Updates from September, 2008 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • toya 10:48 am on 23 September, 2008 Permalink | Reply
    Tags: bohong, khairy, pak lah   

    Politik Buhung 

    [kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/111oio0NaQU" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

    1999 Dr.M Bohong | 2004 Pak Lah Bohong | 2008 Khairy Bohong

    Sape yang kena buhung? Kita jugak….

     
    • Nono 9:05 am on 24 September, 2008 Permalink | Reply

      huhu..macam-macam jer skrg..penin2..

    • jimy 10:53 pm on 24 September, 2008 Permalink | Reply

      i thought u’re on right-sided party πŸ˜€

    • toya 9:40 am on 25 September, 2008 Permalink | Reply

      nope. i’m on the look-and-laugh party πŸ˜›

  • toya 11:14 pm on 21 September, 2008 Permalink | Reply  

    KISAH BUHUNG 2008 – Part 3 

    Simbiosis Antara Kita

    ——- “Baiklah, kalau tak ada soalan, setakat ini sahaja kelas kita pagi ini. Terima kasih,” kataku sambil memadamkan whiteboard di hadapanku. Pelajar-pelajar DDZ2302 berpusu-pusu keluar dari kelas setelah mengemaskan barang masing-masing. Waktu pertukaran kelas menyebabkan keadaan agak hingar-bingar di Blok H pada ketika itu.

    ——- “Cik, biar saya tolong padamkan,” kata seorang pelajar kepadaku.

    ——- “Terima kasih,” ucapku sambil menyerahkan pemadam whiteboard kepadanya. Secara tidak sengaja mataku terpandang kad matrik yang tergantung di lehernya.

    ——- “Mas Elyza… nama awak hampir sama dengan nama saya,” kurenung wajahnya untuk mencari persamaan antara kami. Kata orang, nama melambangkan personaliti.

    ——- “A’ah. Cik tak perasan ke selama ni?” tanya gadis itu kembali.

    ——- Pertanyaannya membuatkan aku termalu sendiri. Nampak sangat aku tidak pernah memeriksa kehadiran pelajar sebelum ini. Kesibukan jadual harian membataskan tumpuanku sebagai pensyarah, “Err…tak perasan pulak. Ramai orang dalam kelas ni. Lagipun kelas baru dua minggu bermula.”

    ——- Gadis itu tersenyum sinis padaku. Entah apa yang difikirkannya. Kata-katanya tadi membantutkan niatku untuk bertanya lebih lanjut tentang asal-usulnya. Laptop di atas meja itu kusimpan semula di dalam beg.

    ——- “Okey, jumpa lagi minggu depan,” kata gadis itu setelah melangsaikan tugasnya. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman kepadanya, tatkala pandanganku mengiringinya keluar dari kelas itu dengan tangannya membimbit buku teks β€˜Japanese Anime & Manga’.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——- Kuarahkan sepasang kakiku melangkah perlahan menuju ke bangunan Canselori. Mindaku ligat memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku sebentar lagi. Ahh…kenapa aku dipanggil tiba-tiba begini? Mungkinkah ada makhluk berasa tidak selesa dengan keadaanku yang β€˜multitasking’ saban hari? Ergh mengapa harus ada yang tidak selesa dengan keadaanku pula, sedangkan aku mampu mengharunginya tanpa menyusahkan sesiapa.

    ——- “Morning Achik,” sapaan seseorang dari arah belakang menyedarkanku dari lamunan.

    ——- “Chesu…morning. Dah habis kelas?” tanyaku kepada Siti Suriani yang sedang sedang menyusulku dari belakang.

    ——- “Tak lah, baru nak pergi ni. Tadi dari bilik, nak pergi lab MK4. Eh apa ni, minggir! Shoohh!” Chesu sempat menghalau kucing yang cuba menghalang perjalanannya. Perlakuannya itu hanya mampu kutonton tanpa sebarang bantahan. Chesu pun macam Angah juga…

    ——- Chesu menghampirkan dirinya padaku. Kami berjalan beriringan melepasi Dataran Ilmu ketika Chesu pula mengacukan soalan kepadaku, “Achik nak pergi mana pulak lepas ni?”

    ——- “Pejabat Dekan,” jawabku ringkas.

    ——- “Dekan? Kenapa? Apa dia nak?”

    ——- “Ntahla…nak pecat saya kot”

    ——- “Biar betul Chik,” kata Chesu sambil melakukan aksi vibrate yang sudah menjadi tabiat semulajadinya.

    ——- β€˜Kring! Krong! Kring krong bunyi teleponku, memanggil-manggil namaku lalu kuketuk-ketuk ia ketika ia mulai bingitt…oooo…bingitnya tele..’ Tit! Aku menekan punat berwarna hijau di telefon bimbitku tatkala bunyinya mula membuatkan ada pelajar mentertawakanku. Cis…siapa pula yang menukar nada dering telefonku ini? Mesti kerja Lolo… ataupun Shah Erhan. Huh.

    ——- “Hello, ya”

    ——-. . . . . . . . . .

    ——- “Okey, bila?”

    ——-. . . . . . . . . .

    ——- “Malam ni jugak? Esok tak boleh? Orang ada kerja sikit malam ni”

    ——-. . . . . . . . . .

    ——- “Okeylah, membe punya pasal. Dah ajak yang lain-lain?”

    ——-. . . . . . . . . .

    ——- “Ada ni. Nanti saya bagitau dia”

    ——-. . . . . . . . . .

    ——- “Yela yela…taula… Okey, bye,” Tit! Aku menekan punat merah di telefon bimbitku dan mengarahkan pandangan pada Chesu yang sedang memerhatikan setiap gerak-geriku.

    ——- “Farhan…” kataku yang mengerti maksud pandangan Chesu.

    ——- “Apa dia nak?” tanya Chesu, teruja.

    ——- “Dia nak jumpa kita malam ni. Ada hal penting, katanya soal hati dan perasaan,” balasku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

    ——- “Hati dan perasaan lagi. Hmm…Farhan ni tak pernah berubah la. Dah boleh agak apa dia nak cakap nanti,” Chesu mencebik sedikit ketika melontarkan kata-katanya.

    ——- “Memanglah. Membe, Chesu… terpaksalah saya pospone kerja-kerja designing saya malam ni,” kataku sedikit mengeluh.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——- “Oh Mas, duduklah,” kata lelaki itu kepadaku. Kerusi di hadapannya kutarik dan kududuki tanpa sebarang bicara. Senyap. Suasana agak tegang ketika itu. Aku berdebar-debar menantikan ayat yang bakal keluar dari mulut lelaki di hadapanku.

    ——- “Awak tahu kenapa saya panggil awak hari ni?” soal lelaki itu.

    ——- “Tak tahu Prof,” jawabku.

    ——- Jangan ngirau… Bisik sipo agi rimau nyaga aku balik to. Tinggi, manah gamal. Amat keriandai, makal apai...” Eh? Bukan ayat ini yang kujangkakan darinya. Biar betul.

    ——- “Kenapa Prof cakap Iban dengan saya pulak?” aku merenung wajahnya mencari kepastian. Aneh. Dekan pun aneh.

    ——- “Bwahahaahahaha!!!!!” tiba-tiba lelaki itu ketawa berdekah-dekah pula. Makin aneh pula keadaannya. Aku mula berkira-kira untuk memanggil pengawal keselamatan di luar. Mungkin Prof. Dr. Fazrul Hafiz sudah tidak berapa betul setelah banyak eksperimen yang dijalankannya mengalami kegagalan sebelum ini. Mungkin juga ini kesan sampingan daripada bahan kimia yang digunakan semasa eksperimen tersebut. Atau mungkinkah Prof. Fazrul tertekan akibat isterinya yang gemar membeli-belah itu? Aku ada juga terdengar cerita bahawa keadaannya yang semakin berlemak itu adalah akibat menghabiskan makanan isterinya yang terlalu banyak dibeli mengikut hawa nafsu.

    ——- “Releks la Mas, nak bergurau pun tak boleh ke? Saja nak besenda gurau. Tengok awak bukan main tension lagi tadi. Jangan ngirau…hahahhaa….” Prof. Fazrul menyambung ketawanya lagi sehingga tersedak beberapa kali. Huh melampau. Tapi sedikit sebanyak aku semakin terpengaruh dengan ketawanya, lantas turut ketawa bersama. Semakin lama tawa kami kedengaran semakin kuat.

    ——- “Errr…Prof, boleh saya bantu?” tiba-tiba setiausaha dekan itu menjengah ke dalam bilik. Mungkin dia berasa agak terganggu dengan ketawa kami. Atau mungkin juga dia mengesyaki bahawa kami sudah dijangkiti penyakit sawan ketawa.

    ——- BANTU, dia puas mendengar perkataan itu…muahahhaaa….” Lelaki itu menyambung lagi ketawanya. Professor ini sudah tersampuk jin iklan agaknya.

    ——- “Tak ada apa-apa Hamim. Tolong bawakan fresh orange ye… hahhahaaikhohohoho…” Prof. Fazrul ketawa lagi sambil menekan perutnya. Gadis itu mengangguk lantas menutup pintu bilik perlahan-lahan. Aku sempat melihat dia menggelengkan kepala sebelum pintu itu tertutup rapat.

    ——- “Hehe.. okeylah Mas, kat mana kita tadi,” kata Prof. Fazrul sambil menyeka air matanya.

    ——- “Prof belum mula pun lagi,” ujarku.

    ——- “Yeke..hehe…asyik sangat gelak sampai lupa apa saya nak cakap tadi,” Pulak dah… berapa lama lagi aku harus duduk di sini hingga dia mengingat kembali tujuannya memanggilku? Aku tak mahu terlewat pula ke studio tengahari ini.

    ——- “Okey, macam ni. Sebenarnya saya nak ucapkan tahniah kepada awak,” katanya lantas membuka laci meja dan mengeluarkan sebuah sampul surat berwarna putih bersaiz A4.

    ——- “Apa ni Prof?” tanyaku. Hatiku berdebar-debar tatkala sampul surat itu berada di tanganku.

    ——- “Tengoklah sendiri,” kata Prof. Fazrul sambil tersenyum.

    ——- Sampul surat itu kuamati. Dapat kulihat namaku tertera padanya, lantas aku membukanya dengan penuh berhati-hati. Apa agaknya isi kandungan sampul surat ini? Denyut jantungku semakin kuat tatkala helaian pertama surat itu berada di tanganku.

     

    Bersambung…

     
    • anis 9:49 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      nak lagi..huhuhuh

    • toya 9:50 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…ketagih ye mak?

    • Nono 9:58 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      nice cover..panjang sket lah momo..xpuas bace..mase lagha ade sgt sgt byk..hehehehe

    • toya 10:00 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      amboi2…sy yg nak menulis ni naik biol pk tau. lepas ni apa jadi pon xtau. sy sendiri xtau apa ada dlm sampul surat tu. muahahhaa…

    • chesu 10:04 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      sesungguhnya pembohongan itu ternyata…
      haha… sadis sungguh saya menghalau kucing itu…

      we want more… part iklan maybank tu xthn..

    • toya 10:05 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      haha… auk… mmg amat buhung kan. xpenah tgk fazrul gelak

    • jimy 11:58 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…crite kt utmkl lak..btw pjgkn la sket..patotnye cuti 2 hari lps wat la draf kt umah :p

    • toya 12:12 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      byk cantekkk try tulis sendiri tengok…

    • Dr Hilmi 12:35 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      patut buat cerpen nih acik…
      kalau kekeringan idea, ramai nk tolong sumbang nih….
      aku selalu je tgj si fazrul tu gelak…apasal korg x penah tgk plak?

      p/s: agak2, comel ke Mas Elyza tu ek?

    • yanie 12:55 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      “Jangan ngirau… Bisik sipo agi rimau nyaga aku balik to. Tinggi, manah gamal. Amat keriandai, makal apai…”

      hahah…. achik pandai ckp iban. bisik siko gik rimo jaga aku balit tok.

    • toya 1:06 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      ohh tu yg betul ek? haha mana nak tau. blasah jela

    • toya 1:36 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      lemi: ni bukan cerpen lagi, dah novel pon…
      dasar lemi
      dasar lemi
      dasar lemi

    • anis 1:41 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      mmg dasar lemi achik.dlm novel pun sempat nak ngorat2 lagi.ish3

    • toya 1:42 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      tula pasal. siapla watak lemi nanti… >:)

    • yanie 2:11 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      ntah… rsnya la kot camtu bunyinya.. heheh…

    • toya 2:12 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      hantam sajala…

    • jimy 2:42 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      to lemi:elyza kt utm gak tu..pndai2 la usha2 haha~ XD

    • toya 2:43 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      cis…kamu telah menaikkan tahap hormon lemi!

    • jimy 2:55 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      haha..alert la awl2 kt adik tu..kang die pelik tgk ada mamat dok folo jek die gi bazar ramadan kt FAB tu~ XD

    • toya 2:59 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      adesh..sungguh merbahaya ini…

    • cloud 4:04 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      xphm…nape tajuk simbiosis?

    • toya 4:13 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      sukeati laa..hehehe

    • adik 4:55 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      patutla org asyik tsedak kebelakangan ni..ade org ngumpat ghupenye..
      hohoho..akhirnya org masuk watak gak..long,mokchan ckp die nk join gk..die tanya kena wt surat permohonan or isi borang pape x? ngeh3 =p

    • ijal 1:24 am on 23 September, 2008 Permalink | Reply

      akhirnya daku dipinggirkan dalam part 3 ini..
      huhu..=P looking forward for the next part chaiyok2.. sok de keta baru =)

    • toya 9:49 am on 23 September, 2008 Permalink | Reply

      amboi2 sume part nak ada nama dia ye… mana nak letak org lain :p

    • toya 9:51 am on 23 September, 2008 Permalink | Reply

      adik: mokchan nak join? suruh dia isi borang J, borang M dan borang R. IC and license plis…

    • cda_ :-) 11:15 am on 23 September, 2008 Permalink | Reply

      best siot..confirm jd loyal membe nie..bile part4??chek xsabaq nie..

    • toya 11:20 am on 23 September, 2008 Permalink | Reply

      sabo..sabo…hehhee…

    • angah_Darling 11:57 am on 23 September, 2008 Permalink | Reply

      nama ku muncul lagi… :p
      haish,sila jgn gila glemer(sound diri sendiri.hahaha)

    • toya 12:13 pm on 23 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…tau xpe…

    • adik 7:18 pm on 23 September, 2008 Permalink | Reply

      mokchan tanya xyh amik gmba ke?

    • toya 9:41 am on 25 September, 2008 Permalink | Reply

      ambik. tapi polaroid jela

  • toya 1:09 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply  

    The Weirdos Are Back 

    budak2 sengal ini kembali lagi dengan single mereka yang bertajuk “Cintan”

    layan…

     
    • tintin 2:08 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      ha..kt cni a tmpt yg betul.kt ne ek?

    • toya 2:11 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      kat istana sri menanti, kuala pilah. masa tu ayah tgh main muzik kat ats pentas. heheh penyanyi tu xleh konsentret tgk kitorang. sian dorang byk kali kena marah ngn bos :p

    • tintin 2:16 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      cian~ …korG ni spesis yg suke wat lawak hehe

    • toya 2:17 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      spesies kepala masuk angin~~~

    • tintin 2:24 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      spEsis 2 pOn…kiUt miuT je =p rs nk cubiT je pipi =]

    • toya 2:25 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      ngahahahaa…bukan kiut, tembam

    • Nono 3:37 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe..vokalis terbaik utk budak tembam tue..hahahhaa..bravo bravo..

    • toya 3:54 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      ekekkee…skang da tak tembam da…awek pon dah ade

    • ijal 8:40 am on 20 September, 2008 Permalink | Reply

      iskk..iskk.. xlama lg kena join gak budak2 sengal ini. haha

    • toya 12:18 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      sila2..dialu-alukan πŸ˜€

    • adik 5:14 pm on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..huahaha..ijal cm xsudi je..habeh r long..pas long kawen ngan ijal dh xle merepek dh..kena jadi skema..(-_-)”

    • ikkie 1:08 am on 16 February, 2009 Permalink | Reply

      wakakaka…… 0oo0 …. tiru jaclyn victor ea… haha..

  • toya 1:48 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply  

    Buletin Toya : 18 September 2008 

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Sari berita penting:

    • Saga BLM naik lori hari ini
    • Forum DDZ dilancarkan oleh Mantero
    • Alang bercadang untuk tukar kerja
    • Nono bercadang untuk tukar kerja juga

    ——-Berikutan keputusan Toya untuk membeli kereta baru iaitu Saga BLM, pihak kami telah mendapatkan maklumat terkini berkenaan proses pembelian kereta tersebut.
    ——- “Kereta tu tengah on the way sekarang, insyaallah esok akan naik lori la dari kilang proton kat Shah Alam. So, labi, mehla book kereta kat Senawang…hehhee…” – Mas Elyna Mohd Azol.
    ——-Semalam, Toya telah menerima panggilan telefon dari wakil Proton Edar yang menguruskan pembelian kereta barunya. Beliau telah bergegas ke Pusat Proton Senawang sebaik sahaja menerima panggilan tersebut untuk menjelaskan baki wang pendahuluan keretanya. Kereta tersebut dijangka dapat dibawa pulang pada minggu hadapan.

    ——-Setelah genap tiga hari Achik mengumpul alamat DDZ melalui Yahoo Groups, akhirnya Muslim yang lebih dikenali sebagai Mu-Slim telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan forum DDZ Familia. Forum tersebut boleh diakses melalui http://www.ddzfamilia.com. Menurut Muslim, bayaran hosting yang jumlahnya dirahsiakan adalah ditaja sepenuhnya oleh beliau. Pada saat ini, forum tersebut telah berjaya menarik seramai kira-kira 10 orang ahli dan mempunyai 13 thread. Achik telah dilantik sebagai admin forum tersebut walaupun dia tidak mempunyai sebarang pengalaman berkaitan pengurusan forum sebelum ini.

    ——-Alang yang baru sahaja berjaya dihubungi oleh Achik melalu YM hari ini telah mengumumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan. Keputusan itu adalah agak mengejutkan kerana telah diketahui umum sebelum ini bahawa gaji beliau adalah agak lumayan. Kami masih lagi menanti sebarang pengumuman baru dari beliau.

    ——-Pada hari ini juga Nur Liyana Jufika Ahmad atau Nono turut mengumumkan tindakan yang bakal dilakukan oleh beliau iaitu berkhidmat di stesen cari gali Petronas.
    ——-“Hari Selasa ni ada interview kat Petronas, third stage. Kalau lepas ni boleh kerja kat offshore arrr…hehhee…” – Nur Liyana Jufika Ahmad
    ——-Keputusannya itu juga agak mengejutkan memandangkan usia beliau yang sudah mencapai akil baligh dan telah cukup syarat untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya hasrat beliau itu diteruskan, beliau berhadapan dengan risiko lambat kahwin yang seboleh-bolehnya cuba dielakkan oleh kebanyakan gadis yang sudah mempunyai teman lelaki.

    Sekian berita, selamat menunaikan ibadah puasa.
    Assalamualaikum.

     
    • Nono 2:03 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe..wah masuk berita nie..satu dunia leh tahu…hehehehe…panas panas

    • toya 2:04 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      ngahahhaaa….baca dgn tone buletin utama tau

    • Nono 2:18 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      tp kalu ade sari berta utama 2..slalu cam rtm ar..hehehe..baca bahasa baku lg..xsia2 taw amek bm…

    • toya 2:20 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      haha blasah je. ni cam buletin utama versi berita radio la :p

    • Nono 2:30 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      okai okai saya ikut kate pemberita..bulitin utama…tp ade sedikit kesalahan lah…bukan selasa ini..selasa lepas ar…hehehe..las tuesday..skrg tgh tggu results..after raye

    • toya 2:32 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      ooo yeke
      malas nak betulkan..haha

    • Nono 2:43 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      xpe..xyah betulkan..biase ar error2 nie…berita kan bukan betul sgt..kalu x tak lepas masuk tibi..hahahahahah

    • toya 2:49 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      haha btol2…yg anti kerajaan sume xmasuknye

    • tintin 1:49 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      ni kat mane? cantek je…

    • toya 1:50 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      eh? salah tempat komen ke? heheheh…

    • tintin 2:06 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      a’ah…slh.ceit =p

    • jimy 7:35 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      sape nurliyana tersebot?~

    • toya 12:20 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      dia ialah nono di alam ini…

  • toya 9:38 am on 18 September, 2008 Permalink | Reply  

    KISAH BUHUNG 2008 – Part 2 

    Di Alam Mana pun; Kita Tetap Sahabat

     

    ——-Pintu rumah itu kubuka perlahan-lahan sebelum aku menjengah ke dalam ruang utama rumah empat tingkat itu.

    ——- “Apahal terhendap-hendap macam pencuri tu Momo?” kedengaran suatu suara menegur perbuatanku. Aku berpaling kearah suara itu, dan seperti yang kujangka pemilik suara itu adalah seseorang yang sedang menghirup Nestum dari mug birunya.

    ——- “Hehe…saja-saja nak tengok korang tengah buat apa,” kataku sambil merampas mug dari tangan Bobo. Isinya kuhirup sampai habis. Emm, sedap juga ya. Patutlah ketagih. Mug yang sudah kosong itu kuserahkan kembali kepada Bobo; yang memerhatikannya dengan pandangan sayu.

    ——-Ketika Bobo melangkah ke dapur untuk membancuh minuman kegemaranya, aku melemparkan pandangan kearah ruang lepak rumah itu. Kelihatan tiga orang gadis sebayaku sedang leka menonton rancangan Jepun tanpa sebarang sari kata di bawahnya.

    ——- “Cambest je? Cerita apa ni?” tanyaku kepada sesiapa sahaja yang sudi menjawabnya.

    ——-“Shimotsuma Monogatari,” balas Dodo yang duduk paling hampir dengan televisyen. Ahh..ingin sekali aku menyertai mereka menonton filem Jepun itu, tapi…

    ——-“Eh, korang tak kerja ke hari ni ?”

    ——-“Hari ni 16 September laa…” Lolo menempelakku kerana telah terlupa bahawa hari itu adalah hari cuti sempena ulang tahun penubuhan Malaysia.

    ——- “Hmm…bestla korang boleh cuti. Saya jugak kena kerja hari ni,” keluhku sendirian. Bobo yang baru tiba dengan Nestumnya menyertai yang lain menonton Shimotsuma Monogatari, seolah-olah tidak ada seorang pun yang mengendahkan keluhanku. Mata mereka semua telah terpaku pada skrin televisyen.

    ——- “Mana Yoyo?” tanyaku lagi, mugkin buat kali terakhir. Bosan juga bercakap bila tak dilayan.

    ——- “Kat restoran dia la mana lagi,” sekali lagi Lolo menempelakku.

    ——- “Awak shooting lagi ke hari ni Momo?” Nono mengacukan soalan sebelum aku mula merajuk. Hehe.. nasib baik…

    ——- “Emm hari ni tengah hari kat studio. Petang kang kena pergi interview orang pulak untuk rancangan malam esok,” kataku sambil melangkah menuju ke kamarku di tingkat atas.

    ——- “Momo, jangan lupa reunion kita bulan depan. Tiket dah beli,” tiba-tiba Dodo mengingatkanku tentang rancangan kami.

    ——- “Okey…” jawabku, acuh tak acuh.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——-Perkarangan Sri Pentas kelihatan agak sibuk ketika aku melangkah keluar dari kereta Vios milikku. Dari jauh dapat kulihat satu rombongan pelajar sekolah entah dari mana sedang turun dari bas sekolah di hadapan pintu utama. “Ahh… ini yang malas ni,” detik hatiku.

    ——-“Eh, Mas Elyna la! Jom kawan-kawan!” jerit salah seorang pelajar perempuan dari rombongan itu. Apa yang kujangka telahpun berlaku. Seramai 30 orang pelajar sekolah menengah sedang mengerumuniku. Wajahku yang baru lepas disolek dilimpahi cahaya flash dari kamera mereka. Ahh… pening kepalaku.

    ——-Selesai melayani kumpulan pelajar tersebut, aku melangkah masuk ke dalam bangunan itu, menaiki lif dan menekan punat yang tertera nombor β€˜5′. Di dalam lif aku membetulkan tudungku yang hampir sahaja tercabut ditarik pelajar-pelajar tadi. Ergh…

    ——-“Hai Achik, serabut nampak. Kena serbu ke tadi?” tanya penerbit rancangan kelolaanku sambil menyusun fail-fail di atas mejanya. Di atas meja itu juga tertera plat nama yang bertulis β€˜MIMI DALINA’.

    ——- “Biasalah Mimi…” kataku sambil melangkah malas ke bilik make-up.

    ——-Selesai didandan, aku menuju ke studio untuk menunaikan tugasku sebagai pembaca berita. Aku memeriksa bahan berita yang diberikan padaku satu-persatu. Ahh…terasa berdenyut-denyut kepalaku sejak tadi.

    ——- “Amboi monyok nampak Mas. Ceria la sikit nak masuk TV nih,” tegur seorang jurukamera padaku. Walaupun aku tidak dapat melihat wajahnya kerana silau dengan suluhan lampu studio, namun aku dapat mengecam suaranya.

    ——- “Yela Shah… orang taula. Pening kepala sikit lepas kena serbu time-time tengahari macam ni,” bicaraku sambil menghenyakkan tubuhku ke atas kerusi pembaca berita. Jam menunjukkan pukul 12.59 tengahari. Aku mendengar arahan Mimi dari alat di telingaku, yang juga aku tidak tahu namanya. Mungkin aku malas hendak ambil pusing tentang nama alatan di sekelilingku.

    ——-Shah memberi isyarat kepadaku untuk memulakan countdown, dan…

    ——- “Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sambutan hari ulangtahun penubuhan Malaysia hari ini disambut secara meriah di Dataran KLCC bermula pukul 7 pagi tadi. Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir dalam upacara perbarisan berkata, . . .”

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——-Jam kereta Viosku menunjukkan pukul 3.24 petang. Aku memusingkan stereng untuk memasuki kawasan universiti itu. Di bahagian hadapannya tertera tulisan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Aku mengangkat tangan ke arah pengawal di pintu masuk utama. Setelah meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya, aku mengejutkan jurukamera yang sedang nyenyak tidur di bahagian tempat duduk penumpang di sebelahku.

    ——-“Shah…bangun. Sampai dah ni. Tu lap mulut tu,” kataku sambil menghulurkan tisu kepada Shah Erhan. Dia mengelap sisa-sisa toksid di mulutnya, diikuti dengan menggosok mata dan mengeluarkan sikat dari poketnya.

    ——-“Cepatlah, karang kalau dah balik orang tu susah kita dibuatnya,” aku cuba memberi sedikit tekanan kepada Shah yang sedang menyikat rambutnya, lagak seorang model lelaki yang baru memenangi pertandingan Hero Remaja.

    ——-“Yela yela…taula awak tu tak sabar nak mintak tips naikkan berat badan kan?” katanya sambil mengambil peralatan rakaman video di bahagian belakang kereta. Aku memuncungkan bibirku tanda menyampah dengan usikannya sebentar tadi. Takkanlah aku hendak lepaskan peluang bila dapat berjumpa pakar kesihatan yang paling popular sekarang ini. Sudahlah berat badan aku yang kurus ini semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

    ——-Aku dan Shah Erhan melangkah ke arah bangunan Fakulti Kesihatan. Shah kulihat masih lagi mamai, menguap sekurang-kurangnya 20 kali sehinggalah kami sampai ke tempat yang dituju.

    ——-“Masuk,” ucap seseorang dari dalam setelah aku memberi salam dan mengetuk pintu biliknya.

    ——-“Terima kasih Prof, saya Mas Elyna, ini jurukamera saya Shah Erhan,” kataku sambil melihat Prof. Dr. Mior Azrizal menjabat tangan Shah Erhan.

    ——-“Ya, err… sila… sila duduk,” seolah-olah ada riak kegugupan pada wajahnya. Hmm… pelik juga. Dalam rancangan di televisyen dia kelihatan begitu yakin sekali.

    ——-“Jadi Prof, boleh kita mulakan temubual kita untuk topik yang saya beritahu Prof dalam telefon semalam?” tanyaku.

    ——- “Ya.. ya… err, silakan,” balasnya tanpa melihat wajahku. Hmm… memang pelik professor muda ni. Agaknya dia belum biasa diwawancara dalam biliknya sendiri. Tapi kalau tak silap minggu lepas ada satu segmen berita yang memerlukan pendapatnya, dan aku amat pasti ia dirakamkan dalam bilik ini. Ah, biarkanlah. Yang penting kerja aku siap.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——-Aku menghempaskan tubuh ke atas tilam empuk katilku. Ohh… sungguh selesa rasanya dapat berbaring di atas katil sendiri setelah seharian bekerja. Rasa dingin dari penyaman udara mula membuatkan mataku terasa mengantuk.

    ——- “Baru balik Momo?” suara Nono mengejutkanku yang baru hendak terlelap.

    ——- “A’a… letih betullah hari ni,” kataku sambil mengiringkan badan ke arah Nono.

    ——- “Esok macam mana pulak jadual?” soalan Nono tidak dapat terus kujawab. Aku mengambil sedikit masa untuk mengingat jadual kerja esok. Hari Rabu…hmm…

    ——-Sambil mataku terarah ke siling bilik, aku menerangkan apa sahaja yang aku dapat ingat berkenaan jadual esok, “Pagi esok ada lecture kejap, lepas tu meeting dengan Dekan. Lepas tu baca berita, edit bahan semalam. Malam pulak kena siapkan design yang customer mintak hari tu. Oh ya, malam esok nak buat video call dengan Ayumi-chan. Tolong ingatkan saya, ya,”

    ——- “Okey… Amboi sibuk sungguh awak ya. Tapikan, awak bestla… Jeles saya kadang-kadang,” Nono memandangku dengan mata yang berkaca.

    ——- “Nampak macam best, tapi Tuhan saja yang tahu,” jawabku sambil merenung ke arah Nono.

    ——- “Bestla, awak ada banyak kerja. Tak ramai yang bertuah macam awak Momo,” tuturnya lagi.

    ——-Aku bangun lantas menukar posisi kepada duduk di birai katil, “Awak tak tahu Nono, saya sentiasa risau…”

    ——- “Risau apa lagi Momo? Kerja awak banyak. Kalau awak hilang satu kerja, ada banyak lagi kerja menanti. Tak ada satu apa pun yang perlu awak takutkan,” suaranya sedikit bergetar menerangkan itu.

    ——-Aku menundukkan kepala, merenung kosong ke arah kaki katil, “Saya risau Nono, sebab…” Aku diam sejenak, menarik nafas sedalamnya sebelum menyambung bicara.

    ——- “Hati ibarat kaca, semakin tinggi ia diangkat, semakin hancur ia terhempas…” butir-butir kataku menyebabkan Nono tersentak seketika, seraya tersenyum dan mengangguk penuh makna.

    Bersambung…

     
    • anis 9:56 am on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      alamak ada part telenovela ler plaks heheheh.siot power mimi jadik producer

    • toya 9:58 am on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      ngahahhaaa….biaselaa part telenovela tu nak menarik minat pembaca jek. menambahkan rempah dan megi cukup rasa untuk menyedapkan lagi cerita yg tak sedap

    • farah 11:59 am on 18 September, 2008 Permalink | Reply

    • toya 12:11 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      haha..lek ahh bobo…kan kisah buhung nih

    • Nono 12:23 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe..wah..momo pembaca berita..(ade impian nk jd cmtue ek)..hehe..plot yg menarik..suke2..jd watak penting..bertambah suka plus2…cepat ar smbung..kata2 terakhir cm penuh makna jer..hihihih

    • toya 12:25 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      hihih mmg penuh makna laa…untuk santapan minda :p

    • Nono 12:29 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      huhu..santapan minda???wow bahasa puitis nie..sejak bila pandai berpuitis nie,,hehhehe..santapan?? puase puase…

    • toya 12:30 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      takpe time puasa minda boleh makan :p haha tak tau, sejak bila jadi puitis ek? main blasah je sebenarnya

    • Nono 12:35 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehehe..xpe2..zaman kan dah berubah..dunia da maju..blasah pon orait jer..janji bes..
      hehe..bagus2 umah 60 cukup hebat ..sesuai2…huhuhuh banglo 4 tingkat,,,,bes2..sape rumate dodo ek..hahaha..bobo dan nestum…hihihi..lolo dan pepsi..hihihi

    • toya 12:38 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      haha lolo dan pepsi..tapi tu kisah benar bukan buhung

    • jimy 2:36 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      wahahahahha..shah2~

    • toya 2:38 pm on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      jgn gelak dulu..part kamu blom setel lagi jimmih >:)

    • jimy 7:33 pm on 19 September, 2008 Permalink | Reply

      erkk 😐

    • ijal 1:17 am on 21 September, 2008 Permalink | Reply

      actually dah lama baca cume xsempat ngomen jek.
      garapan yang baik, pemilihan kata-kata yang tepat
      teruskan usaha anda, hehe..
      xsabar nak tgk karektar ijal berkembang jadi apa sebenarnya πŸ˜‰

    • toya 12:22 am on 22 September, 2008 Permalink | Reply

      berkembang menjadi mengembang leh πŸ˜›

  • toya 12:56 pm on 16 September, 2008 Permalink | Reply  

    Talking Cats 

    Kepada kawan2 yg belum penah tengok lagi video kucing bersembang…

    [kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/z3U0udLH974" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

     

    Yang ni plak dia punya translation

    [kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/1JynBEX_kg8" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

     
    • Nono 5:10 am on 17 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe..cute2..rupenya kucing asik bercakap..oooo rupe2nye kucing2 kt umah 2 semua pandai berlakon ek..jaga2…hehehe

    • chesu 10:54 am on 17 September, 2008 Permalink | Reply

      haha..comel giler kucing2 tuh…
      Pandai btol sape yg translate tuh.. Meowww…

    • adik 11:10 pm on 17 September, 2008 Permalink | Reply

      heyyy..
      what??
      i’ve seen this
      syy..
      huh ***
      what?
      never mind
      u..u dont listen
      since when?
      since always
      ahh..
      someone coming,act like a cat
      miow3
      act real cute,they’ll give us treat
      now lie down
      any treat yet?get any treat..?

    • toya 9:24 am on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      oh yeah…keep going…

  • toya 10:04 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply
    Tags: Kisah Buhung,   

    KISAH BUHUNG 2008 – Part 1 

    SAS, 6’o’, UTMKL dan sedikit UPM: Mampukah Bersatu?


    ——-Buku putih itu diambil dan dibuka semula. Setiap baris tulisan di dalamnya kubaca satu persatu. “Aneh,” bisik hatiku. Usai membaca, buku putih itu kuletakkan kembali ke tempatnya dan kuambil pula buku kecil berwarna merah jambu. Terdapat gambar sepasang gadis kembar di muka hadapannya. Isinya kutatap, mengimbau kembali segala keindahan, kegilaan dan kebiolan sewaktu aku menulisnya dahulu. Ahh… aku rindukan saat-saat itu. Saat yang membawa aku lari dari alam nyata, membawa aku lebih dekat dengan insan-insan yang kusayang. “Aku memang aneh”.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——- “Kringggg!!!!! Bangun toek! Bangun toek!” jam loceng di sebelah mengejutkan lamunanku. Potong stim betullah… Pap! Jam loceng ditutup dan buku kecil itu kuletak kembali ke tempat asalnya, bersama buku putih tadi, bersama susunan diari zaman remajaku. “Menarik,” fikirku. Aku terleka sejenak melihat susunan warnanya.

    ——-“Hijau, merah, biru, kelabu, coklat, kuning, hita…”

    ——-“Oi makcik! Dok tenung apa tu?!” seorang gadis bertempik sambil menepuk belakangku.

    ——-“Opocot! Awak ni Nono… tak reti bagi salam dulu ka?” balasku sambil mengusap belakang yang sakit. Boleh tahan jugak minah ni…

    ——-“Ghalit sangat nampak? Dok baca sifir ke hapa terkumat-kamit sorang-sorang tu? Bangunla!” bebelnya mula membuatkan telingaku melaraskan semula fungsi asalnya.

    ——-“Yela yela… hingaq!” kataku sedikit mendengus. Aku melihat kembali jam loceng tadi. Pukul 6 pagi. Aku melangkah malas ke kamar mandi. Setapak demi setapak… sempat aku menjengah ke bilik-bilik lain dalam rumah banglo 4 tingkat itu. Kelihatan Dodo dan Lolo masih lagi nyenyak tidur sambil memeluk bantal busuk masing-masing.

    ——-Selesai mandi dan solat, aku melangkah ke ruang tengah tingkat 3 rumah itu. “Miaowww…” Kongo menggeselkan badannya ke kakiku.

    ——-“Kongo…dah mandi belum? Lapar ye…” kucing putih kebiruan itu kuusap dengan penuh kasih sayang. Manjanya…

    ——-“Alah mengada kucing tu, saya baru bagi makan tadi,” Bobo tiba-tiba muncul di sebalik tirai dapur. Tangannya memegang sebiji mug yang bertulis β€˜Memori 6’o’ ~ Osaka’. Dia menghirup minuman dalam mugnya itu, entahkan teh entahkan Holicks.

    ——-“Ooo… Kongo nak manja-manja ye… Nasib baik Angah takde kat sini kalau tidak…” sejenak mindaku menjengah kembali saat-saat cemas ketika aku melihat Wan Nurhidayati menendang Kongo hingga jatuh ke tingkat bawah dahulu. Ngeri. Kongo kelihatan gementar tatkala mendengar nama itu kusebut. Parut luka di badannya masih lagi berbekas. Luka di hati siapalah yang tahu.

    ——-“Awak tak pi jogging ke pagi ni Momo?” tanya Bobo sambil menghirup titisan terakhir minumannya. Sah, Nestum.

    ——-“Sejukla pagi ni… Saya ingat nak pegi gym je kot,” kataku. Bobo kulihat cuba menyukat suhu menggunakan lidahnya.

    ——-“A’ahla, memang sejuk,” katanya sambil membancuh Nestum untuk kali kedua, itupun kalau betul kali kedua. Ketagih ke budak ni?

    ——-“Takpela awak pegila, saya tak nak ikut,” katanya dengan yakin seolah-olah aku pernah mengajaknya selama ini.

    . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : . : .

    ——- Gym Encik Haikal Bata agak meriah pagi itu. Ramai juga yang datang, mungkin disebabkan suhu pagi itu yang telah jatuh hingga ke paras 5Β°C. Sejak pulang dari Jepun aku dapati rakyat Malaysia sudah semakin rajin bersenam. Mungkin ini atas saranan Prof. Dr. Mior Azrizal, pakar kesihatan yang makin popular kebelakangan ini.

    ——-“Morning Mas…” pemilik gym itu menyapaku. Otot-otot di badannya disembunyikan dari pandangan umum, mungkin memikirkan faktor aurat yang juga diwar-warkan oleh Prof. Dr. Mior dalam sebuah rancangan televisyen malam tadi.

    ——-“Morning Encik Bata,” balasku sambil tersenyum. Encik Bata meninggalkanku untuk melayan pelanggan-pelanggannya yang lain. Ah, Nazli rupanya. Kulihat dengan penuh kesungguhan Encik Bata mengajar Nazli cara-cara menari poco-poco dengan betul, satu lagi aktiviti baru yang diadakan di gym Encik Bata. Dalam kelompok poco-poco tersebut juga aku ternampak kelibat Hilmi, Fenin, Ude, Chesu dan Alang. Aik? Kenapa Hilmi saja lelaki di celah-celah perempuan tu? Dasar Lemi.

    ——-Aku melihat sekeliling gym, mencari-cari jika ada umat yang kukenal untuk dijadikan kawan bersembang sambil bersenam, satu lagi sukan baru yang dicanang oleh Prof. Dr. Mior semalam. Ah! Aku sudah nampak mangsaku yang pertama.

    ——-“Assalamualaikum….sorang je?” tanyaku kepada gadis yang sedang leka bersenam di atas alat senaman yang aku tidak tahu namanya. Salamku tidak berjawab. Kurang ajar…

    ——-“Assalamualaikum!!!!! Amboi sombong nampak!” kataku sedikit kuat dari biasa.

    ——-“Dia pakai MP3 tu, memangla tak dengar,” kata seorang lelaki di sebelahnya.

    ——-“Eh P.M Jimmy! Ingatkan sape tadi. Ooo pakai MP3 rupanya. Mak…ooo Mak!” pekikku sambil menggoncangkan bahu gadis di hadapanku. Aku perasan ada dua-tiga pasang mata menjeling ke arahku, mungkin memikirkan faktor perbezaan usia antara aku dan gadis di hadapanku.

    ——-“Eh Achik! Laa apsal tak bagi salam dulu,” kata Anis sambil mengeluarkan earphone dari sebalik tudungnya.

    ——-“Dah bagi salam Mak oii…kamu yang tak dengar,” aku mengambil tempat di atas alat senaman di sebelahnya, yang juga aku tidak tahu namanya. Kata Prof. Dr. Mior, nama alat tidak penting. Yang penting kita mesti bersenam di sebelah orang yang kita kenali.

    ——-“Amacam keje Mak? Best ke?” tanyaku, cukup untuk memulakan perbualan.

    ——-“Bolehla… seronok jugak,” katanya sambil membetulkan tudung di kepalanya.

    ——-“Dengar kata dah naik gaji Anis?”

    ——-“Menyampuk jela kamu ni Jimmy,” aku menjeling ke arah Jimmy yang nampak sangat sibuk pasang telinga dari tadi.

    ——-“Bolehla Jimmy…Alhamdulillah… Bos aku nak bagi semangat untuk aku setelkan banyak lagi kes kat mahkamah syariah tu. Kadang-kadang tak menang tangan dibuatnya, maklumlah artis banyak yang nak rujuk balik 2-3 menjak ni,” Anis menerangkan dengan panjang lebar.

    ——-“Kamu pulak macam mana Achik? Aku tengok bukan main banyak lagi keje kamu buat skarang? Mana satu title yang kamu nak pegang ni?” soal Anis pula. Jimmy kulihat masih lagi memasang telinga.

    ——-“Multitasking Mak…Multitasking….” kataku.

     

    Bersambung…

     
    • nono 10:59 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      wahhhh…cerita kembali..cepat2 sambung…hehe

    • anis 11:03 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      nice2..mmg kisah buhung sungguh.hanya mereka yg mengenali rakan2 sendiri yg phm citer ni.tapi part lemi tu bkn kisah buhung chik
      hahahah

    • toya 11:04 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…part lemi tu mmg xleh buhung la… hakikat yg telah diterima pakai :p

    • Tansri Prof Dr Hilmi 11:23 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      hahaha…imaginasi kamu sungguh tinggi la acik…mencapai tahap langit ke 21 ikut ukuran aku…

      tapi part “dasar lemi” tu, amboi…huraikan le dengan lebih terperinci lagi..ia menimbulkan pelbagai tanggapan pada watak tersebut..yang aku rasakan sebagai watak yang amat peramah sekali…

      to anis: mmg le bukan kisah buhung pasal part lemi tu, pasal beliau mmg peramah..ish2, kamu nih anis…

    • jimy 11:23 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      err..achik ni byk berfantasy~ XD

    • toya 11:27 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      hahahaaa….korang xpenah baca lagi kisah buhung versi yg dulu2 kalo tak…
      lemi: watak kamu terlebih2 peramah bila ngn pompuan
      jimy: ye…gue mmg byk berfantasy…perfect melancholy..hehe

    • cloud 11:40 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      ni mesti psl byk bace novel la nih..haha

    • toya 11:41 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      takdela…org xminat baca novel pon. hehe korang xtau sejarah kisah buhung ni

    • yanie 11:51 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      dh lama ar xbaca cita2 buhung camni. dulu time skolah ade gak ar bc dlm magazine skolah.. heheh… best2.. cepat achik, sambung….

    • toya 11:52 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe sabo2…terbakar otak nak menyambung ni yanie oiii

    • Ipink 12:12 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      lor…me..poco poco? hehehehhee…funny funny… it’s so damn tiring……. but FUN tho.. πŸ˜‰

    • toya 12:40 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      yup…very fun…tingat masa jadik leader poco2 masa minggu alam sekitar dulu

    • chesu 1:43 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      haha..best2… cepat sambung chik…

    • toya 1:46 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      yela2..korang support la…

      idea…idea…arghhhh

    • adik 2:12 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      cm xley join je watak cte buhung ni…kalo leh join org nk jd watak protagonis ngan antagonis leh dak?hahaha
      umah banglo 4 tingkat????dan mmpunyai ruang tgh di tingkat 3?????hurm…cm penah nmpak..=p

    • toya 2:22 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      oi! oi! ni xde kena-ngena ngan puncak arabella ye…xterpikir pon

    • adik 2:28 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      org xkata pape pon…nghuahahahahaha(gaya poi gelak pas nyeksa nyau)hm..hm..hm

    • toya 2:29 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      org taula…sekilas kucing di atas vitara, aku tahu jantan betina

    • adik 2:41 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      mmgla dh sah2 yg jantan kaler putih yg betina kaler itam..xdpt beza gk alamatnye pendek umur

    • toya 2:45 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      skang yg itam dah takde, ayah dah buang.
      kuroneko dalam kenangan~~

    • adik 2:50 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      la…gila oyan la nyau nnt bini hilang..pasni org nk kejaq halau kucing mana lg..ish3dh pg baru jasa dikenang..hahaha

    • toya 3:02 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      everything we lost will automatically doubles in value

    • uder's 8:14 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      wah.. ske ske.. momo .. i vote untuk disambung kan lagik..~!^_^

    • ijal 6:53 am on 16 September, 2008 Permalink | Reply

      hahaha.. xpasal2 org dijadikan watak gak.
      adoi.. byknya nak belajar sampai jr prof ni..
      xmola.. nak tukar profesion jadi MB gak cam Khir Toyo, hehe

    • toya 9:38 am on 16 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…ijal nak jadi menteri lak? mcm2la..kejap2 ckp xnak join politik. kejap2 nak pulak :p

    • ijal 12:36 pm on 16 September, 2008 Permalink | Reply

      huhu.. tgkla macam mana 15tahun lg
      masa masih panjang =P

    • toya 12:37 pm on 16 September, 2008 Permalink | Reply

      haha siap ada dateline tuh. ok2…kita tgk sape yg nak jadi datin nanti :p

    • angah_Darling 1:02 pm on 16 September, 2008 Permalink | Reply

      erk..kejam sungguh si hidayati dlm citer neh.ish2…

    • toya 1:07 pm on 16 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…nama pon kisah buhung :p

    • da psychic 3:01 pm on 9 November, 2008 Permalink | Reply

      aik, watak dodo dok tidoq br.. sy gak lmbat bc..sory momo bz r sbl2 neh…sok xm..wuwu

  • toya 10:07 pm on 13 September, 2008 Permalink | Reply
    Tags: duniawi, impian   

    Perkara2 Duniawi Yg Ingin Dilakukan Sebelum Meninggalkan Dunia 

    Korang agak2 berapa lama korang boleh hidup? Kalaulah ditakdirkan hidup korang cuma tinggal tak berapa lama lagi apa yang korang nak buat selain buat amal ibadat banyak2? Sy terfikir pasal tu, jadi sy dah buat list benda2 yang sy nak buat sebelum nafas yang penghabisan.

    1. Menari dalam hujan.
    2. Pergi oversea, cari padang yang luas sangat sampai boleh nampak horizon, lari sambil cakap “Kami mai dah!!!”
    3. Belajar bahasa isyarat.
    4. Tengok orkestra.
    5. Belajar bahasa Jepun, pegi Jepun dan tengok sakura mankai.
    6. Tengok muka sendiri masuk TV at least sekali sumur hidup.
    7. Bagi panda makan sambil cakap “Kau lagi panda dari aku! Hahaha…”
    8. Pegi Disneyland, lekat banyak2 sticker yang ditulis “Toya sampai dah”.
    9. Belajar berenang.
    10. Letak tempurung atas katak.
    11.Naik gondola kat Itali sambil nyanyi “I’m on a gondol..gondol gondola..lalalala…”
    12.Belajar mainkan sekurang-kurangnya satu lagu instrumental dengan piano.
    13. Tiup buih sabun kat tepi pantai.
    14. Pancitkan kereta orang yang dibenci.
    15. Pergi sekolah SMKSA, makan nasik ayam masak kicap kat kantin sekolah.
    16. Pergi pulau kapas dengan kawan2 sekolah/utmkl.
    17. Tanam pokok bunga ros, jaga sampai besar.
    18. Ajar burung tiong cakap “Ogenki desuka?”
    19. Telefon radio ERA/HOT FM.
    20. Belajar main ski.
    21. Tulis “TOYA” besar2 kat atas salji.
    22. Buat buggee jumping.
    23. Lukis sebuah komik sampai siap.
    24. Belajar menjahit, jahit baju raya sendiri.
    25. Hadiahkan bunga ros kat mak.
    26. Have a perfect date.
    27. Beli teleskop.
    28. Lukis potret muka sendiri.
    29. Rakam dokumentari pasal diri sendiri.
    30. Tulis blog yang dapat sambutan ramai.

    Sebenarnya hidup ni taklah boring sangat kalau ada impian, sebab impian yang memberi kita semangat untuk hidup. Tak kisahlah sekecil mana atau segila mana pon impian itu… Yosh! Ganbatte!!!

     
    • Nyah Rempit 11:13 pm on 13 September, 2008 Permalink | Reply

      tak nmpak pon dalam list ittew uols nak merempit ngan geng2 meq~
      boring tggu jantan malam2 posa ni, terpaksa meq singgah cc carik customer jap.. mungkin mat2 rempit pegi tawarikh kot..
      meq pon byk lagi isu2 duniawi yg meq nak setelkan termasukla penampilan meq yg chantekk ni nak tuka kepada kacak n jambu mcm Dafi gitteww…ops!
      semoga golden dreams uols tercapai…

    • adik 11:58 pm on 13 September, 2008 Permalink | Reply

      impian org nk bela rimau..agak2 leh tcapai x?
      ala..takat lagu instrumental tu bkn ada ka long men lagu mnde tah dlm buku note tu..ape tajuk die..’Romance’?haah..btol la tu..pasai bunga ros lk bulan 12 ni bg noh..haha

    • jim 6:17 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      bela rimau x best..bela bear la best..polar bear..penguin pon ok gak πŸ˜€
      alaa..men la lagu hepi besday kt piano..senang je..org dr drjah 3 lg dh bleh :p

    • toya 9:54 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      alah takat lagu epi besday tu pejam mata pon boleh. lagu Romance tu lak main sebelah tangan je, xcukup tajwid lagi tuh!

    • nono 10:57 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      wah…bes bes..huhuhu..impian no 15 paling bes..menggamit kenangan silam..hehe..
      ermm ape impian sy ek…huhuhuhu

    • toya 11:02 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…mmg mengidam btol la nak makan nasik ayam masak kicap kat kantin asma tu. keenakannya masih lagi terbayang hingga kini :p ntah ada lagi ke tak skarang ek?

      p/s: tringat dulu2 nono slalu xabihkan ayam. sape yg makan? momo…jugak

    • anis 11:11 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      25. Hadiahkan bunga ros kat mak. >> aku terperasan sekejap.heheheh impian mu yg no 10 plg nice.heheh nak wat gaks ler.tapi kena ada org pegang tgn n kaki katak tu.nanti melompat laks dia
      huhu

    • toya 11:13 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…ada 3org mak nak kna bagi bunga nih :p ermm tringat plak masa skolah dulu kna tangkap katak ramai2 utk lab bio. tapi masa tu xpakai tempurung. haha…

    • adik 1:59 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      rasa2nya zmn org xpnah lk nmpk nasi aym msk kicap tu..erk..dh konpius kntin skola asma rendah ngan mnengah…

    • toya 2:04 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      skolah menengah laa…nasik kaler kuning ngan ayam masak kicap sedap giler…nyam2..slurppp…

      **batal posa lak kang

    • adik 2:18 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      hurm..kuning..cm ader lk..org jrg mkn kt kntin la..time rehat p koop mkn coki2 ja..hahaha

    • toya 2:23 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      huh patutla…zaman kami nasik ayam masak kicap tu makanan paling enak tau…

    • adik 2:31 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      xtaw…sejak insiden ada org jatuhkn kuah lksa kt tudung org dan mmbawa aroma ikan ke setiap pelusuk kelas..dh maleh nk brebut bli mknn kt kntin..

    • toya 2:33 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      nghuahahahahaha(gaya poi gelak pas nyeksa nyau)hm..hm..hm

    • cloud 4:59 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      tgk wishlist tu tringat cite a walk to remember..heheh

    • toya 5:01 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      haha… be in 2 place at the same time :p

    • greensnow 11:10 pm on 16 September, 2008 Permalink | Reply

      walk to remember aku xtgk…tp moment tu rimember aku layan,comeil sehh bwahaha~
      yg no.22 tu kamu brani ke buat huh?
      bes tuuu…(berangan gak nak huhu)

      impian aku…nak buat wishlist~
      out.

    • toya 9:25 am on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…berharap agar semangatku cukup kuat untuk buat no.22. yosh!!!

    • ayu 2:48 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      mash…
      (catcha je da lawak..hekhek..)

    • toya 2:53 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      hehe camne ayu leh tau lak blog ni? seb baik dah pindah keje kalo x kantoila blogging masa opis :p

    • ayu 2:57 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      kite on9 syg..tp invisible(takot kantoi gak ym time opis..hikhik..)
      seronok la singgah sini…tulih yg besh2 lg ye mash…(lupe..kete baru ek..kancil g mane?)

    • toya 3:05 pm on 7 October, 2008 Permalink | Reply

      ooo…hehhee… kancil ada kat umah arr..bagi org lain pakai lak. emmm dah lama tak update blog ni. esok2 nak sambung lagi. hehe

  • toya 11:23 pm on 11 September, 2008 Permalink | Reply  

    Konvo! Yippie! 

    Hari ini sy meluangkan masa pejabat yg berharga untuk mengecheck maklumat konvokesyen UPM bulan 10 ni. Alangkah gumbiranya hati ini bila dah kompem dapat grad walaupun xpernah hantar hard cover tesis… So maklumat konvo adalah seperti berikut:

    Tarikh: 21 Oktober 2008 (Selasa)
    Sesi : Petang

    Sayang skali konvo diadakan mengikut major masing2 jadi tak dapatlah merasa konvo dgn Ej, Hafiz & Farhan. Takpela… yang penting korang ada! Datang tau bawak bunga! hehehhe…

    konvo shidah

    My turn is soon to come…

     
    • ijal 12:30 am on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      looking forward to be there too ^_^

    • toya 12:36 am on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      yeyeyy…kna pakai smart2 tau! org bukan ada kwn pon nak amik gambar kat sana. ada family n future family je :wave:

    • angah_Darling 1:36 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      congrates in advance achik πŸ™‚
      nanti edit gambar konvo lawa2 ye..

    • toya 1:40 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe dtg jgn xdtg ngah! dekat je ngan umah kan…lepas opis hour dtg yek πŸ˜›

    • tintin 3:06 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      ala~ camne nk dtg.mst xsmpat =( kol bape?

    • toya 5:05 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      masuk dewan kol2.30. bajet arr abih kol bape. korang kan ada pengalaman πŸ˜›

    • wan 12:26 am on 13 September, 2008 Permalink | Reply

      satu je nak komen….
      akak ni pandai la…
      leh la aja sy nnt…
      zedgeboy(hohoho1989)

    • miss _u_mas 9:26 pm on 13 September, 2008 Permalink | Reply

      moshimoshi πŸ™‚
      insyallah, wajib p konvo mas..
      sesi pg@ ptg?
      ooo..diam2 ade bakat besaq noo..bleh jd penulis nie…chaiyok3x

    • toya 10:18 pm on 13 September, 2008 Permalink | Reply

      sesi petang la…cam shidah aritu. datang tau! huhu…miz u bebeh

    • uder's 9:45 am on 14 September, 2008 Permalink | Reply

      momo.. aku pon konvo tak hatau thesis.. ni dah grad setahun lebih.. dok niat nak hatau tapi tak buat2 jugak.. tak pe.. its the toughts dat matters kan? hehehe ^_^

    • toya 9:56 am on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe rasa bersalah gak kat supervisor yg baik gile tu…thesis senior yg org pinjam kat dia pon xpulangkan lagi 😦

  • toya 9:37 pm on 10 September, 2008 Permalink | Reply  

    Hidup Ini Indah…kan? 

    Suatu pagi yang biasa. Jalan berdebu itu kebanjiran logam-logam rasaksa beroda getah yang dipandu manusia. Begitu juga mereka. Mereka juga memandu, menuju destinasi yang sudah dipastikan koordinat relatifnya. Mereka tahu, mereka akan lambat lagi. Jalan berdebu itu tidak asing. Ia masih sama seperti hari sebelumnya, minggu sebelumnya, bulan sebelumnya dan tahun sebelumnya. Sebuah kereta kecil yang kotor turut meluncur di atasnya. Bosan. Puas ditekan punat-punat di radio namun tidak ada lagu yang boleh dilagukan, hanya kedengaran manusia-manusia yang bercakap dengan manusia lain yang dari jauh. Bosan. Radio ditutup dan mereka berlagu sendiri, sumbang namun mereka puas. Debu-debu terus bertebangan ditiup angin. “Mas..”, bermula bicara. “Kenapa?”, fokusnya sedikit terganggu. Enjin bergegar lagi. Dia tahu dia harus bijak mengawal kaki kanannya supaya suhu enjin itu tidak bertambah. Jika tidak pasti akan mengundang bencana dan hari itu adalah hari yang gagal. “Kenapa?”, soalan diulang. “Hidup ini indah kan?” katanya sambil membuka sedikit cermin mata gelapnya. Mas terdiam seketika. Selapis minda separa sedarnya telah mengambil alih tugas mengemudi, menukar haluan bila perlu. Dia menarik nafas seketika, memikirkan logik kata-kata itu, dan mencuri pandang debu-debu yang berterbangan. “Ya, indah,” balasnya ringkas. “Sayang sekali tidak ramai yang ingin menikmati keindahannya..”, tutur lawannya sambil merenung indahnya awan, sebelum menyambung kata, “Kau tahu kenapa begitu Mas?” soalnya. “Entahlah…”, dia mula kehilangan minat untuk berkata-kata, mengambil alih semula tugas minda separa sedarnya. “Kerana manusia di zaman ini aneh. Mereka tahu alam ini indah namun mereka tidak percaya alam yang selalu mereka lihat itu indah. Mereka percaya alam yang indah itu di tempat lain,” dia menjawab soalannya sendiri. “Jadi adakah salah jika mereka bermusafir hanya untuk mencari keindahan?” tanya Mas pula. Pertanyaannya dibalas, “Tidak salah. Tapi bukankah satu kerugian andai keindahan satu meter di hadapan kita tidak dapat dihayati? Alam ini indah, Mas. Setiap inci keindahannya adalah indah. Yang indah itu tetap indah, meskipun tidak sempurna”. Tersenyum, Mas menoktahkan bicara, “Kau betul, Elyna.”

     
    • Nono 10:37 pm on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      huhu..hidup ini indah kan..yep yep..mmg betul pon..everyday..bgn pagi g kije..pastu balik kije..pastu makan..then tido..then da pagi balik..pegi kije lagi…huhuhu..mmg sgt indah..
      persoalan nye kenape hidup ini terlalu indah..hahaha..

    • toya 10:40 pm on 10 September, 2008 Permalink | Reply

      sebab kita tak ambil masa utk menikmati benda2 kecil yg indah dlm hidup kita… kita rasa pelangi itu jarang ada, sedangkan kita yang selalu terlupa untuk melihat ke langit selepas hujan…

    • Nono 12:03 am on 11 September, 2008 Permalink | Reply

      hehehe..slalu ja tgk langit..kekadang nmpak gak pelangi..tp idup still d same..haha..
      mybe dis is reality of life..dewasa itu tidak indah..haha..

    • toya 12:04 am on 11 September, 2008 Permalink | Reply

      melihat tidak sama dengan menghayati…

    • Nono 12:16 am on 11 September, 2008 Permalink | Reply

      mungkin…kena ade banyak cuti..baru leh manghayati..hehehe..kalau x terpaksa melihat je lah..

    • toya 12:17 am on 11 September, 2008 Permalink | Reply

      hehe…bermusafir mencari keindahan :p

    • jimy 10:19 pm on 11 September, 2008 Permalink | Reply

      entry yg pelik :p

    • toya 10:20 pm on 11 September, 2008 Permalink | Reply

      dari seseorang yg pelik πŸ˜›

    • Ijal 3:08 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      (+_+) penggunaan bahasa Melayu tahap max.. adoi..adoi.. hikhik.. hidup ini hanya sementara. Ia bagaikan Peperiksaan. during Gestation is a preparation period, Delivery is the entry of examination hall, Life is the exam and Death is the end of it. Barzakh is the assessment, Masyar adalah pengumuman keputusan dan syurga neraka adalah ganjarannya.. Ujian penentuan samada kite patuh atau engkar..

    • toya 3:12 pm on 12 September, 2008 Permalink | Reply

      haha…penggunaan BI tahap median! ish2… budak2 zaman sekarang…

    • Ipink 12:22 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      Mas…please tell me y hidup ini indah? cuz i’m starting to lose hope in everything… and i can’t see how life is beautiful…cuz all it gives me is hurt…and dissapointment…

    • toya 12:45 pm on 15 September, 2008 Permalink | Reply

      hidup ini indah… mungkin tak semua keindahannya dapat kita rasakan sekarang. ibarat pelangi, tidak semua warnanya kita suka tapi ia tetap indah… think bout it πŸ˜‰
      one day in the future when we think about what we’re going through now, we’ll tell ourself “hmm…what a beautiful life i had”.

    • zulhilmi 12:12 am on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      rasaksa 2 salah eja.. raksasa la..

    • toya 9:22 am on 18 September, 2008 Permalink | Reply

      ehh…a’ala baru perasan. heheh…

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel