Permalink | Reply

      btol2…tapi masa kat upm sy merasa lak mcm ddc sebab s/w engineering anak emas fakulti :p
      alaa mak dulu masa tangkap gambar yg mak pakai tongkat tu kat ada mamat kat blakang tu korang panggil ‘achik transform’..skang turn mak lak! muahahahha….

    • Mantero 12:04 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      shah.. esok jom kite reunion..~~

    • toya 12:20 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      haha watla. nanti upload gambar ye…sure satu reunion yg amat mengharukan…ohh…

    • yanie 1:56 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      adehh… xleh terima ar sape yg kat johor tu nk buat reunion. heheh….

    • toya 1:56 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      tau xpe…

    • Mantero 2:10 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      tolong la jgn jeles… kitorg dh lame x jumpa nih.. rindu kt shah~~

    • toya 2:11 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      ewww…kegeliannye~~

    • fazrul 2:25 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      hahaha, saper yg geli tu…?

    • toya 2:28 am on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      tak tau la nyah…

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel