Updates from August, 2009 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 4:53 pm on 12 August, 2009 Permalink | Reply  

    Undecided Story – Episod#3 

    _____ “Ini semua salah awak!” bentak Syuda. Nafasnya masih lagi turun naik dek kerana semput mengejar komuter. Nasib baik sempat, itupun setelah Ilham menekat punat hijau di tepi pintu komuter agar pintu automatik yang sudah tertutup itu dibuka semula.

    _____ “Betullah tu,” ucap Ilham selamba. Perlahan-lahan tubuhnya disandarkan pada tempat duduk komuter yang sudah tentunya dipenuhi kuman dan peluh manusia. Huh, persetankan.

    _____ Syuda menghela nafasnya. Ah… bagaimana dia boleh membuat keputusan sebodoh itu? Tanpa berfikir panjang terus sahaja dia mengunci laci meja yang dipenuhi wang bayaran masuk tandas itu, mencampakkan kunci ke dalam pasu bunga, dan berlari mengikut Ilham mengejar komuter di seberang. Bodoh, bodoh, bodoh! Syuda menyumpah-nyumpah dirinya sendiri.

    _____ “Relakslah kawan… seronok kan jadi orang muda? Hahaha…” kata-kata Ilham itu menambahkan lagi amarah dalam hati Syuda. Kalau diikut kata hatinya, mahu saja dilempangnya perempuan itu.

    _____ “Nasib baik saya pakai Touch `n Go, kalau tak entah macam mana saya nak cari tiket,” dilayur-layurkan kad berwarna biru itu di hadapan muka Ilham seolah-olah Syuda mahu menjampi wajahnya. Ilham hanya diam, memerhatikan indahnya alam yang berlalu laju di luar tingkap.

    _____ “Ilham, boleh saya tanya sesuatu?” ujar  Syuda kepada gadis yang sedang melayan perasaan di hadapannya.

    _____ “Lima puluh sen,” jawab Ilham yang masih memusatkan pandangannya ke luar tingkap.

    _____ “Lima puluh sen?” Syuda pula tercengang-cengang mendengar jawapan itu. “Lima puluh sen apa?” sambungnya lagi.

    _____ “Satu soalan lima puluh sen, lima puluh sen…” Ilham menyanyikan lagu lima puluh sen pula dengan jawapannya itu. Entahkan untuk bergurau atau apa, tetapi riak mukanya serius sahaja.

    _____Syuda mengetap bibir. Satu soalan lima puluh sen? Itu sudah dikira mahal. Bayaran masuk ke tandas jagaannya pun baru dua puluh sen sahaja. Ah, tak jadilah nak tanya soalan. Lebih baik wang itu digunakan untuk membeli buah jambu potong di luar sana nanti. Emm buah jambu potong dengan kuah rojak Mak Bee… Syuda terliur sendiri melayan imaginasinya.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    _____Stesen Kuala Lumpur. Ilham berjalan laju menuju ke arah pintu keluar stesen komuter setelah melekapkan kad Touch n Go miliknya, manakala Syuda berlari-lari anak mengejar sahabatnya itu.

    _____ “Ilham! Tunggu!!!” pekik Syuda sambil tercungap-cungap menahan semput.

    _____ “Umur baru suku abad dah semput-semput mak cik?” usikan Ilham itu dibalas dengan cebikan oleh Syuda.

    _____ “Awak jalan laju sangat! Nak ke mana sebenarnya?”

    _____ “Aku nak jumpa harimau…” jawab Ilham selamba. Harimau? Syuda tercengang lagi.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    _____‘Tit! Tit! Tit!’ bunyi Ilham menekan punat-punat di mesin murah hati itu. Ceh, bank harimau rupanya. Syuda mencebik lagi. Sambil menunggu Ilham, dia membelek-belek majalah hiburan yang dipamerkan di kedai buku bersebelahan bank itu. Terpampang di muka hadapan majalah itu wajah ayu Anis Suria, artis wanita paling popular tahun ini. Manakan tidak, dialah artis pertama yang berjaya merampas takhta Siti Nurhaliza Taruddin sebagai artis wanita paling popular pada anugerah ABPBH dua minggu lepas. ‘Anis Suria sudah bersedia’, demikian tajuk di muka hadapan itu.

    _____ “Jom!” ajakan Ilham itu telah membantutkan niat Syuda untuk membaca artikel berkaitan Anis Suria tadi. Lalu majalah yang hampir lunyai itu diletakkannya kembali, diikuti sorotan mata tuan empunya kedai yang memerhatikan perlakuan Syuda sejak tadi.

    _____Syuda hanya mampu mengikut ke mana sahaja Ilham pergi, dari celah-celah bangunan Dayabumi hinggalah ke kawasan sesak Pasar Seni. Ikut sahaja, jangan banyak tanya. Satu soalan lima puluh sen.

    _____Sedang asyik mereka memerhatikan pelukis-pelukis jalanan di Pasar Seni sedang mempamerkan bakat masing-masing, tiba-tiba Ilham terkaku sebentar, menumpukan pendengarannya ke suatu arah di belakang kedai.

    _____ “Syuda, kau dengar tak apa yang aku dengar?” katanya sambil berjalan menuju ke arah longgokan sampah di belakang deretan kedai lukisan tersebut.

    _____ “Dengar apa?” tanya Syuda yang hanya memerhatikan Ilham mencari-cari sesuatu di situ. Sayup-sayup, Syuda terdengar bunyi yang diperkatakan Ilham itu. Bayi menangis!

    _____ “Hei kau buat apa tu!!!” bentak Ilham tiba-tiba ke arah tong sampah besar di hadapan mereka.

    Bersambung…

    Soalan :
    Apakah yang akan dilakukan oleh Ilham dan Syuda seterusnya? (Soalan subjektif)

    Advertisements
     
    • art 9:31 am on 13 August, 2009 Permalink | Reply

      alamak.. pehal citer tgh best tiba2 je bersambung nih, da la soalan subjektif.. apa yg diorg jumpe nih, aku tak reti la nk bgtau apa yg terjadik.. myb kalu jumpe bayi, diorg wat report polis je kot

    • adik 11:27 am on 13 August, 2009 Permalink | Reply

      diorg jumpa seorang pelukis yg ngah lukis potret baby kat tong sampah..mmg tu pun motif plukis tu..sian baby tu..hahaha

    • cloud 3:28 pm on 20 August, 2009 Permalink | Reply

      erm nice story, utk smbung mebi sumting yg interesting ialah dorg tjmpe pompuan pegang anak dlm keadaan kusut, ketakutan n cemas~ mebi psl larikan diri drp org ke, bawak lari baby org ke, or ade motif tersembunyi lain ke…huhuks..yg ni lg best kalo pengarang je tau ape motifnye..n adekah si Syuda & Ilham akan percaya pada kata2 pompuan tu n membantunya. or atau diorg amik keputusan nk report polis tapi ade 1 masalah besar yg timbul 😛 mebi kene frame ke ape ke…hihi

    • adeq_jue 5:43 pm on 2 September, 2009 Permalink | Reply

      huhu xtahan ada nama anis suria, perampas takhta siti nurhaliza gitu. ^^’

      sebagai tekaan jawapan: diorg br dengar bayi nangis jer kan? belum apa2 pun lg. yg dia tya org tu tgh watpe, myb org lain kot tgh buang barang yg bole dikitar semula. he he he. xpun susah2 sgt, kite nntkan jer sambungannya. sekian..

  • toya 12:37 am on 24 March, 2009 Permalink | Reply  

    Undecided Story – Episod#2 

    _____“Nanti! Itu tandas perempuan!!!” pekik gadis itu lagi. Ilham berhenti sejenak, mengalih pandangannya ke arah gadis itu.

    _____“Eh, Ilham?” ucap gadis itu tatkala pandangan mereka bertembung.

    _____ Ya, gadis itu memang dikenalinya. Tetapi dalam keadaan begitu dia tidak mampu berkata panjang, lantas dia hanya tersengih ibarat emoticon Yahoo Messenger sambil mengangkat tangan isyarat kenal, dan terus menerjah tandas yang bertulis “PEREMPUAN” di atas pintu masuknya.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    _____ Selesai hajat. Lega rasanya. Gadis penjaga tandas bertudung biru itu dilihatnya sedang tersenyum tatkala dia melangkah keluar dari pusat pelaburan itu.

    _____“Maaflah, saya tak perasan awak tadi,” ucap gadis itu sebaik Ilham mengambil duduk di sebelahnya. Ilham tersengih lagi. Dia tidak hairan kenapa gadis itu menegurnya begitu.

    _____“Tak apa, aku dah biasa. Wah, dah lama kita tak jumpa kan, Syuda? Kau bagaimana sekarang?” tanya Ilham kepada gadis yang dipanggilnya Syuda itu. Sudah lama betul mereka tidak berjumpa, rasanya kali terakhir ialah ketika mereka mengambil keputusan SPM dahulu… Oh tidak, kali terakhir ialah ketika mereka sama-sama diraikan sebagai pelajar cemerlang SMKTB dahulu… Agaknyalah. Ilham menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

    _____“Bagaimana apa?” tanya Syuda pula. Ilham mengerutkan dahinya.

    _____“Syuda… Syuda… masih belum berubah kau ya?” kata-katanya berbalas cebikan oleh rakannya itu.

    _____Syuda memandang Ilham atas bawah. Uh, Ilham juga masih belum berubah baginya. Masih lagi dengan jeans lusuh, baju kemeja kotak-kotak beralaskan t-shirt kosong, sepasang kasut sukan, dan beg galas yang dipenuhi keychain bergantungan. Entah dari mana dan sejak bila dikutipnya. Lihat pula potongan rambutnya, masih pendek juga seperti dulu.

    _____ Syuda menepuk-nepuk bahu rakannya itu lalu berkata, “Awak pun tidak berubah apa-apa, Nurul Ilham Binti Hashimi…”

    _____“Amboi, nama ayah aku pun kau masih ingat ya Syaheera Syuhada Binti Shah Erhan?”

    _____ Mereka sama-sama ketawa. Ya, Ilham memang seorang perempuan yang suka berpakaian seperti lelaki. Tetapi dia tidak pula bermaksud untuk meniru gaya lelaki, atau menjadi tomboy, apatah lagi pengkid. Dia pakai apa yang dirasakannya selesa. Dia berambut pendek kerana rimas berambut panjang. Cuma entah mengapa suaranya kasar sedikit, dan cara jalannya juga mirip seorang lelaki. Mungkin sudah kurniaan Tuhan… Maka tidak hairanlah di sekolah dahulu dia sering mendapat peminat misteri dari kalangan perempuan dek kerana wajahnya itu yang kelihatan seolah-olah pelakon lelaki Korea yang comel. Comel? Hish…

    _____“Syuda, kenapa kau kerja kat sini? Kan kau pelajar cemerlang dulu?” soalan Ilham itu lambat-lambat dijawabnya. Bukan kerana apa, dia sebenarnya sudah bosan ditanya soalan yang sama berulang-ulang kali.

    _____“Saya baru berhenti kerja sebagai eksekutif,” jawab Syuda separuh mahu.

    _____“Kenapa?”

    _____“Bosan”

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    _____ ‘Perhatian para penumpang. Tren ke Rawang akan tiba dalam masa lima minit lagi. Terima kasih.’ Suara itu berkumandang lagi. Sedap betul rasanya berborak dengan rakan lama hinggakan tidak sedar waktu yang pantas berlalu.

    _____Ilham memegang erat tali beg galasnya lalu berdiri, bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada gadis bertudung biru di hadapannya.

    _____“Syuda, aku pergi dulu”

    _____“Awak nak pergi KL buat apa?”

    _____“Jalan-jalan”

    _____“Jalan-jalan?”

    _____Ya, Ilham hanya mahu jalan-jalan. Dia mahu menikmati zaman mudanya dengan berjalan-jalan melihat indahnya alam. Mungkin tidak semua bahagian alam itu cantik, tetapi pasti ada indahnya. Tidak perlu sebarang kamera untuk merakam keindahan alam yang dilihat, kerana baginya tidak ada lensa yang lebih baik daripada lensa di dalam matanya.

    _____“Aku pergi dulu, Syuda… Jumpa lagi,” ucap Ilham sebelum melangkah, tetapi langkahnya terhenti seketika, lalu dia berpaling ke arah gadis penjaga tandas itu.

    _____“Mahu kau ikut aku?” Syuda tercengang mendengar ajakan Ilham itu. Mana mungkin…

    _____“Tapi… Saya sedang bekerja!” tegasnya sambil menyambut wang 20 sen yang diberikan seorang pengunjung tandas tersebut.

    _____Kepala komuter mula kelihatan lagi di hujung sana. Ilham maju setapak dua, merapati Syuda lantas ditariknya tangan rakan itu hingga terbangun dia.

    _____“Syuda, hanya orang muda boleh buat perkara yang tidak masuk akal. Kau masih muda bukan?”

    Bersambung…

    Soalan:

    1. Adakah Syuda akan mengikut Ilham berjalan-jalan?
    a) Ya
    b) Tidak
    c) ____________________ (Subjektif)

    2. Berapakah umur Ilham dan Syuda?
    a) 20-23 tahun
    b) 23-25 tahun
    c) 25-28 tahun
    d) ____________________ (Subjektif)

    3. Apakah yang akan Ilham/mereka temui ketika jalan-jalan nanti?
    a) Lelaki yang membuang bayi ke dalam tong sampah.
    b) Datuk yang baru pulang dari disko dangdut.
    c) Harimau.
    d) Makcik buta bertudung putih.
    e) Ayah Ilham.
    f) Siti Nurhaliza Binti Tarudin.
    g) ____________________ (Subjektif)

     
    • Nyah Rempit 12:56 am on 24 March, 2009 Permalink | Reply

      halloo u ols.. mek tgh belek blok kak leez.. teringat lak nak belek blog mas nieh…
      dah ada sambungan ghupa eh..

      memandangkan mek pengomen pertama.. jadi biarlah mek menjawab soalan2 itteww..~

      1) tidak.. sape nak jaga jamban ittew?
      2) umo linkungan 23-25.. mek pilih yg nie sbb umo penulis skrg blom lebih dari ittew… opsss~
      3) soklan nie skadar penyambung cerita sajork..secara logikal nyer mek pilih dia jumpe ngan makcik tua lah..

      p/s: Ilham xnak join group mek kahhhh… ada vacancy~

    • Angah_Darling 1:57 pm on 24 March, 2009 Permalink | Reply

      1. Adakah Syuda akan mengikut Ilham berjalan-jalan?
      b) Tidak

      2. Berapakah umur Ilham dan Syuda?
      b) 23-25 tahun

      3. Apakah yang akan Ilham/mereka temui ketika jalan-jalan nanti?
      e) Ayah Ilham.

    • psykudou 3:11 pm on 25 March, 2009 Permalink | Reply

      1. Adakah Syuda akan mengikut Ilham berjalan-jalan?
      b) Tidak

      alasan :
      Pada aku, Ilham ngan Syuda ni dua watak yang kontra antara satu sama lain. Ilham ni jenis xde pendirian, die wat pape pun instict die je. Syuda ni plak kelihatan tegas, itu yg aku prasan la..tp xtau la cane..maybe jenih yg leh di’manupulate’kan jugak kot..ahahaha

      2. Berapakah umur Ilham dan Syuda?
      c) 25-28 tahun

      which is pada aku kira terlalu awal gak tu nak jadik executive..tp sbb kire muda nye pasai..itu jelah yg aku leh pikirkan

      3. Apakah yang akan Ilham/mereka temui ketika jalan-jalan nanti?
      f) Ayah Syuda.

      Agak2 ape ayah syuda cakap?kena marah x?maklumla, kan ke syuda baru je lepas sesuke je benti keje..

    • toya 3:24 pm on 25 March, 2009 Permalink | Reply

      errr….syuda kalo xikut, apsal bapak die nak marah ilham lak?

    • Nyah Rempit 8:40 pm on 25 March, 2009 Permalink | Reply

      ada ke option ayah syuda masalahnyer …
      sori.. meq mencelah..

    • shahcloud 9:10 pm on 25 March, 2009 Permalink | Reply

      Syaheera Syuhada? erm sedap gak ek?lol

      1. Adakah Syuda akan mengikut Ilham berjalan-jalan?
      Ya. kerana ini adalah sebuah cerita, walaupun tidak ada logika, perjalanan cerita akan menjadi lebih menarik sekiranya Syuda turut pergi bersama Ilham. Ahhh, persetankan kerja 😛
      Repot kat bapak sekiranya bos marah…wakakaka

      2. Berapakah umur Ilham dan Syuda?
      b) 23-25 tahun. Kerana masing-masing masih tercari arah hidup dan kemungkinan besar belum berkahwin.

      3. Apakah yang akan Ilham/mereka temui ketika jalan-jalan nanti?
      d) Makcik buta bertudung putih. Makcik ni misteri orangnya. Kalau tidak, masakan sedang sibuk Ilham diam-diam membaca surat khabar seorang diri, makcik tu boleh bagi salam, seperti tau-tau sahaja Ilham tu Islam.

    • adik 1:17 am on 26 March, 2009 Permalink | Reply

      1.ikut-tp lepas tu kena buang keja lg.ho3
      2.24-umo lepas grad,sbb plajar cmerlang tu leh jd eksekutip tu.lol
      3.depa jumpa edward cullen..bley?

    • psykudou 9:28 am on 26 March, 2009 Permalink | Reply

      errr….syuda kalo xikut, apsal bapak die nak marah ilham lak?

      sori2..senarnye tu jawapan subjektif..hihi..aku tebayangkan yg dorg teserempak ngan bapak syuda kat kawasan toilet tu..ahahahaaha..which is tdk menepati soklan ye x?

      saya tukar jawapan saya halim..
      saya pilih…

      c) Harimau.

      aku nak tau gak nape achik letak option ‘Harimau’ kat cni. Maybe sesuatu yg lebih misteri..kan?kan?kan?

    • art 9:22 am on 5 April, 2009 Permalink | Reply

      1. Adakah Syuda akan mengikut Ilham berjalan-jalan?
      b) Tidak

      2. Berapakah umur Ilham dan Syuda?
      b) 23-25 tahun

      3. Apakah yang akan Ilham/mereka temui ketika jalan-jalan nanti?
      d) Makcik buta bertudung putih.

      pehal anti-spam word aku : tembam.. huk huk huk

    • makcik mak 1:19 pm on 8 April, 2009 Permalink | Reply

      Soalan:

      1. Adakah Syuda akan mengikut Ilham berjalan-jalan?
      a) Ya (baru ler ada citer)

      2. Berapakah umur Ilham dan Syuda?
      b) 23-25 tahun(sebab sindrom takder arah ni selalu melanda org2 yg umur sekitar ni)

      3. Apakah yang akan Ilham/mereka temui ketika jalan-jalan nanti?
      a) Lelaki yang membuang bayi ke dalam tong sampah.(mcm menarik jawapan ni)

    • nono 4:18 pm on 28 April, 2009 Permalink | Reply

      1. Adakah Syuda akan mengikut Ilham berjalan-jalan?
      b)yep..mestilah syuda akan ikut Ilham jalan2..SEbabnya aku pun slalu buat cmtue..aripada kije baik g jejalan jer..lagipon ape la sgt kije tue..sedangkan jd exec pon bosan..jd penungu toilet ape la sgt..lagilah bosan..buat kata ilham org muda kan slalu wat pekara x masuk akal..nnti da tua2 skit barulah serius skit..

      2. Berapakah umur Ilham dan Syuda?
      b) 23-25 tahun(sbb waktu ni la slalu xde arah tujuan..xtahu ape yg nak sebenarnye..kalu kije pon x bes..xkije pon bes..xtahu ape yg bes..hhuhu

      3. Apakah yang akan Ilham/mereka temui ketika jalan-jalan nanti?
      c)harimau..wah besnie..baru mencabar..xpenah lagi jejalan nek komuter jumpe rimau..hehhe

  • toya 6:47 pm on 14 March, 2009 Permalink | Reply  

    Undecided Story – Episod#1 

    Sebuah cerita interaktif – Ini idea saya. Penat saya memikirkan cerita, akhirnya saya putuskan biar saya karang cerita dari respons pembaca sendiri. Begini, Saya akan mulakan cerita, dan di akhir cerita ini saya biarkan anda sendiri yang tentukan apa yang akan terjadi pada episod seterusnya. Juga saya sediakan beberapa soalan untuk anda jawab. Soalan saya berbentuk objektif, tetapi pilihan terakhir sentiasa subjektif – anda beritahu saya apa yang anda mahukan.

    Ibarat Impian Illyana? Mungkin, tetapi anda tidak perlu SMS kepada saya dan saya juga tidak sediakan sebuah skuter sebagai hadiah apatah lagi ditaja oleh sebuah kilang syampu. Ganjarannya? Barangsiapa yang saya pilih jawapannya, maka namanya akan disebut dalam episod akan datang. Ayuh kita bercerita!

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    _____ Telefon bimbit di dalam poket bergegar lagi. Pantas diseluknya lalu ditatap alat setongkol itu.

    _____ ‘Ham, lama xdenga cite? Ko keja mana skrg? – Sender: Raimy’

    _____ Dia mengeluh lagi. Perlahan-lahan, telefon bimbitnya disimpan semula ke dalam poket. Bukan dia tidak mahu membalas, tetapi kreditnya telah melebihi tarikh luput. Hendak ditambah nilai? Ahh… dia mengeluh lagi.

    _____Hari semakin panas. Matahari semakin meninggi. Yang ditunggu masih belum tiba. Dia bangun sejenak untuk menghilangkan rasa lenguh yang mula mengusik belakang pinggangnya. Ahh… lambat benar rasanya komuter itu hari ini. Mujur tidak ramai yang menunggu di stesen komuter itu. Mungkin kerana hari itu hari bekerja malah pada waktu pejabat pula. Bosan. Dia duduk semula, menatap lembaran surat khabar yang kian lasam di tangannya.

    _____ “Assalamualaikum, nak…” ucap suatu suara halus di sebelahnya. Kelihatan seorang wanita tua berselendang putih sedang merenung tepat ke wajahnya.

    _____ “Waalaikumsalam mak cik…” balasnya diikuti senyuman nipis di bibir.

    _____ “Sekarang pukul berapa?” tanya orang tua itu. Dia diam sejenak. Apa mak cik tua itu tidak nampak jam digital sebesar dulang di hadapan mereka? Atau dia tidak tahu membaca? Atau jam digital itu sebenarnya tidak wujud dan hanyalah khayalannya semata-mata? Ahh… Mindanya mula membuat andaian aneh lagi. Jika tidak dihentikan pasti akan terus mengkhayalkan yang bukan-bukan waima perempuan tua itu menjadi makhluk asing sekalipun mungkin.

    _____ “Pukul berapa, nak?” tanya orang tua itu lagi. Rasa bersalah pula dia membiarkan wanita tua itu menunggu lama.

    _____ “Pukul 12.27, mak cik,” katanya.

    _____ “Pukul berapa komuter sampai?” tanya wanita berselendang putih itu lagi. Soalannya menguatkan lagi dakwaan hatinya bahawa wanita tua itu tidak nampak jam sebesar dulang di hadapan mereka, atau jam itu sebenarnya tidak wujud.

    _____ “Sepatutnya dah sampai pukul 12.20 tadi. Entah kenapa tak ada pula komuternya,” ujarnya pantas, tidak mahu membiarkan wanita tua itu menunggu lagi seperti tadi.

    _____ “Oh… komuter ni memang selalu lambat. Nama anak siapa?” soalan mak cik tua itu nyaris membuatkannya tercengang. Apa kaitannya komuter yang lambat dengan namanya? Agaknya mak cik ini ingin berkenalan dengannya dan mencari alasan sahaja dengan bertanyakan soal masa sebagai pemula bicara. Atau mak cik itu ingin mengoratnya barangkali? Hish…

    _____ “I… Ilham…” sebutnya tersekat-sekat.

    _____ “Sedap nama tu,” senyum mengulas di bibir tua itu. Sudah… Takkan mak cik tua itu ingin mengoratnya pula? Parah ni… Dia tahulah dia memang segak, tapi…

    _____ ‘Perhatian para penumpang. Tren ke Rawang akan tiba dalam masa lima minit lagi. Terima kasih.’ Terdengar suara itu berkumandang dari pembesar suara. Huh, lima minit lagi? Ahh… peluh yang menitis di dahinya dibiarkan mengalir membasahi wajahnya. Duduknya dikemaskan. Beg sandang belakangnya ditarik ke hadapan, lalu dibuka dan disimpan surat khabar lasam itu ke dalam begnya.

    _____ “Kejap lagi sampailah tu,” ucap perempuan tua di sebelahnya sambil tersenyum. Kata-kata itu tidak berbalas. Dia tidak mahu mengambil risiko bercinta dengan seorang makcik tua yang barangkali buta huruf, atau seorang makhluk asing. Hish…

    _____ Aduh… Tiba-tiba perutnya meragam pula. Ahh… kenapa harus rasa itu tiba sekarang? Kenapa tidak 30 minit lepas? Nun, jauh di sana kepala komuter mula kelihatan beranjak perlahan-lahan menghampiri stesen itu. Malang sekali, perutnya tidak mampu memberi pertimbangan.

    _____ “Nak kemana pula tu?” tanya wanita tua itu tatkala dia bangun menuju ke arah jejantas.

    _____ “Tandas!” jawabnya tergesa-gesa. Pantas dia berlari ke atas jejanjas itu, menuju ke arah tandas di seberang landasan sana. Dari atas jejantas, dia sempat mengerling ke arah wanita tua tadi yang sedang bangun perlahan-lahan dan membuka lipatan tongkat putihnya!

    _____ Masyaallah, mak cik itu buta! Rasa bersalah menyendal-nyendal ulu hatinya. Apa punya otak! Fikir yang bukan-bukan lagi! Marahnya pada mindanya sendiri.

    _____ Syukur, akhirnya sampai ke pintu tandas awam itu. Duit dua puluh sen dihulur kepada gadis yang sedang duduk di bangku hadapan tandas itu.

    _____ “Nanti!” laung gadis itu tiba-tiba sebelum sempat dia membuka pintu tandas di depannya.

    Bersambung…

    Soalan:

    1. Kenapa Ilham menunggu komuter pada waktu pejabat? Ke mana destinasinya?
    a) Ke kota, mencari kerja.
    b) Melawat kawan di hospital.
    c) Suka-suka.
    d) Mengambil keputusan SPM.
    e) ____________________ (Subjektif)

    2. Mengapakah gadis di hadapan tandas itu melaung sebegitu?
    a) Tidak cukup 20 sen.
    b) Dia bukan penjaga tandas.
    c) Tandas itu sedang dibersihkan.
    d) Dia kenal dengan Ilham.
    e) ____________________ (Subjektif)

    3. Mana satukah tandas yang akan dimasuki oleh Ilham?
    a) Tandas lelaki.
    b) Tandas wanita.
    c) ____________________ (Subjektif)

    Selamat menjawab! =p

     
    • Nyah Rempit 12:17 am on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      cerita bersambung2 yg bagus…
      tp prolognya mana?
      klu uols wat citer berkisarkan area2 tepi jln, jgn lupa masukkan meq yer… skrip uols boleh bikin ajo tnpe permission dr meq~
      slmt mengarang..

    • toya 12:25 am on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      abih tu mana jawapannye meq? ada 3 soalan tu sile la jawab (+_+)

    • nurul uta 12:33 am on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      Achik bunny, seperti yg dijanjikann..

      Soalan:

      1. Kenapa Ilham menunggu komuter pada waktu pejabat? Ke mana destinasinya?
      a) Ke kota, mencari kerja.
      b) Melawat kawan di hospital.
      c) Suka-suka.
      d) Mengambil keputusan SPM.
      e) Saya pilih jawapan subjektif. ^___^ btw, kalau ade name pnoh ilham, sile nyatakan, maybe bole pk dengan lbey baek
      I tink Ilham masok train dulu, and will decide later nk turun station mane. Its kinda like driving aimlessly and bile napak satu tempat, or signboard, hati akan berkata, haaaa ni la tempat yg aku nk pegi chewaahhhh lagipon, die kan tgh mencari ‘ilham’ cheewahh buat kali kedua

      2. Mengapakah gadis di hadapan tandas itu melaung sebegitu?
      c) Tandas itu sedang dibersihkan.

      3. Mana satukah tandas yang akan dimasuki oleh Ilham?
      a) Tandas lelaki.

      Tapi kan, cite ni macam kesah benar sket tang die takleh tahan nk shee or poo whichever the business is. Berdasarkan pengalaman, bile kat komuter or LRT laaaaaa ase nk terr terr terr tu datang, hoh xsukkee..public toilet stinks!

      sekian jawapan saya
      hehe

    • toya 12:43 am on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      huhu… jwpn yg bagus uta 😉 ok next!

    • Nyah Rempit 12:48 am on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      jawapan yer?
      soklan 1)dia nak gi cari keje uols..sbb tu dia belek2 sok kabar since dia nak tgk alamat tpt nak pegi interview itteww..

      soklan 2) subjektif… ilham nak masuk tandas pompuan

      soklan 3) tandas pompuan, sbb tu gadis tu menjerit.. dah nak terkucil.. sign laki pompuan kadang tak perasan…

      btw, meq always msk ladies.. i’m sorry~

    • shahcloud 12:41 pm on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      . Kenapa Ilham menunggu komuter pada waktu pejabat? Ke mana destinasinya?
      a) Ke kota, mencari kerja. -rasenye bukan coz die pgg sokkabar bkn notes interview dll
      b) Melawat kawan di hospital. – lagila bukan coz slalunye lawan kawan dgn mmbe/ade buah tgn
      c) Suka-suka. – paling releven kat sini, mebi die nk jln2 carik makan
      d) Mengambil keputusan SPM. – salah coz amik keputusan spm pagi kan?

      saya pilih: C

      2. Mengapakah gadis di hadapan tandas itu melaung sebegitu?
      e) Coz salah masuk toilet, tapi dia kenal dengan Ilham. – dipanggil gadis, maknenye bukan minah endon la agaknye. gadis tu keje part-time smentara dpt keje lain coz die amik keputusan resign drp job sblmni 😛

      3. Mana satukah tandas yang akan dimasuki oleh Ilham?
      b) Tandas wanita. – kalo dh sakit prut logik gak xsmpt nak tgk mane 1, lgpun jauh tandas tu…huhu

    • Nyah Rempit 12:44 pm on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      shahcloud mmg sependapat ngan meq pasal masuk toilet..
      lebius shah~ muaxx

    • shahcloud 12:46 pm on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      “I tink Ilham masok train dulu, and will decide later nk turun station mane.”
      boleh msuk train dulu then baru decide nak turun mane eh?huhu

    • toya 2:06 pm on 15 March, 2009 Permalink | Reply

      peh…bagus2 la jawapan korang…
      ni yg rambang mata nak pilih nih (@_@)

    • Sepul 12:15 am on 16 March, 2009 Permalink | Reply

      1)C – suka-suka , dia nak kuar ngan member dia tp dia terlambat, ditambah ngan komuter yg lambat…

      2) toilet tuh xder air skang…. dia xprasan ada notis.
      3) toilet laki…

    • art 9:33 am on 16 March, 2009 Permalink | Reply

      Soalan:

      1. Kenapa Ilham menunggu komuter pada waktu pejabat? Ke mana destinasinya?
      dier naik train ke rawang.. myb nk blk ke umah da.. ada sesetgh org tak suke jln2 bawak surat kabo.. nk blk umah baru la beli, leh bc kat umah nnt

      2. Mengapakah gadis di hadapan tandas itu melaung sebegitu?
      harga da naik.. dulu mmg 20sen, skrg da 30sen.. tp bdk prmpn tuh tak prsn

      3. Mana satukah tandas yang akan dimasuki oleh Ilham?
      a) Tandas lelaki.
      walau nk terberak mcm mn pon, dier nih mmg suke perhati btl2.. coz cara dier tgk keadaan ms tgg train tuh
      menunjukkn dier nih mmg suke perhati keadaan sekeliling

    • angah_Darling 10:00 am on 16 March, 2009 Permalink | Reply

      1. Kenapa Ilham menunggu komuter pada waktu pejabat? Ke mana destinasinya?
      c) Suka-suka.

      2. Mengapakah gadis di hadapan tandas itu melaung sebegitu?
      e) _ilham masuk tandas perempuan_ (Subjektif)

      3. Mana satukah tandas yang akan dimasuki oleh Ilham?
      b) Tandas wanita.

    • psykudou 11:16 am on 16 March, 2009 Permalink | Reply

      1. Kenapa Ilham menunggu komuter pada waktu pejabat? Ke mana destinasinya?
      e) Die nak balik umah. Baru lepas amek MC td, xbape sihat..tu pasal ade scene ase nak terkucil tu. Tah ape nasib xbape baik hari ni, keta plak buat hal. so, no choice..nek komuter jela, bajet nak suh roomate amek kang kat stesen stesen sungai buloh.

      2. Mengapakah gadis di hadapan tandas itu melaung sebegitu?
      b) Dia bukan penjaga tandas.

      alasan : dak pompuan tu pun tgh tggu org jaga tandas tu, tu pasal yg duduk situ dl.lagipun tandas pompuan kunci plak time tu. Nak lepak mane lg,duk la jap kat kusi tu

      3. Mana satukah tandas yang akan dimasuki oleh Ilham?
      b) Tandas lelaki.

    • toya 8:16 pm on 16 March, 2009 Permalink | Reply

      peh…korg ni memang dasar system analyst!!!
      sungguh detail sampai yg org xterpikir pon (@_@)

    • cloud 9:01 am on 19 March, 2009 Permalink | Reply

      “walau nk terberak mcm mn pon, dier nih mmg suke perhati btl2.. coz cara dier tgk keadaan ms tgg train tuh
      menunjukkn dier nih mmg suke perhati keadaan sekeliling”

      salah at, kalo die btul2 pemerhati yg baik msti die prasan org tua tu bute 😉

    • psykudou 9:38 am on 19 March, 2009 Permalink | Reply

      “walau nk terberak mcm mn pon, dier nih mmg suke perhati btl2.. coz cara dier tgk keadaan ms tgg train tuh
      menunjukkn dier nih mmg suke perhati keadaan sekeliling”

      salah at, kalo die btul2 pemerhati yg baik msti die prasan org tua tu bute

      art nye idea tu maybe leh diterima gak, mamat ni boleh dikatakan pemerhati yg teliti gak..tp bab2 yg berkaitan dgn kemaslahatan diri dia jelah..part2 org laen tu die kurg pedulik skit..tp xbermakna die ni jenis pentingkan diri..

    • ijal 7:23 pm on 20 March, 2009 Permalink | Reply

      1. Kenapa Ilham menunggu komuter pada waktu pejabat? Ke mana destinasinya?
      c) Suka-suka.. tensen keje kot =P

      2. Mengapakah gadis di hadapan tandas itu melaung sebegitu?
      d) Dia kenal dengan Ilham.. kalo xkenal xkan suke2 nak laung.. psycho tol.

      3. Mana satukah tandas yang akan dimasuki oleh Ilham?
      b) mestila tandas laki.. orang xpas spm pun tau nak masuk tandas mana.. huhu

      Selamat menjawab! =p

    • borealis 10:44 pm on 23 March, 2009 Permalink | Reply

      1. Kenapa Ilham menunggu komuter pada waktu pejabat? Ke mana destinasinya?
      a) Ke kota, mencari kerja.

      2. Mengapakah gadis di hadapan tandas itu melaung sebegitu?
      Ilham masuk tandas perempuan.

      3. Mana satukah tandas yang akan dimasuki oleh Ilham?
      b) Tandas wanita.

      sekian

    • notnot 3:31 pm on 25 March, 2009 Permalink | Reply

      awat nama ilham dalam ni laki?huhu…apa2 la.
      weh…org wat blog baru.haha…
      http://ilhamsanctuary.wordpress.com

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel