~ Kita pernah ada cita-cita, tetapi kenapa kita semua hampa?

Lagenda 6'o'

Part 1 – 29 Disember 2005 (9.05am)

‘I’ll never forget you… wasurenaide anata no koto…’

Pap!!! Nono pantas menutup jam loceng yang tengah asek nyanyi lagu Morning Mosume tu. Aku kat katil sebelah, tengah tonyoh mata tahan ngantuk. Mamai. Jam menunjukkan pukul 5.43 pagi. Nono keluar amik air semayang, aku dengan mamainya keluar… Oh aku cuti rupanya hari ni. Lupa lak.

Boring punya pasal, aku jengah ke bilik sebelah yang bertutup rapat. ‘Dodo & Yoyo Palace’ terpampang kat pintu bilik tu. Aku ketuk, takde orang bukak. Lalu aku pon bukak sendiri… Laa rupanya Dodo tengah berjemaah dengan Yoyo. Hmm… takpelah, aku pegi bilik sebelah. Tengok Lolo dengan Bobo tengah tido lagi. Aku kejutkan diorang, merah² mata budak² tu.

“Bobo, jom wat breakfast”, kataku kepada Bobo yang tengah pomen jam locengnya yang tanak bunyi pagi ni.

“Pi dulu, aku nak pomen jam ni sat,” kata Bobo sambil mengeluarkan playar, spanar, gergaji, pahat, dan tah hapa² lagi.

Aku biarkan Bobo lalu memberambuskan diri ke arah dapur. Hmm… apa nak masak hari ni??? Alah, buat simple jela. Sandwich Dark Witch. Hehe resipi istimewa 6’o’. Tengah aku keluarkan bahan dari kitchen kabinet tiba² seekor kucing berwarna purple melompat ke arahku.

“Awat ni Rich… lapaq ka? Meh makan meh!”, kataku kepada kucing kesayangan 6’o’ itu sambil mengeluarkan ikan segar dari peti ais. Aku tengok si Rich ni makan rakus betul… Aku biarkan kucing itu memuaskan perutnya sambil tanganku mula memainkan peranan sebagai tukang buat sandwich.

“Bukan macam tu la potong tomato Momo… Meh sini aku buat!”, kata Yoyo tiba² sambil merampas pisau di tanganku. Cepat je dia potong jadi bentuk bunga, dasat btol. Taula bakal chef pun…

“Hampa masak apa wei? Sori lambat sket,” kata Bobo sambil meletakkan sesuatu di atas peti ais.

“Apa benda ni Bobo? Macam kipas pun ada, macam periuk nasik pun ada gak. Mende ni?”, tanyaku dengan penuh keraguan di hati.

“Tu jam loceng aku tadi… Ntah, lepas pomen tetiba jadi pembakar roti pulak. Wei hampa buat apa ni? Sandwich Dark Witch lagi ek?”, kata Bobo sambil tangannya mula mengacau² radas dan bahan Yoyo. Yoyo mula membebel menunjukkan kepakaran memasaknya.

‘Tong! Tong! Tonggg!!!’

Jam di menara Osaka menunjukkan pukul 7.00 pagi. Semua 6’o’ dah ready dengan hidangan masing² termasuk Si Rich di tempat duduknya.

“Hait, tabemashoo…”, kata Bobo sebaik sahaja selesai membaca doa makan.

“Nono, buku anatomi yang Prof. Sinichi suruh cari tu dah dapat belum?”, kata Lolo sambil mula mengunyah sarapannya.

“Belum la… Tapi semalam aku jumpak buku untuk Blok Respirasi. Tebal siot!”, balas Nono sambil menambah mayonis dalam makanannya. Mereka terus berbual dalam bahasa tinggi yang aku, Dodo, Bobo, dan Yoyo payah nak paham.

Selesai makan, Nono mengambil tugasnya memasukkan pinggan dalam mesin basuh pinggan satu-persatu.

7.45 pagi. Semua 6’o’ sampai di pintu gerbang University of Nekomi.

“Okla, aku pegi dulu”, kata Bobo yang menuju ke arah Fakulti Kejuruteraan Nekomi.

“Lolo, Nono, tengah hari nanti makan kat rumah tau. Aku masak special hari ni”, kata Yoyo.

“Tengoklah, kitorang takut ada surgeri hari ni. Yela, budak medic ni manaleh hentam je balik ikut suka ati macam korang suma”, Lolo cuba menerangkan dengan bersungguh² kepada Yoyo. Yoyo nampak sedikit kecewa, menggembam kemas buku masakannya.

“Kalo sempat balikla… Aku tak paksa…”, Yoyo terus berlari ke arah bangunan fakultinya.

“Ha, kan dah merajuk. Lolo petang nanti pandai²la hang pujuk dia”, kata Dodo sambil menjolok² pinggang Lolo dengan berus lukisannya sepanjang 1/2 meter itu.

“Yela² aku tau… Okla kitorang blah dulu. Dr. Ken dah nak masuk dah ni. Ja ne!”, kata Lolo sambil matanya meliar mencari Nono. Laa… tah bila lesap budak Nono ni. Suka sangatla bila kelas Dr. Ken tu.

“Macam²la budak² ni”, kataku kepada Dodo. Kami berjalan menuju ke pintu masuk Faculty of Art.

“Hmm… Bicubic art lagi hari ni. Bosanla…”, kata Dodo.

Part 2 – 3 Januari 2006 (5.55pm)

Petang di Osaka.

Enam orang gadis Melayu sedang membincangkan sesuatu dengan serius di bawah sepohon sakura yang sedang lebat berbunga.

“Wei… serius aku rasa kita kena tebang pokok ni!”, Dodo mempertahankan pendapatnya.

“Tapi sayangla… kita selalu picnic bawah pokok ni…”, Yoyo mula kelihatan seperti mahu menangis.

“Tapi kalau kita tak potong nanti akar dia masuk dalam hot spring kita tu. Tak ke naya dibuatnya.”

Semua orang memikirkan cadangan Dodo itu, sambil merenung pohon sakura yang telah banyak meninggalkan kenangan kepada 6’o’. Sunyi seketika. Dodo menambah hujahnya…

“Lagipun kan kat keliling rumah ni banyak lagi pokok sakura. Kita tukar port ah”, bersungguh betul Dodo ingin menebang pohon sakura itu.

“Tak ada cara lain dah ke?”, Momo dan Lolo bertanya soalan yang sama, hampir² serentak.

Tiba² Bobo berlari masuk ke dalam rumah dan keluar sejurus kemudian dengan sehelai kertas kajang dan pen. Tanpa sepatah kata, Bobo mula melakarkan sesuatu di atas kertas tersebut.

“Kau nak buat apa ni Bobo?”, soalan Nono itu tidak berjawab. Nono melakar dengan tekun sambil diperhatikan oleh 6’o’ di bawah pohon sakura yang mungkin akan rebah ke bumi tak lama lagi.

Angin bayu berhembus dengan lembut. Bunyi burung berkicau jelas kedengaran dari pohon² hijau di sekeliling cottage muluk 6’o’ itu.

‘Pap Plupp!!!’

Air berkocak sebaik sahaja Lolo membaling seketul batu ke dalam sungai yang sedang mengalir jernih di hadapan rumah mereka.

“Aku tak kira, apa nak jadi, jadilah! Aku tetap tak nak pokok ni ditebang!”, kata Yoyo dari atas pohon sakura yang rimbun dan lebat berbunga itu. Entah bila dia panjat pon tak tau. Dodo mendengus sedikit.

“Siappp!!!”, jeritan Bobo menyebabkan semua 6’o’ hampir² terkena terkena serangan jantung berlubang.

“Aduiii… hang jangan jerit camtu boleh tak Bobo?!!!” Yoyo membetulkan pakaiannya setelah terjatuh dari pohon sakura.

“Hehe sori… ni aku dah dapat dah solution untuk problem ni”

Solution? Semua 6’o’ mula mengerumuni Bobo dengan penuh rasa teruja. Di atas kertas putih tersebut terlakar sesuatu yang aneh…

“Apa ni?”, Nono bertanya sambil mengerutkan dahinya, berpusing² dia melihat lukisan itu dari semua arah.

“Ini kan pokok sakura. Yang ni hot spring kita. Kita potong jela akar pokok sakura tu. Tak payah susah² tebang pun…”, Bobo menerangkan subjek dan predikatnya dengan lagak seorang prof. madya.

“Tu je?”, tanya Dodo.

“Tu je.”

Suasana sepi seketika, ibarat malaikat lalu.

“Camni la, sapa setuju angkat tangan”, Bobo membuat sebuah tribe council secara tiba². Seorang demi seorang 6’o’ mengangkat tangan kecuali Dodo.

“Dodo, please la…”, kata Yoyo.

“Bobo, aku ni bukan apa tapi aku nak cakap satu je… Lukisan hang buruklah!!!”

Dodo terus gelak tergolek² selama 15 minit sebelum berkata, “Aku setuju!”.

Part 3 – 5 Januari 2006 (11.43pm)

“Wei dia dah lalu! Waa… comeinya!!!”

Mata Dodo bagaikan bersinar² apabila ternampak orang itu. Momo meluhat ke arahnya, memrenung, memerhati dan meneliti. Seorang lelaki sederhan tinggi dengan kulih hitam manis, itulah Kanashiro-sempai.

“Wei… udah² la tu…”, Yoyo mula menunjukkan kemenyampahannya.

Dodo tersenyum, sengih, ketawa dan pelbagai aksi aneh lagi dibuatnya. Admire betul dia dengan Kanashiro-sempai. Sebaik sahaja Kanashiro-sempai melepasi had penglihatan Dodo, 6’o’ pun mula melangkah meninggalkan Nekomi Memorial Centre.

“Tah pape jek Dodo nih. Asal jumpak sempai je suke buat aksi aneh”, Momo berbisik kepada Lolo. Lolo hanya berdiam diri, seolah² sedang mengelamun dalam dunianya sendiri.

“Momo, Kanashiro-sempai tu memang cute kan?”, dengan perlahan dan separuh sedar Lolo berbisik kepada Momo. Momohanya mampu mengangguk, terkesima dengan kenyataan tidak rasami Lolo itu.

“Lolo! Dodo! Momo! Nono! Yoyo!”

6’o’ mengalihkan pandangan ke arah suara itu. Suara yang biasa didengar… tapi suara siapa? 50 meter dari situ, kelihatan seorang perempuan Melayu sedang berlari ke arah mereka.

“Wei hampa, dah tak kenal saya ke?”, katanya dalam nafas turun naik menahan semput.

“Ju… Juniza kan?” Nono meminta kepastian.

“Siapa lagi? Wei… hampa… tak sangka hampa masuk U ni jugak!”, kata Juniza penuh excited.

“Hang baru mai ka? Amik kos apa?”, Lolo pula memulakan aktiviti soal siasatnya.

“Culture. Saya baru sampai semalam. Wei bukan saya sorang, Ann pun ada”, Jun meneruskan keexcitedannya.

“Sifu?!!!” Nono dan Momo menjerit serentak.

“Mana dia? Dah lama tak jumpak ni!” Nono yang dari tadi kelihatan tidak berminat tiba² bagaikan tersampuk aura excited Juniza.

“Dia kat fakulti, ambik Muzik” Ooo… ok.

“Wei, Bobo mana? Dia kat sini jugak ke?” Juniza mula meninjau di celah² pokok mencari Bobo.

“Bobo kat workshop, tengah buat projek”, Dodo yang senyap dari tadi tiba² mencelah.

“Ooo dia ambik engineering ek? Wei saya dah lambat ni, nanti kita jumpa lagi yek”, katanya sambil menyerahkan sehelai kertas kepada Momo. Juniza berlari ke arah bangunan Fakulti Veterinar. Apehal dia pegi situ? Salah tempat la tu. Junior… junior…

“Dia tulis apa tu Momo?” tanya Nono. Momo membuka lipatan kertas tersebut.

“Alamat dia la…”, kata Momo sambil membiarkan rakan²nya meneliti kertas tersebut.

“Dahla, jom balik! Aku dah lambat ni. Nak masak kat hampa lagi”, Yoyo mula menyusun barisan ahli 5’o’.

“Ok semua, dari kiri… cepat jalan!”, ibarat komander Kadet Polis Yoyo memberi arahan.

Part 4 – 12 Januari 2006 (11.42pm)

P/S: Oleh kerana semua pembaca termasuk penulis sendiri tidak faham Bahasa Jepun, maka dialog dalam Bahasa Jepun akan dialih bahasa kepada loghat Negeri Sembilan :p

Cuaca: Mendung
Tempat: Hadapan Fakulti Muzik

“Momo! Momo!!!”, seorang gadis Melayu berlari² anak mengejar gadis freehair di hadapannya. Gadis itu menoleh, hairan.

“Momo, awak tak kenal saya ke? Ni Ann la… Sifu!”, kata gadis melayu bertudung itu sambil tercungap². Gadis freehair di hadapannya masih lagi membisu, memandang dengan hairan.

“Awat ni Momo? Tak kenal ke? Kawan sama² sekolah dulu… Sifu la!!!”, Sifu cuba meyakinkan dirinya yang dia tidak silap tegur orang. Buat malu jek. Tapi dia pasti… Ya, dia benar² pasti gadis di depannya adalah Momo.

“Gomen nasai… eden tak konal ekau ni sapo”, tiba² gadis freehair itu memulakan bicara dalam Bahasa Jepunnya.

“Biar betul… Awak… Awak Momo kan? Ekau bukan Momo ko? Bior bonar ekau ni!”, Sifu menggaru² kepalanya. Tak mugkin ada orang yang betul² sama dengan Momo. Ini memang Momo!

“Ann, awak salah orang tu!”, jerit seseorang dari belakang.

“Chip! Takkan ni bukan Momo? Awak kata dia U ni jugak?”. Muka Sifu merah padam. Dia cuba mengcover malu atas kelakuannya tadi.

“Muka dia memang macam Momo. Ini Ayumi, satu fakulti dengan Momo jugak”, Chip pula cuba mengcover gelak demi menjaga hati kawan seAsmanya itu.

“Hajimemashite. Hamano Ayumi desu. Onamae wa?”, Ayumi menunjukkan kepetahannya berbahasa Jepun. Dah memang orang Jepun pun.

“Zuraihan desu. Panggil den Sifu yo. Douzo yoroshiku onegaishimasu”, Sifu menunjukkan bukti bahawa dia telahpun belajar Bahasa Jepun.

“Sifu, Ayumi, den nak poie rumah 6’o’ ni, diorang ajak pegi picnic bawah sakura. Nak ikut tak?”, tanya Chip seolah² 6’o’ ada sediakan makanan lebih.

“Boleh yo. Den pun dah lapar ni”, kata mereka.

Part 5 – 14 Januari 2006 (11.50am)

“Wah memang sama sejibik la!”, seorang Juniza menjerit² menyatakan kekagumannya. Gambar itu dibelek berulang² kali menggunakan mikroskop.

“Tu la, aku pun tak percaya jugak mula². Patutla muka Ayumi-chan blur je”, kata Sifu sambil membelek² album 6’o’. Dia meneliti seketika gambar parti kelas 5A. Hmm… terkenang pulak… Sementara Juniza melaraskan mikroskopnya ke tahap maksima.

“Weh dok belek apa lagi tu, jom makan!”, tiba² Dodo membebel kepada Sifu dan Juniza.

“Jangan lupa simpan balik album tu! Penat aku susun.” Dodo dan bebelannya.

. : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

Di bawah pohon sakura, 10 orang gadis Melayu sedang membaca doa makan.

“Assalamualaikum…”, Yoyo memulakan ucapan aluannya.

“Chip, Sifu, Juniza, Notmi, parti kecik ni aku buat khas untuk hampa…”

“Hidup Asma!” Juniza menyampuk tiba² dan telah diikuti dengan bebelan hikmat dari Dodo.

“Aku harap persahabatan kita boleh kekal selamanya. Di bumi Osaka ni cuma kita saja budak Asma, oleh itu…”, ucapan Yoyo meleret² sampai bab Saddam Hussein, khasiat magnesium, perayaan Ponggal dan ntah hapa² lagi. Dia hanya berhenti 1/2 jam kemudian setelah terdengar perut Lolo berbunyi.

“Jadi itulah saja sepatah dua kata dari aku. Sekian, terima kasih. P/s: Tolong habiskan semua makanan, penat aku masak!”, Yoyo mengakhiri ucapannya dengan sebuah amaran. Maka mereka pun menjamu selera dengan rakusnya.

“Ann, mana Ayumi? Bukan tadi dia ikut kita?”, Chip bertanya kepada Sifu.

“Dia tak jadi datang. Boipren dia ajak pi karaoke”, balas Sifu dengan mulut yang penuh dengan makanan.

“Wei pengumuman! Esok ada pertandingan karaoke kat Nekomi Stage of Art. Sila ambil perhatian bahawa peserta ke-9 ialah…”, Dodo berhenti seketika sambil membuat muka aneh. Ya… 6’o’ sudah tahu apa yang akan dikatakab oleh Dodo apabila melihat muka anehnya itu.

“…ialah… Kanashiro-sempai! Oleh itu korang semua diwajibkan hadir! Kepada yang gagal, tindakan tegas akan diambil”, kata Dodo dengan serius.

“Awat pulak… dia yang minat kita yang kena pegi jugak”, rungutan Notnot itu pantas dijawab oleh Dodo…

“Ah! Itu aku tak peduli. Yang penting aku nak korang semua jadi tukang sorak untuk Kanashiro-sempai”, kata Dodo dengan tegasnya.

“Ikut sajalah, Notnot…”, bisik Bobo kepada Notnot yang kelihatan masih tak puas hati.

Errkkk….!!!!

Serentak dengan bunyi dasyat itu, semua yang hadir ketawa terbahak² seolah² mereka sedang berada di kelas 5A.

“Hang ni Lolo… nak belahak pon cover la sikit!”, Chip melecture Lolo yang merah padam mukanya.

. : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

Semua yang ada telah menghabiskan makanan masing² seperti yang diarahkan oleh Yoyo, kecuali seorang.

“Nono, apsal tak habiskan makanan tu? Penat aku masak tau tak!”, kata Yoyo dengan nada kecewa.

“Sorila, aku tak makan ikan”, Nono menunduk memandang pinggannya.

“Takpela, biar aku habiskan”, kata Lolo sambil mengambil pinggan Nono, namun pinggan itu pantas disambar oleh Yoyo.

“Aku masak ni untuk Nono. Aku nak dia yang makan”, katanya sambil memandang Nono.

“Aku tak makan ikan!”, Nono mempertahankan keputusannya. Suasana menjadi tegang. Semua orang hanya membisu, yang kedengaran hanyalah bunyi kicauan burung dan air sungai yang mengalir.

Bunga sakura jatuh berguguran ditiup angin. Yoyo masih menunggu.

Sekuntum bunga sakura jatuh ke atas pinggan Nono.

Part 6 – 15 Januari 2006 (10.40pm)

Gambar: Nono hanya mampu memandang keterujaan Dodo… melihat Kanashiro-sempai…

“Poie pokan… naik basikal… Tongah hari, tongah paneh… Apo dayo motong gotah, apo nak ditakato…” Sungguh bersemangat Kanashiro-sempai menyampaikan lagu J-Pop itu.

“Pssttt… Sempai salah lirik la…”, bisik Bobo kepada Dodo.

“Ah, aku pedulik hapa! Dia tetap hensem walaupun salah lirik! Go Kanashiro-sempai! Berusaha! Berusaha!”, begitu bersemangat juga Dodo menjerit sambil melambai² pom-pomnya. Tanpa disedari pom-pom Dodo terkena muka mamat Jepun di sebelahnya.

“Woi apo ekau ni! Kok iyo pon jangan sampai muko den pon ekau kojo`eh!”, begitu hangin sekali mamat Jepun di sebelah Dodo itu.

“Gomen-nasai Hanamichi-kun, eden tak sengajo…”, kata Dodo sambil membongkokkan badannya seperti orang Jepun. Adegan itu berakhir begitu sahaja. Hanamichi-kun memenag pemaaf orangnya.

“Apa ni Dodo, cakap pertandingan karaoke, ini live band la! Tarak baca punya orang!” Notnot pula marah² dengan kenyataan ralat Dodo petang semalam.

“Hehe yang aku tau pertandingan nyanyi je, aku hentamla karaoke,” kata Dodo sambil menghayun pom-pomnya ke arah Ayumi-chan pula. Ayumi-chan pantas menepisnya dengan skill Aikido yang dimilikinya.

Kanashiro-sempai dan bandnya telah menamatkan lagu mereka.

“Timo kasehhh!!!” kata Kanashiro-sempai kepada audiens, namun matanya memusatkan pandangan kepada seseorang, dan orang itu membalas pandangannya dengan senyuman.

Hanya Momo perasan apa yang sedang berlaku, kerana sejak awak dia sudah memerhati… dan cuba mencari kepastian. Kini dia semakin pasti…

. : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

“Puas hati! Puas hati! Hahaha!” Dodo membelek digicamnya dengan muka aneh.

“Yoyo, tengokla kawan kau ni dah angau tahap apa lagi aku tengok!” Bobo memerli Dodo dengan muka tanda soal.

“Biarla dia Bobo, at least dia reti habiskan makanan,” Yoyo pula memerli seseorang di belakangnya.

Melihatkan suasana yang kian tegang itu Dodo cepat² berkata, “Haha pueh hati betul aku dapat cuci mata hari ni! Baru ada mood nak melukis macam ni!” Yoyo mencebik apabila mendengar pernyataan sahabat a.k.a roomatenya itu. Mereka sampai di persimpangan jalan, melambai Bobo yang berjalan menuju ke fakultinya.

“Hai… termenung jauh nampak? Ingat pakwe ke?” Momo menegur Lolo yang sedang bermain² dengan perhiasan hensetnya.

“Eh… mana ada! Aku ni pakwe pon takde lagi. Em… ah dah sampai! Jom Nono!” Lolo menarik tangan Nono sehingga hampir terjatuh. Laju betul Lolo berlari sambil menarik tangan Nono. Kelihatan Nono memarahi Lolo sebaik sahaja sampai di pintu dewan kuliah. Momo menggelengkan kepalanya.

“Apa kena dengan kawan awak tu Momo? Lain macam je 2-3 menjak ni,” kata Dodo sambil melambai kepada Yoyo yang telah sampai ke destinasinya.

“Ntah, rindu nak makan durian kot,” kata Momo, menyembunyikan sesuatu. Dari jauh kelihatan Ayumi-chan melambai ke arah mereka, Mereka membalas lambaiannya sambil tersenyum.

“Kenapo `eh lambat bona? Ekau dah siapkan komik tu Momo?” tanya Ayumi-chan.

“Dah… lambek den tido semalam ha nak nyiapkan bondo alah tu.” Mereka sampai ke lobi fakulti, dan di situlah mereka harus berpisah.

“Okeylah budak Major in Painting, selamat melukis!” kata Momo kepada Dodo.

“Selamat melukis juga, budak Major in Manga & Anime. Ayumi-chan, jago budak ni leklok. Kalo gilo dio datang jangan lupo bagi ubat.” Ayumi-chan tahu tugasnya. Momo sempat menyekeh Dodo sebelum mereka berpisah.

Part 7 – 21 Januari 2006 (9.30pm)

Gambar: Gambar kandid Kanashiro-sempai yang diambil curi oleh Dodo.

Tempat: Kaguya Oolong Tea Shop
Masa: 4.00 pm

Empat orang ahli 6’o’ sedang minum teh setelah penat bekerja. Dodo membelek digicamnya.

Dodo: Waa!!! Comeinya!!! Cute betul la sempai ni!
Momo: Ha kalo dah suka sangat, pegi print, bubuh dalam beg duit.

[Momo menghirup oolong teanya]

Dodo: Haha jangan jeles… seb baik aku lalu kat situ tadi. Dapat gambar best! Cute betul la sempai ni. Muka macam ahli kumpulan DaPump je.
Nono: Menyampah aku tengok.

[Tit! Tit! Henset Lolo berbunyi.]

Momo: Siapa tu Lolo?
Lolo: Anis. Dia suruh bagitau bos dia lambat sikit datang.
Dodo: Geram betul aku dengan Yoyo ni. Duit dah banyak nak buat part time lagi. Lainla kita ni!
Momo: Biarla dia Dodo. Selalu jugak dia pakai duit dia sendiri beli barang dapur kita kan. Kita jugak nak melantak.

[Tit! Tit! Henset Lolo berbunyi lagi.]

Nono: Ha dia kata apa lagi tu Lolo?
Lolo: Err…tak..tak.. em orang lain ni.

[Lolo pantas mereply msg itu.]

Dodo: Hmm… letih betul aku buat kerja part time ni. Kalau kita dok Malaysia tak payah buat kerja macam ni.
Nono: Abih tu nak buat camna… Kalau tak kerja mana cukup duit nak idup kat oversea ni.

[Tiba² seorang gadis Korea berjalan ke meja mereka.]

HyeSeung: Hey, hava you seen yukio somewhere?
Lolo: Tak ado pulak. Janji nak jumpo sini ko?
HyeSeung: Yup. Dengan Max, Jason and Lau. Mano budak² nih.
Nono: Relekla HyeSeung… Eh, tu bukan diorang ko? Ano hito wa asoko desune?
Momo: A’ah Renata pun ado tu.
HyeSeung: Yup. Sou desune. Ja, thanks anyway.

[HyeSeung berlalu bersama kengkawannya.]

Dodo: Jason tu hensem gak kan. Hehe…
Lolo: Dodo! Berapa orang langsung hang nak target?
Dodo: Wei relek ah… koleksi kena ramai. Kata orang biar ada backup. Wahaha!
Momo: Yelah tu sangat. Minat kan main ramai, satu pun tak approach. Buang karan je Dodo ni.
Dodo: Ikut suke aku la.
Nono: Aku ni letih pun tak abih lagi dah kena dgr korang bertekak.
Momo: Alaa… gurau² manje je.
Lolo: Geli aku dengar!
Momo: Tinggal kawan² ni la yang nak hiburkan hati ni pun. Padahal dalam hati ni… Tuhan saja lah yang tahu.
Dodo: Relek Momo…aku paham…
Momo: Penat² kita belajar sampai ke Jepun, 3 tahun belajar Bahasa Jepun saja, buat kerja part time nak bagi cukup makan… senang² je…

[Momo berhenti seketika menahan sebak]

Nono: Relek Momo… relek…
Momo: Kerajaan kata kursus kita ni tak diiktiraf? Kalau saya tau, baik saya masuk UTM. Dah grad pun.

[Momo menyeka air matanya]

Dodo: Nak buat macam mana Momo, dah nasib kita.
Lolo: At least kita dah buat surat kan, hantar kat Putrajaya. Harap² okla lepas ni.
Momo: Kalau tak ok? Biasiswa kita ditarik balik tau tak! Kita balik tangan kosong je. Buang masa kat sini!
Nono: Ni dah nasib kita Momo. Nak tak nak kena la lalui jugak.
Dodo: Kalau la aku ikut cakap parents aku dulu… Mesti aku dah kat Maktab sekarang ni. Kerja pun terjamin, duit sentiasa ada, tak payah kerja macam ni.
Lolo: Nak menyesal pun tak guna dah sekarang. Aku ni kalau masuk matriks, ke UUM la gamakya.
Nono: Aku lagi bagus, masuk UiTM. Duit semua MARA tanggung! Aku enjoy je belik enset banyak².
Momo: Dahla ambik kos Manga & Anime lak. Balik nanti nak kerja apa pun tak tau la. Baik ambik Sains Komputer je. Isk² sedihnya!
Dodo: Takpe² nanti awak bukak kedai komik sendiri ek. Relekla… rezeki tak kemana.

[Tit! Tit! Henset Lolo berbunyi lagi]

Nono: Dahla tu… Wei Lolo, sape tu?
Lolo: Em… err… kawan…
Nono: Betul ke kawan? Tah²…
Lolo: Eh! Betul la!
Nono: Tersengih², tersenyum sorang² je aku tengok.
Lolo: Eh apa pulak! Hang tu bila nak baik dengan Yoyo? Dah seminggu tak bercakap.
Nono: Sape suruh dia masak ikan. Aku tak makan la.
Dodo: Dah! Dah! Aku bosan dok sini! Jom balik!!!

Maka mereka pun mengemaskan barang dan pulang ke rumah. Tiada siapa tahu dengan siapa Lolo berbalas mesej sebenarnya, namun Momo dapat meneka. Dalam perjalanan pulang Momo sempat mengkarate sepohon sakura kerana menyesal memilih untuk belajar di Jepun. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian… Momo ke klinik untuk merawat luka di tangannya.

Part 8 – lupa saya catatkan tarikh dan masa

“And now… The end is near… And so I face the final curtains…”

Lagu Frank Sinatra itu berkumandang dari PC Momo sambil dia giat menyiapkan projek animasinya. Di bilik study itu juga kelihatan Dodo sedang menyiapkan lukisannya yang bertajuk “Rumah Di Tepi Sawah”. Bobo pula sedang melayari internet dengan asyik sekali menggunakan laptopnya.

“Wei Erra dengan Yusry dah cerai la!” Nono berlari ke arah laptop Bobo, membaca setiap butiran penceraian artis kesayangannya itu.

“Hmm kawin bukan main dasat, last² tak jadi gak… ” kata Nono sambil berjalan kembali ke arah meja study. Dia dan Lolo sebenarnya sedang pulun study untuk exam respiratory keesokan harinya.

‘Tit! Tit!’ Henset Lolo berbunyi lagi.

“Wei siapa tu Lolo? Dah 20 kali dah ni. Naik bingit telinga aku!” kata Dodo sambil megacukan berus lukisannya ke arah Lolo.

“Kawan,” jawab Lolo, ringkas.

“Arghhh!!!!!” satu jeritan bingit yang berfrekuensi melebihi 20kHz telah mengejutkan semua ahli 6’o’.

“Bodoh! Bodoh! Kucing bodoh!!!!” suara maki hamun disertai bunyi periuk belanga terpelanting datang dari arah dapur. Semua ahli 6’o’ berlari ke arah tempat kejadian.

“Weh awat ni? Bunyi macam laki bini bergaduh je?” Lolo mendapat jawapannya sebaik sahaja sampai ke pintu dapur. kelihaan seorang Yoyo sedang mencekik seekor kucing berwarna purple.

“Jangan Yoyo!!!” Momo pantas menyelamatkan kucing kesayangannya itu.

“Ikan aku! Habis ikan salmon aku!!!” Yoyo semakin menggila. Diangkatnya kotak ikan yang hanya penuh dengan tulang ikan itu.

“Ni tengok ni! Macam mana dia boleh makan semua ikan salmon ni? Mahal aku beli tau tak!” Yoyo hampir menangis. Maunye tak, ikan itu dibelinya dengan duit yang dah seminggu dikumpul dalam tabung ayamnya.

“Pelik jugak, kalau awak dah kunci kotak ni macam mana Rich boleh bukak…” Momo tidak berani menyambung ayatnya itu. Yoyo merenung tajam ke arah Nono.

“Aku tau! Ni mesti…” kata²nya telah dipotong oleh Dodo.

“Sudah! Sudah! Sekarang ni kita ramai² kumpul duit untuk ganti ikan Yoyo. Biarla si Rich ni, dah rezeki dia.”

“Dahla Yoyo… Kami tau ikan tu untuk assignment resepi awak kan. Petang ni kita pegi beli lain, ok…” Lolo terus memujuk Yoyo sementara Dodo kembali ke bilik study. Lukisannya mesti disiapkan hari itu juga.

‘Tit! Tit!’ henset Lolo berbunyi lagi.

Dodo mendapatkan henset Lolo untuk diserahkan kepadanya namun tidakannya terhenti seketika. Henset slide Lolo itu menunjukkan sebuah MMS yang belum sempat dibalas oleh Lolo sebelum Yoyo menjerit tadi. Tidak dapat mengelak, Dodo terbaca mesej itu.

“Lolo, den tak tahu macam mano laie yang den patut buek supayo ekau terimo den. Berilah den peluang untuk buktikan yang den bonar² sayangkan ekau…” Sender: Kanashiro san

“Lolo!!!” satu jeritan yang lebih kuat datang dari bilik study.

“Kenapa kau buat aku macam ni!!!” Jeritan Dodo itu membuatkan Lolo menjadi pucat serta-merta. Momo yang sedang memeluk Rich memandang Bobo yang sedang menyusun periuk.

“Macam mana ni Bobo? Apa yang harus kita lakukan?” pertanyaan Momo dibalas dengan muka tanda soal oleh Bobo.