Konvo

Dalam hidup seorang mahasiswa ada satu hari yang paling ditunggu-tunggu. Hari itu kita tak perlu belajar lagi. Kita tak perlu siapkan tugasan, tiada ujian, tiada kuiz, tiada makmal. Tidak perlu terkejar-kejar membaca di saat-saat akhir.

Hari itu kita pakai baju cantik-cantik, macam hari raya. Hari itu kita siapkan memori yang dan bateri yang banyak untuk kamera.


Hari itu kita tak perlu mengeluh lagi melihat orang lain bertopi empat segi, sebab kita juga begitu. Hari itu kita gembira tapi sedih. Hari itu kita melihat wajah-wajah itu untuk kali terakhir mungkin, tiada kata selamat yang tertinggal. Hari itu kita mengenang setiap detik di menara gading. Kita tahu, hari itu kita telah berjaya mengharungi segalanya.

Tiga tahun meneman orang lain menyambut hari itu, saya menyambutnya sunyi tanpa hadirnya sahabat. Mungkin, hari itu bagi saya tidak seindah yang dijangka. Cukuplah hadirnya dua insan itu kerana mereka istimewa.

21 Oktober 2008 – adalah hari itu bagi saya.